Sunday 16 March 2014

JADUAL PEPERIKSAAN BULANAN 1 TAHUN 2014

Assalamualaikum dan Salam1Malaysia. Dimaklumkan bahawa peperiksaan Ujian Bulanan 1 bagi tahun 2014 bermula pada 18 Mac 2014 (Selasa). Di bawah merupakan jadual peperiksaan bagi tahun 1 hingga 6. Sekian Terima Kasih.

                                                           Tahun 1 dan 2
                     

                                                            Tahun 3 dan 4
                       

                                                          Tahun 5 dan 6
                           

Saturday 15 March 2014

FOTO-FOTO SEKITAR MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE 5

Ibu bapa yang hadir
Sesi pendaftaran
Ucapan YDP
Perasmian oleh YDP
Sesi pembentangan usul

Penyampaian sijil
Barisan lapan ahli jawatankuasa sesi 2014/2015



Thursday 13 March 2014

BUKU MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KALI KELIMA

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia. Sempena Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali Kelima bagi tahun 2014, pihak sekolah telah mengambil inisiatif untuk memuatnaik buku Mesyuarat Agung untuk panduan awal komuniti sebelum mesyuarat berlangsung. Ibu bapa boleh membuat cetakan sendiri kerana cetakan lengkap buku adalah terhad semasa pendaftaran dan keutamaan adalah kepada tetamu-tetamu awal. Pautan pdf 54 mukasurat ini juga belum mengalami semakan dan pengesahan rasmi mesyuarat, tiada tanda tangan dan aplikasi pdf yang mungkin rosak.  

Sila ke pautan :
  
Penafian : Pautan-pautan yang disiarkan adalah bersifat rujukan dan sesetengah pautan merupakan hakmilik SKPP 18(1) dan telah mendapat persetujuan pentadbir untuk disiarkan mengikut situasi terkini dan tanpa prejudis. 

Wednesday 12 March 2014

JEMPUTAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KELIMA SKPP 18(1) 2014

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia. Dengan segala hormatnya, jemputan di atas dirujuk. Y.Bhg. Dato/Datin/Tuan/Puan adalah dijemput untuk menghadiri mesyuarat tersebut pada ketetapan berikut:

Tarikh : 14 Mac 2014 (Jumaat)
Masa   : 8.30 malam
Tempat : Laman Nilam, SKPP 18(1)

Agenda mesyuarat tersebut adalah;

  1. Ucapan Pengerusi.
  2. Membentang dan menerima minit Mesyuarat Agung Tahunan yang lalu.
  3. Membentang dan menerima Laporan Tahunan.
  4. Membentang, menerima dan meluluskan Penyata Kewangan berakhir 31 Disember tahun sebelumnya.
  5. Membahaskan usul (Jika ada).
  6. Pembubaran dan Pemilihan Jawatankuasa PIBG bagi sesi 2014/2015.
  7. Pemilihan Juru Audit Dalaman.
  8. Ucapan penangguhan; dan
  9. Hal-hal lain.
Kesudian Y.Bhg. Dato/Datin/Tuan/Puan untuk hadir ke majlis ini amat dialu-alukan dan didahului dengan ucapan terima kasih.




Tuesday 11 March 2014

MAKLUMAN PINDAAN TEMPAT MESYURAT AGUNG TAHUNAN KALI KELIMA 2014

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia. Untuk makluman komuniti SKPP 18(1) terutama ibu bapa, terdahulu pihak sekolah telah memaklumkan Mesyuarat Agung Tahunan Kali Kelima akan diadakan di Dewan Bawah, Kompleks Sekolah Putrajaya presint 18(1). Namun, atas faktor-faktor teknikal yang tidak dapat dielakkan, pihak pengurusan melalui taklimat yang telah diadakan pada 10 mac 2014 telah bersetuju untuk mengadakan mesyuarat di Laman Nilam SKPP18(1). Tiada pindaan tarikh dan masa dibuat dan perubahan ini telah mendapat maklum daripada YDP PIBG. Pihak SKPP memohon maaf atas segala kesulitan dan akan mengedarkan surat pindaan berkenaan esok. Harap maklum

Monday 10 March 2014

JADUAL PEPERIKSAAN UJIAN BULANAN 1 (UB1) 2014

Assalamualaikum dan Salam1Malaysia. Dimaklumkan bahawa peperiksaan Ujian Bulanan 1 bagi tahun 2014 bermula pada 18 Mac 2014 (Selasa). Di bawah merupakan jadual peperiksaan bagi tahun 1 hingga 6. Sekian Terima Kasih.

