Saturday 30 June 2012

Tahniah Floria 2012

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia. Komuniti kami merakamkan ucapan tahniah kepada kumpulan Floria 2012 (Guru dan murid) kerana telah mendapat beberapa pengiktirafan dalam pertandingan ini. Antaranya:

1. Anugerah Khas Juri untuk hiasan taman.
2. Tempat ke 2 untuk Kolaj.
3. Tempat ke 3 untuk lukisan tahap 1&2.
4. 10 terbaik dalam kategori gubahan.


Tahniah kepada yang terlibat dan kepada yang membantu memberi semangat dan dorongan secara langsung atau tidak. Kami amat berbesar hati dan mengucapkan ribuan terima kasih.

Thursday 28 June 2012

Floria Putrajaya 2012

Assalamualaikum, Salam 1Malaysia. Pihak Perbadanan Putrajaya sedang mengadakan program tahunan iaitu Pertandingan Floria Putrajaya 2012. Tema pada tahun ini adalah 'Bougainvillea' (Bunga kertas). SKPP 18 (1) turut mengambil bahagian untuk ketegori sekolah rendah. Aktiviti pada hari ini (29 Jun) adalah penilaian markah oleh VIP yang melibatkan kreativiti dekorasi tapak dan pembentangan dekorasi oleh adik Dayana Saffiyah. SKPP 18 (1) merakamkan ribuan terima kepada guru-guru dan murid-murid yang terlibat. Jasamu dikenang. Sekian.



Wednesday 27 June 2012

PINDAAN MESYUARAT AJK PIBG

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia. Mesyuarat AJK PIBG yang telah dirancang pada 29 Jun (Jumaat) telah ditangguhkan dan dipinda pada ketetapan berikut.


Tarikh :  6 Julai (Jumaat) 
Jam     :  8.30 malam. 


Sebarang kesulitan amatlah dikesali. Sekian

Tuesday 26 June 2012

MAKLUMAN MESYUARAT AJK PIBG KALI KE-2


Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia. Satu mesyuarat AJK PIBG akan di adakan pada ketetapan berikut 

Tempat : Bilik Mesyuarat SKPP 18(1).
Tarikh   : 29 Jun 2012 (Jumaat).
Masa    :8.30 malam.

Agenda:
  1. Ucapan aluan Ex-Officio dan Pengerusi 
  2. Semakan minit mesyuarat AJK kali pertama 
  3. Isu-isu berbangkit.
  4. Lain-lain hal.
Kerjasama AJK ibu bapa/ penjaga dan guru, didahului dengan ucapan terima kasih.

Wednesday 20 June 2012

MAKLUMAN HARI JALINAN MESRA

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia. SKPP 18(1) akan mengadakan 'Hari Jalinan Mesra'. Pengisian program ini adalah para ibu bapa/ penjaga akan hadir ke sekolah untuk mengambil keputusan peperiksaan PKSR 1 yang telah diadakan baru-baru ini. 

Tempat : Kelas anak masing-masing
Tarikh   : 25 Jun 2012 (Isnin)
Masa    :10.45 pagi hingga 12.30 t/hari

* Sehubungan itu, pihak sekolah juga akan turut membuat kutipan yuran PIBG sebanyak RM50 (seperti yang telah ditetapkan oleh pihak Pejabat Pelajaran Wilayah Persekutuan Putrajaya (PPWPP) yang lalu.
* Keputusan secara online dijangka boleh dilakukan  selepas 22 Jun 2012.


Kerjasama komuniti ini, didahului dengan ucapan terima kasih.

Tuesday 19 June 2012

PENGHARGAAN

Komuniti SKPP 18 (1) merakamkan jutaan terima kasih kepada pentadbir, guru-guru, murid-murid , ibu bapa dan pihak -pihak yang terlibat secara langsung atau tidak dalam menjayakan Temasya Sukan SKPP 18 (1) Kali Ke-3 Sabtu lalu. Akhir kata, dengan program seumpama ini bukan sahaja dapat menggilap bakat sukan dalam kalangan murid-murid malah dapat mengeratkan hubungan silaturahim komuniti ini. Untuk tahun-tahun yang akan datang, SKPP 18 (1) berharap semua pihak terutama ibu bapa dapat bersama-sama melibatkan diri dalam setiap aktiviti yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Sekian terima kasih.

Friday 15 June 2012

SELAMAT DATANG KE TEMASYA SUKAN SKPP 18(1)

Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam 1Malaysia diucapkan kepada komuniti SKPP 18(1). Seperti sedia maklum, SKPP mengadakan Temasya Sukan Kali Ke 3 pada hari ini, Sabtu 16 Jun 2012. Justeru, pihak pengurusan dan pentadbir menjemput anda untuk bersama-sama hadir untuk memeriahkan acara ini. Kami juga merakamkan ribuan terima kasih atas sokongan yang telah diberikan kepada pihak sekolah dan berharap acara ini dapat dijalankan dengan jayanya. InsyAllah

Thursday 14 June 2012

PERKONGSIAN ARTIKEL 3


Berbasikal Sokong 1Murid 1Sukan
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0604&pub=Utusan_Malaysia&sec=Pendidikan&pg=pe_01.htm
Dipetik dari arkib akhbar Utusan Malaysia Online 4 Jun 2012


Guru Penutur Jati Tingkat Penguasaan BI
Sila ke pautan : http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0528&pub=Utusan_Malaysia&sec=Pendidikan&pg=pe_01.htm
Dipetik dari arkib akhbar Utusan Malaysia Online 28 Mei 2012


Memacu Kualiti Pendidikan Perak Ke Taraf Dunia
Sila ke pautan : http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0528&pub=Utusan_Malaysia&sec=Pendidikan&pg=pe_02.htm
Dipetik dari arkib akhbar Utusan Malaysia Online 28 Mei 2012


Guru Jangan Mudah Merajuk-Tokoh Guru Terengganu
Sila ke pautan : http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0522&pub=Utusan_Malaysia&sec=Pendidikan&pg=pe_01.htm
Dipetik dari arkib akhbar Utusan Malaysia Online 22 Mei 2012




Monday 11 June 2012

Temasya Sukan Kali Ke 3 SKPP 18(1)

Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam 1Malaysia. Untuk makluman komuniti ini, SKPP 18(1) akan mengadakan Temasya Sukan SKPP 18(1) seperti ketetapan berikut :

Tarikh    : 16 Jun 2012 (Sabtu)
Tempat  : Padang Sekolah SKPP 18(1)
Masa     : 8.00 pagi hingga 1.00 T/hari (Murid-murid datang seawal 7.30 pagi)

Pihak SKPP 18(1) amat berbesar hati menjemput para ibu bapa untuk bersama-sama hadir memeriahkan temasya sukan pada kali ini. Sekian terima kasih.

* Sila ke pautan http://panitiapjskpp18.blogspot.com/ untuk info lengkap.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...