Saturday 31 March 2012

Wednesday 28 March 2012

JADUAL WAKTU TERKINI TAHUN 1,2 DAN 3

Untuk melihat jadual, sila ke pautan berikut :
TAHUN 1  http://skputrajayapresint181.blogspot.com/p/tahun-1.html
TAHUN 2  http://skputrajayapresint181.blogspot.com/p/tahun-2.html
TAHUN 3  http://skputrajayapresint181.blogspot.com/p/tahun-3.html
TAHAP 2 (TAHUN 4,5,6) http://skputrajayapresint181.blogspot.com/2012/03/tahun-4.html


PEMBERITAHUAN

Pihak SKPP 18(1) akan mengeluarkan jadual waktu yang baru dan sementara yang akan berkuatkuasa pada 2 April 2012 hingga waktu yang akan dimaklumkan kelak. Ini berikutan ketiadaan 4 (empat) orang guru yang cuti bersalin. Jadual akan dimuat naik dalam tempoh terdekat. Ibu bapa disarankan mengunjungi blogspot ini kerana edaran jadual dibuat kepada murid-murid tahun 1(satu) sahaja. Murid-murid lain hanya akan membuat salinan jadual dengan guru kelas sewaktu P&P(Pengajaran dan Pembelajaran).

  • Pindaan-Pengagihan jadual waktu akan dbuat untuk murid tahap 1 sahaja (tahun 1,2,3)

TAHNIAH!!!

Tahniah pengunjung yang ke 10000...pemenang akan diumumkan berdasarkan email pertama yang dihantar..Terima Kasih atas sokongan anda..TAHNIAH dan kami masih menunggu email yang terawal..

Anda pengunjung bertuah ke 10000?


Terbuka kepada ibu bapa dan guru-guru
SKPP 18(1) amat menghargai kunjungan anda ke Blogspot kami. Pengunjung ke 10000 akan diumumkan diblogspot ini. .Anda hanya perlu mengambil gambar selepas anda klik dan menunjukkan nombor 10000.(seperti gambar di atas)emailkan foto berkenaan beserta nama dan no telefon anda ke pokya_76@yahoo.com


penafian
*Berkemungkinan pengunjung berbeza akan membuat click dalam masa yang sama dan disebabkan itu, jumlah pengunjung yang ke 10000 akan dapat dimasuki oleh pengunjung yang berbeza. Oleh yang demikian, email pertama yang dihantar ke alamat e-mail di atas, akan dikira sebagai pemenang.

YEOS dan Berita Harian taja Dana Pemeliharaan Alam Sekitar Sekolah

BERITA HARIAN 

27 Mac 2012

PUTRAJAYA: Dana Pemeliharaan Alam Sekitar Sekolah bernilai RM35,000 menanti sekolah yang memenangi Pertandingan Reka Cipta Mural anjuran bersama Yeo Hiap Seng (Malaysia) Berhad (YEOS) dan sisipan Didik akhbar Berita Harian mulai April hingga Jun depan. 

Pengurus Besar Pemasaran YEOS, Vincent Chui, berkata program itu sejajar dengan visi dan aspirasi Kementerian Pelajaran dalam memperkembangkan potensi murid sekolah secara menyeluruh dan bersepadu.
"Inisiatif tanggungjawab sosial korporat ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran alam sekitar di kalangan murid menerusi cabaran mengitar dan menggunakan bahan terbuang untuk menghasilkan reka bentuk mural dikehendaki mengikut daya kreativiti dan inovasi masing-masing.
"Dalam usaha menyemai budaya membaca di kalangan warga sekolah YEOS juga menyumbangkan 85,000 naskhah kepada 200 sekolah di seluruh negara," katanya ketika berucap sempurna perasmian program berkenaan di sini, sebentar tadi.

sumber: http://www.bharian.com.my/articles/YEOSdanBeritaHariantajaDanaPemeliharaanAlamSekitarSekolah/Article/

Program Unit Bimbingan Dan Kaunseling(UBK)

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia. Unit Bimbingan dan Kaunseling (UBK) SKPP 18(1) akan menganjurkan program tahunan mereka pada bulan April 2012. Antara pengisian program adalah:
  1. Kem Kepimpinan Pengawas-21 April (Pengawas)
  2. Minggu terbuka UBK-16-20 April(Semua murid)
Ini adalah maklumat awal ,maklumat lanjut tentang program ini akan dikemaskini dan segera dimaklumkan. 