                                                           Tahun 1 dan 2
                     

                                                            Tahun 3 dan 4
                       

                                                          Tahun 5 dan 6
                           

Friday 7 March 2014

JURU AUDIT IBU BAPA-SILA HUBUNGI SETIAUSAHA PIBG

Assalamualaikum. Kepada En. Hazam @ Azam selaku Juruaudit ibu bapa yang telah dilantik melalui Mesyuarat Agung PIBG tahun 2013, sila hubungi Setiausaha PIBG di talian 0193472445 dengan segera kerana pihak sekolah gagal menghubungi tuan. Harap maklum

Borang Usul untuk Cetakan Ibu Bapa

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia. Terdahulu pihak sekolah telah mengedarkan Notis Mesyuarat Agung bersama borang usul (Seperti di bawah). Kami mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa yang telah mengembalikan borang berkenaan beserta sumbangan kepada pihak sekolah. Pihak sekolah memohon kepada ibu bapa yang belum mendapat borang berkenaan agar membuat cetakan sendiri dan mengembalikan borang usul SAHAJA kepada guru kelas melalui anak masing-masing. Kami dalam proses membuat statistik dan analisis kehadiran untuk persediaan Mesyuarat Agung nanti. Sekian




Thursday 6 March 2014

BENGKEL MENJAWAB SOALAN MATEMATIK TAHUN 6

                       
Peserta program adalah murid tahun 6 yang akan menghadapi peperiksaan UPSR 2014. Penceramah luar telah dijemput untuk menjayakan program ini.

CETAKAN NOTIS MESYUARAT AGUNG

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia. Kepada ibu bapa yang belum membuat pemulangan borang usul, sila ke pautan ini dengan membuat cetakan sendiri (2 mukasurat) dan memulangkan kepada guru kelas melalui anak masing-masing. Sekian

BENGKEL TEKNIK MENJAWAB SOALAN SAINS TAHUN 6


                    

Wednesday 5 March 2014

PENYERAHAN WANG BANTUAN KHAS AWAL PERSEKOLAHAN RM100 TAHUN SATU


                                  

CETAKAN SENDIRI NOTIS MESYUARAT AGUNG DAN BORANG USUL

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia. Kepada ibu bapa yang belum membuat pemulangan borang usul, sila ke pautan ini dengan membuat cetakan sendiri (2 mukasurat) dan memulangkan kepada guru kelas melalui anak masing-masing. Sekian

Tuesday 4 March 2014

PROJEK PEMBINAAN LANSKAP SEKOLAH


                             
SKPP 18(1) dalam usaha untuk mewujudkan dekorasi lanskap sekolah di hadapan kawasan parkir guru-guru Pentadbir. Justeru murid-murid dimohon untuk tidak berada di kawasan yang dinyatakan bagi memudahkan kerja-kerja pembinaan selain mengekalkan lanskap asal. Pihak sekolah menjemput ibu bapa untuk bersama-sama menyokong usaha pihak sekolah melalui sumbangan-sumbangan, cetusan idea dan sebagainya di bawah program Sarana. Sebarang info akan dimaklumkan dari masa ke masa. Sekian 

Monday 3 March 2014

PEMULANGAN BORANG USUL KEPADA PIHAK SEKOLAH

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia. Untuk makluman komuniti ibu bapa, pihak sekolah telah mengagihkan 1000 keping borang notis Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali Kelima, beserta borang usul  bertarikh 26 Februari 2014( Rabu). Seperti yang tercatat, borang berkenaan perlu siap diisi dan dikembalikan kepada pihak sekolah melalui guru kelas 3 (Tiga) hari selepas tarikh diagihkan. Sehingga kini, pihak sekolah hanya menerima kurang dari 200 keping borang yang telah dikembalikan. Pihak sekolah memohon pemulangan borang berkenaan dengan kadar segera untuk statistik kehadiran. Sekian terima kasih.

Sekiranya berlaku kehilangan borang ini, ibu bapa boleh membuat cetakan sendiri melalui pautan dua muka surat ini : http://www.scribd.com/doc/210506779/Notis-Dan-Borang-Usul-Mesy-Agung-Kali-Kelima-2014

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...