Monday 21 May 2012

Makluman markah PKSR 1

     Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam 1Malaysia. Untuk pengetahuan para ibu bapa /penjaga. Warga pentadbir dan pendidik khususnya sedang dalam proses menanda dan memasukkan markah PKSR 1 melalui sistem online SAPS (KBSR) dan SPPBS (KSSR). Pihak KPM telah menetapkan tarikh akhir pengisian ini adalah sebelum atau pada 30 Mei 2012. Namun diperingkat SKPP 18(1), tarikh akhir adalah ditetapkan pada 25 Mei 2012 (Jumaat ini) iaitu sebelum cuti pertengahan tahun bermula. 
   Untuk makluman semua, sistem online ini berkemungkinan mengalami gangguan berikutan semua sekolah di Malaysia menggunakan sistem yang sama pada tarikh akhir yang sama. PKSR 1 juga merupakan peperiksaan yang melibatkan semua matapelajaran teras dan bukan teras maka penandaan markah memerlukan sedikit masa beserta kekangan lain termasuk persediaan Temasya Sukan 2012 dan Kem Gempur pada minggu hadapan. Namun warga kami berusaha untuk mempercepatkan proses memasukkan markah online. Pemulangan kertas soalan kepada murid-murid akan dilakukan selewat-lewatnya pada 25 Mei 2012..insyAllah. Sebarang info terkini akan dimaklumkan dari masa ke masa. Sekian terima kasih.



Sunday 20 May 2012

Pemberitahuan latihan untuk Temasya Sukan 2012

Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam 1Malaysia. Pihak sekolah dibawah Unit Ko-Kurikulum memaklumkan bahawa latihan sukan untuk persediaan Temasya Sukan Sekolah Kali ke-3 tahun 2012 akan diadakan seperti ketetapan berikut :

Tahap 2
Tarikh ; 21 Mei hingga 24 Mei 2012 (Isnin-Khamis)
Masa  : 3.00 hingga 4.45 petang

Untuk murid-murid tahap 1 latihan akan diadakan selepas cuti pertengahan tahun iaitu latihan dijangka bermula pada hari Selasa 12 Jun 2012. Sebarang info terkini, pihak kami akan memaklumkankan dari masa ke masa. Sekian Terima kasih.
*Murid-murid dikehendaki berpakaian sekolah pada waktu Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) namun disarankan agar membawa pakaian sukan  untuk latihan pada waktu yang dinyatakan di atas*

PINDAAN-Latihan diadakan pada sebelah pagi memandangkan faktor cuaca hujan pada sebelah petang. Namun, latihan(petang) bergantung kepada ketua rumah masing-masing (sekiranya tiada berlaku faktor cuaca)

Perkongsian Artikel 2

Terima kasih Kuala Kangsar
Layari :http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0521&pub=Utusan_Malaysi
a&sec=Pendidikan&pg=pe_01.htm

Smart Kiosk permudah murid kuasai pembelajaran
Layari :http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0521&pub=Utusan_Malaysia&sec=Pendidikan&pg=pe_02.htm

4374 sekolah terima RM 987.1 juta
Layari :http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0519&pub=Utusan_Malaysia&sec=Pendidikan&pg=pe_01.htm

Sekolah-sekolah 'parah' dipastikan dapat cukup peruntukan
Layari :http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0519&pub=Utusan_Malaysia&sec=Pendidikan&pg=pe_02.htm


Memperkasa sistem pendidikan
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0518&pub=Utusan_Malaysia&sec=Pendidikan&pg=pe_01.htm

Sasar komputer tablet untuk setiap pelajar
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0518&pub=Utusan_Malaysia&sec=Pendidikan&pg=pe_02.htm

Friday 18 May 2012

PERKONGSIAN ARTIKEL


Pertandingan Buku Skrap Jawi
Sila ke pautan : http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?pg=special/skrap_jawi/index.html
Sumber dipetik : Utusan Malaysia 


Ke Arah Melahirkan Guru Berkualiti
Sila ke pautan : http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0507&pub=Utusan_Malaysia&sec=Pendidikan&pg=pe_02.htm
Sumber dipetik : Utusan Malaysia 07 Mei 2012


MCKK Pencetus Evolusi Pendidikan
Sila ke pautan : http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0507&pub=Utusan_Malaysia&sec=Pendidikan&pg=pe_01.htm
Sumber dipetik : Utusan Malaysia 07 Mei 2012


CUEPACS : Segera Umum Ahli Suruhanjaya Gaji
Sila ke pautan : http://www.sinarharian.com.my/nasional/cuepacs-segera-umum-ahli-suruhanjaya-gaji-1.46391
Sumber dipetik : Sinar Harian 08 Mei 2012


Portal Rasmi Hari Guru
Sila ke pautan : http://hariguru.ppdputama.net/

Anugerah Diperkenal Sempena Sambutan Hari Guru 2012
Sila ke pautan : http://www.sinarharian.com.my/nasional/anugerah-diperkenal-sempena-sambutan-hari-guru-2012-1.44342
Sumber : Sinar Harian 30 April 2012.


Kualiti Belajar Seiring Prasarana
sila ke pautan : http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0505&pub=Utusan_Malaysia&sec=Pendidikan&pg=pe_02.htm
Sumber : Utusan Malaysia 05 Mei 2012.

PPD, Sekolah Diberi Autonomi
Sila ke pautan : http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0505&pub=Utusan_Malaysia&sec=Pendidikan&pg=pe_01.htm
Sumber : Utusan Malaysia 05 Mei 2012.