Tuesday 27 March 2012

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia diucapkan kepada warga SKPP 18(1). Semoga  perjalanan peperiksaan UB1 pada hari ini,  dipermudahkan oleh Nya. Kepada murid-murid, Selamat menjawab soalan dengan tenang dan kejayaan pasti milik anda. Sekian terima kasih.

Pemberitahuan

Kepada warga SKPP 18(1) terutama ibu bapa. Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-3 Tahun 2012 telah dimuat naik ke pautan SUDUT PIBG tahun 2012. Minit mesyuarat ini belum diedit sepenuhnya dan berfungsi sebagai rujukan sahaja. Lampiran isu-isu dan usul-usul akan dimuat turun secara berasingan dalam tempoh terdekat. Isi kandungannya adalah:
  1. Isu-isu dan usul-usul yang telah dipilih sahaja akan dilampirkan. 
  2. Jawapan dan respon Guru Besar terhadap isu-isu dan usul-usul ibu bapa yang tidak berkesempatan dijawab dalam Mesyuarat Agung Kali ke-3 yang lalu.
  3. Tindakan-tindakan penambahbaikan pihak sekolah dan PIBG terhadap isu-isu dan usul-usul yang dikemukakan.
Rasional

  • Memandangkan isu-isu dan usul-usul yang tidak berkesempatan dijawab oleh Guru Besar, maka isu-isu dan usul-usul ini perlu dibincangkan dalam mesyuarat AJK PIBG dan telah pun dilaksanakan pada 23 Mac 2012.
  • Memastikan ketelusan terhadap isu-isu dan usul-usul yang telah dibentangkan ibu bapa dalam Mesyuarat Agung Kali ke-3 yang lalu. Sebaran ini dibuat agar ibu bapa mendapat kesamarataan info,maklumat dan tindakan penambahbaikan pihak PIBG terhadap isu-isu dan usul-usul berkenaan.

Monday 26 March 2012

DOA MENGHADAPI PEPERIKSAAN




Doa agar dikurniakan kefahaman yang baik dan ingatan yang sempurna sewaktu menelaah matapelajaran:
(DIBACA SEBELUM MENGULANGKAJI PELAJARAN SAMADA DARI BUKU ATAU NOTA)
(Allahummar zuqna, Ya Rabbi fahaman nabiyyiin, wa hifzaal mursaliin,
wa 'ilhaamal malaikatiil muqarrabbin, fii 'aafiyaati, ya Arhamar raahimiin
)

Maksudnya: "Wahai Tuhanku, kurniakanlah kami fahaman nabi-nabi dan hafalan para rasul
serta mendapat ilham dari para malaikat yang hampir denganMu,
juga kurniakanlah kami kesihatan Wahai Tuhan Yang Amat Pengasih"





Sunday 25 March 2012

Makluman

Sila ke Pautan SUDUT PIBG 2012 untuk mengetahui info sistem Undian 1Klik Pintar. Sekian terima Kasih

  • Khas kepada ibu bapa/penjaga sahaja.
  • Kajian dan ujian Undian 1klik Pintar ini akan berakhir jam 12 malam pada 31 Mac 2012 . 
  • Undian ini bersifat telus dan sekali undian telah disetkan sehari untuk setiap PC atau gadget lain.
  • Hasil undian akan dimaklumkan pada 1 April 2012.

