Monday 27 August 2012

JEMPUTAN YDP DAN NYDP KE MAJLIS RAMAH MESRA AIDILFITRI DARIPADA KPM

Assalamualaikum dan Salam Aidilfitri. Sukacita dimaklumkan bahawa warga pentadbir serta YDP dan NYDP SKPP 18(1) dijemput untuk menghadiri Majlis Ramah Mesra Aidilfitri, Kementerian Pelajaran Malaysia 2012. Majlis akan diadakan pada ketetapan berikut:

Tempat :  Dataran Tempat Letak Kereta Terbuka Blok E14-E15, Kompleks E, Pusat     Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62604 Putrajaya

Tarikh : 3 September 2012(Isnin)

Jam    : 12.30 tengahari.


Jemputan diminta berpakaian baju kebangsaan /pejabat. Sebarang pertanyaan, sila hubungi Urusetia, Bahagian Khidmat Pengurusan di talian 03-88846094/6192/6163/6219. Sekian Terima Kasih.

Sunday 26 August 2012

SELAMAT KEMBALI WARGA SKPP18(1)

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia diucapkan kepada warga SKPP 18(1). Blogger yang mewakili warga pentadbir, guru-guru dan kakitangan SKPP 18(1) mengucapkan 'Selamat Kembali  Bersekolah' khususnya kepada murid-murid SKPP 18(1). Kepada warga kami sendiri dan ibu bapa, kami mengucapkan selamat bertugas dan berharap warga ini akan senantiasa mempertingkatkan kualiti dan melakar kejayaan demi kejayaan untuk anak-anak bangsa. Dikesempatan ini juga, warga menyusun sepuluh jari memohon kemaafan sekiranya ada kekhilafan selama menjalankan tugas. Selamat Hari Raya Aidilfiti, maaf zahir dan batin.

Thursday 16 August 2012


TERKINI-DANA PIBG YAYASAN 1MDB


Apakah Dana PIBG?
Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) merupakan antara mekanisme penting dalam mewujudkan penambahbaikan pendidikan di sekolah. PIBG memainkan peranan sebagai agen meningkatkan kualiti pendidikan di sekolah dengan melibatkan peranan ibubapa dalam sistem pendidikan anak-anak mereka.
Menerusi PIBG, banyak program dan langkah telah dan boleh diatur dalam mengatasi pelbagai masalah dan kekangan yang secara tidak langsung boleh mencacatkan iklim pengajaran dan pembelajaran di sesebuah sekolah.
Dana PIBG merupakan salah satu platform yang memberi bantuan kepada PIBG menjayakan aktiviti dan program di sekolah.  Pihak PIBG di sekolah dialu-alukan untuk merealisasikan impian bagi menjayakan program serta aktiviti bagi meningkatkan mutu pelajaran dan pembelajaran di sekolah.
Sila ke pautan ini :http://www.danapibg.com.my/ms

Wednesday 15 August 2012

UCAPAN TAKZIAH

Assalamualaikum dan Salam Aidilfitri diucapkan kepada warga SKPP l8 (1). Dikesempatan ini, warga kami mengucapkan takziah kepada Puan Norzah Mohd. Kassim, Guru Penolong Kanan Akademik SKPP18(1) serta keluarga kerana pada petang tanggal 14 Ogos (Selasa), telah kembalinya ayahanda tersayang ke rahmatullah. Semoga roh Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah.

Monday 13 August 2012

MAKLUMAN CUTI HARI RAYA AIDILFITRI

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia. Untuk makluman warga SKPP 18(1), tambahan cuti berganti Aidilfitri (1433H) adalah bermula pada 16 Ogos (Khamis) hingga 26 Ogos (Ahad). Persekolahan akan kembali seperti biasa pada 27 Ogos (Isnin). Sekian Terima Kasih.

Friday 10 August 2012

MAKLUMAN AWAL TAMBAHAN CUTI BERGANTI HARI RAYA AIDILFITRI

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia. Seperti yang dimaklumkan di ruangan yang lalu, SKPP 18(1) akan  cuti berganti pada 17 Ogos 2012 (Jumaat). Terkini, disiarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)  bahawa pihak sekolah diberi tambahan cuti berganti bermula pada 16 Ogos 2012 (Khamis) iaitu sehari lebih awal daripada tarikh yang sepatutnya. Sehubungan itu, pihak pengurusan SKPP 18(1) masih menunggu surat /pekeliling pengesahan daripada pihak KPM dan akan memaklumkan kepada warga kami dengan kadar yang segera. Sekian Terima Kasih.
Sila ke pautan ini, untuk rujukan :http://www.moe.gov.my/?id=13&aid=2853
Sumber dipetik dari laman web KPM bertarikh 9 Ogos 2012

Thursday 9 August 2012

MAKLUMAN CUTI PERTENGAHAN PENGGAL KE-2 DAN HARI RAYA AIDILFITRI 2012

  Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia. Untuk makluman warga SKPP 18(1), cuti persekolahan pertengahan penggal ke-2 akan bermula pada 17 Ogos 2012 (Jumaat) sehingga 26 Ogos 2012 (Ahad) yang merupakan cuti sempena Hari Raya Aidilfiti (1433H).
   Merujuk pekeliling yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia, cuti pada 17 Ogos (Jumaat) merupakan cuti berganti pada 22 September 2012 (Sabtu). Persekolahan akan kembali seperti biasa pada 27 Ogos 2012 (Isnin). Sekian, harap maklum.

Monday 6 August 2012

VOTE.... NURBAITI &YZMEEN!!...VOTE

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia. Warga kami mengucapkan syabas kepada ibu Puan Nurbaiti binti Zin (AJK PIBG) bersama anak, adik Yzmeen Saniah Zainuddin telah terpilih ke London untuk menjalankan tugas sebagai wartawan sempena sukan London Olympic 2012  beserta 2 lagi peserta akan bertanding untuk mendapat bilangan VOTE terbanyak bagi pemilihan tempat Pertama, Kedua dan Ketiga.
    Pihak sekolah menyokong usaha ini dan mendoakan agar pasangan ibu dan anak didik kami memperoleh kejayaan.

1.Untuk undian, sila layari : http://www.impianemasnegara.com.my/coc_pnnorbaiti.aspx

Pautan Youtube Mereka
Lagi pautan :http://www.impianemasnegara.com.my/coc_galerigambar.html

Ikuti perkembangan terkini mereka di laman facebook : https://www.facebook.com/baity.zin

2. Click on our page Nurbaiti&Yzmeen

3. Click VOTE (8x) per day per PC everyday till vote line closed
  -Vote line start 2-10 Ogos 2012

War-warkan laman ini untuk VOTING!!!!...Semoga berjaya..

Sunday 5 August 2012

JADUAL WAKTU UJIAN BULANAN 2 (UB2) 2012




Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia. Di atas merupakan jadual waktu Ujian Bulanan 2 (UB2).  Untuk makluman ibu bapa/penjaga, ujian ini akan dilaksanakan pada waktu-waktu tertentu (Seperti yang terdapat di dalam jadual) dan terdapat juga waktu yang dicatatkan sebagai P&P (Pengajaran dan Pembelajaran seperti biasa). Ini membawa maksud,  pada waktu berkenaan guru mengikut jadual waktu asal akan berada di kelas berkenaan dan menjalankan ulangkaji untuk menghadapi kertas ujian yang seterusnya. Oleh yang demikian, murid-murid disarankan agar turut membawa buku untuk tujuan mengulangkaji matapelajaran ujian berkenaan. Sekian terima kasih.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...