Guru Lebih Stres
Sila ke pautan : http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0424&pub=Utusan_Malaysia&sec=Pendidikan&pg=pe_01.htm
Sumber : Utusan Malaysia 24 April 2012.

Tuesday 15 May 2012

Selamat Hari Guru Kepada Warga SKPP 18(1)

Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam 1Malaysia. Warga SKPP 18(1) mewakili pentadbir dan warga pendidik mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua warga dan komuniti ini. Bertemakan 'Guru Inovatif Melonjakkan Tranformasi Pendidikan Negara', SKPP 18(1) senantiasa berusaha ke arah kecemerlangan dalam segenap aspek yang diceburi. InsyAllah, berkat doa dan usaha, SKPP 18(1) akan terus selangkah ke hadapan dalam menempuhi generasi alaf baru pada masa kini. "Wadah Kami, Kecemerlangan Bersama"...SELAMAT HARI GURU 2012!

Portal Rasmi Hari Guru : http://hariguru.ppdputama.net/

Friday 11 May 2012

TAHNIAH SKPP 18(1) JOHAN NASYID SEKOLAH-SEKOLAH PUTRAJAYA!!

Warga SKPP 18(1) telah mendapat Johan Festival Nasyid sekolah-sekolah Putrajaya yang telah diadakan pada hari Sabtu, 12 Mei 2012. Selain diumumkan sebagai Johan pertandingan, SKPP 18(1) telah mengungguli gelaran beserta hadiah utama iaitu:

  1. Lagu Terbaik-Johan
  2. Lirik Terbaik-Johan
  3. Solo Terbaik-Johan
Warga kami juga merakamkan ribuan terima kasih terutama kepada Panitia Agama Islam (PAI) SKPP 18(1) yang telah bertungkus-lumus menyelaras festival ini dengan jayanya.  Sebagai tuan rumah dan pemenang, kami berbangga dengan kejayaan ini. Kepada peserta (murid-murid) dan warga SKPP 18(1) yang terlibat secara langsung atau tidak, pihak sekolah turut merakamkan ribuan terima kasih kerana mendoakan kami dan jadikan kemenangan ini sebagai suntikan semangat ke arah kecemerlangan dalam semua bidang...TAHNIAH SKPP 18(1)!!..


Wednesday 9 May 2012

Pekeliling Iktisas Larangan Penggunaan Telefon Bimbit Di Sekolah

     Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia. Warga SKPP 18(1) merakamkan ribuan terima kasih atas sokongan semua pihak dalam usaha menjayakan aspirasi "Warga SKPP 18(1), Warga Blogger". Pihak kami mendapat maklum balas yang positif terutama daripada ibu bapa/penjaga yang turut membantu meningkatkan capaian dan pautan yang disediakan di ruangan blog ini.  InsyAllah, warga SKPP 18(1) optimis dalam segenap lapangan pendidikan agar terus mampan menempuhi arus globalisasi  'generasi Y' pada masa kini. 
    Capaian terbaru ini merupakan pekeliling di bawah unit HEM (Hal Ehwal Murid) SKPP 18(1). Pihak kami akur dengan garis panduan yang ditetapkan oleh KPM dan kami juga yakin bahawa warga SKPP 18(1) turut optimis untuk bersama-sama meningkatkan produktiviti disiplin bertemakan 'SKPP 18(1) Disiplin Sifar 2012'. Sekian terima kasih.

Surat pekeliling iktisas Bil 2/2009, Penguatkuasaan larangan membawa dan menggunakan telefon bimbit oleh murid di sekolah. Sila ke pautan :

Saringan LINUS Tahun 2 (Dua)

Saringan LINUS untuk tahun 2 (Dua) akan dijalankan pada 14 Mei  2012 (Isnin). Semua murid tahun 2  terlibat dan saringan adalah diwajibkan.
  • Literasi     : 8.30- 9.30 pagi
  • Numerasi  :10.30-11.30 pagi
 Sekian Terima Kasih.

Apakah itu LINUS?
  Program Literasi dan Numerasi (LINUS) akan mula dilaksanakan mulai 2010 hingga 2012 di seluruh negara. Program LINUS yang bertujuan memastikan semua murid Tahun 1 pada 2010 dapat menguasai kemahiran asas membaca, menulis (literasi) dan mengira (numerasi) selepas tahun 2012, iaitu berada di Tahun 4. Pelaksanaan program LINUS ini merupakan sebahagian daripada NKRA Kementerian Pelajaran Malaysia yang disasarkan menjelang tahun 2012. Sehubungan itu, semua guru Tahun 1 yang mengajar Bahasa Melayu dan Matematik diwajibkan mengikuti kursus pengajaran dan pembelajaran modul LINUS mulai tahun 2010. Kursus tersebut yang dikendalikan oleh Bahagian Pendidikan Guru, KPM akan dilaksanakan di seluruh negara mengikut zon negeri masing-masing. 

Thursday 3 May 2012

Pelanjutan Ujian PERMATApintar Negara UKM1 Sehingga 30 Mei 2012

PENCARIAN BAKAT PELAJAR PINTAR CERDAS SARINGAN PERTAMA UJIAN DALAM TALIAN UKM1.
Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementeian Pelajaran Malaysia akan mengadakan Pencarian Bakat Pelajar Pintar Cerdas Saringan Peringkat Pertama Ujian PERMATApintar UKM1 bermula pada 1 Februari hingga 30 April 2012. Ujian tersebut terbuka kepada semua kanak-kanak dan remaja berumur 9 hingga 15 tahun dan boleh diakses secara atas talian di laman web :
http://www.permatapintar.edu.my/
PINDAAN : Ujian ini telah dilanjutkan sehingga 30 mei 2012. Sekian

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...