Saringan LINUS diadakan serentak untuk semua sekolah di Putrajaya



Saringan LINUS untuk Tahun 1(Satu) akan dijalankan pada 2 hingga 6 April 2012. Manakala LINUS Tahun 2(Dua) akan dijalankan pada 4 April 2012. Semua murid tahun 1 dan 2 terlibat dan saringan adalah diwajibkan. Sekian Terima Kasih.

Apakah itu LINUS?
  Program Literasi dan Numerasi (LINUS) akan mula dilaksanakan mulai 2010 hingga 2012 di seluruh negara. Program LINUS yang bertujuan memastikan semua murid Tahun 1 pada 2010 dapat menguasai kemahiran asas membaca, menulis (literasi) dan mengira (numerasi) selepas tahun 2012, iaitu berada di Tahun 4. Pelaksanaan program LINUS ini merupakan sebahagian daripada NKRA Kementerian Pelajaran Malaysia yang disasarkan menjelang tahun 2012. Sehubungan itu, semua guru Tahun 1 yang mengajar Bahasa Melayu dan Matematik diwajibkan mengikuti kursus pengajaran dan pembelajaran modul LINUS mulai tahun 2010. Kursus tersebut yang dikendalikan oleh Bahagian Pendidikan Guru, KPM akan dilaksanakan di seluruh negara mengikut zon negeri masing-masing. 

Kepada guru-guru Bahasa Melayu dan Matematik Tahap 1:
Mesyuarat LINUS akan diadakan pada:
Tarikh : 26 Mac 2012(Isnin)
Masa 1.30 t/hari.
Tempat :Bilik Mesyuarat aras bawah SKPP 18(1).



TAHNIAH WARGA BLOGSPOT!!

          Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia. 
   Pihak SKPP 18(1) merakamkan ribuan terima kasih kepada pengunjung blogspot rasmi SKPP 18(1) terutama kepada para ibu bapa. Untuk makluman, pihak sekolah membuat semakan pengunjung, pengemaskinian info dan penambahbaikan secara berkala untuk blogspot ini.   
     Kini, setelah dilancarkan secara rasmi pada 2 Mac 2012 yang lalu, kami menerima hampir 8000 pengunjung (sehingga catatan dibuat ini pada 26 Mac 2012 jam 12.30 t/malam). Angka ini amat memberangsangkan dan memberi suntikan semangat kepada pihak sekolah untuk terus maju ke tahap yang lebih tinggi. Diharapkan pihak ibu bapa akan terus memeriahkan blogspot ini dan dapat mencapai sasaran kami pada bulan April iaitu bertema 'SKPP 18(1) Komuniti Blogger'. 
     Alhamdulillah, sistem Undian 1Klik Pintar telah dimuatkan dan dalam proses kajian data dan kewujudkan ruangan 'Comments' di sudut bawah. Kami mengalu-alukan sebarang cadangan untuk penambahbaikan daripada komuniti. TAHNIAH!! diucapkan.

Sekian terima kasih

Saturday 24 March 2012

JADUAL TERKINI UB1 UNTUK TAHAP 2


Berikut adalah Jadual terbaru Ujian Bulanan 1, Sek Keb Putrajaya Presint 18(1) bagi Tahap 2. Segala kesulitan amatlah dikesali. Terima kasih.

 
 
  SELASA (27 MAC 2012)
 

8.00- 8.50
9.00 - 10.15
10.15 - 10.45

11.00 - 12.15

12.25 - 1.05
B.MELAYU 1
(PEMAHAMAN)
B.INGGERIS
KERTAS 2
REHAT
B.MELAYU 2
(PENULISAN)
MATEMATIK
KERTAS 2
50 MINIT
1 JAM
15 MINIT


1 JAM
15 MINIT

40 MINIT









 RABU (28 MAC 2012)


8.00- 8.50
9.00 - 10.15
10.15 - 10.45

11.00 - 12.15

12.25 - 1.05
MATEMATIK
KERTAS 1
B.INGGERIS 1
OBJEKTIF
 REHAT
SAINS
P.AGAMA ISLAM/MORAL
1 JAM
50 MINIT

1 JAM 15 MINIT
1 JAM

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...