Monday 28 April 2014

PROGRAM AKU MURID CEMERLANG TAHUN 6

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia. SKPP 18(1) merakamkan ribuan terima kasih kepada guru dan murid-murid Sekolah Alam Shah (SAAS) kerana sudi membantu pihak sekolah menyumbang tenaga membantu murid-murid kami untuk Program Aku Murid Cemerlang. Pengisian melibatkan sesi ceramah, LDK dan sebagainya. Terima kasih
                  

Sunday 27 April 2014

SEKITAR PERHIMPUNAN RASMI PAGI 28 APRIL 2014 DAN AKTIVITI-AKTIVITI


                           

                            
                                   Aktiviti memberus gigi yang betul dianjurkan oleh Kementerian 
                                   Kesihatan Malaysia di Padang SKPP 18(1)        

Saturday 26 April 2014

SARANA IBU BAPA DAN SARANA SEKOLAH

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia. SKPP18(1) dalam inisiatif menggalakkan ibu bapa dan komuniti untuk menyertai program SARANA yang telah dirangka oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Terdahulu pihak sekolah telah membuat hebahan, pemberitahuan dan sebagainya melalui blogspot, banner dan pelbagai medium lagi. Pihak sekolah merakamkan ribuan terima kasih kepada ibu bapa yang telah memberi reaksi positif dalam memurnikan SARANA. Kami turut menerima SMS ke talian khas PIBG dan akan menghubungi komuniti dalam masa terdekat. Terkini kami membuat lampiran pdf yang dipetik daripada laman sesawang KPM dan memuatnaik dalam bentuk fail JPEG. Semoga paparan ini sedikit sebanyak memberi pemahaman dan info kepada komuniti. Kami mengharapkan lebih ramai komuniti menyertai kami. Sila sms ke 0193472445 untuk mendaftar.Sekian
                





PERTANDINGAN KARNIVAL BAHASA MELAYU..TAHNIAH

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia. SKPP 18(1) sekali lagi berkongsi kegembiraan melalui pencapaian terkini dalam Pertandingan Karnival Bahasa Melayu Peringkat Putrajaya yang telah berlangsung pada 26 April 2014(Sabtu) bertempat di SKPP 8(2) Berikut merupakan senarai murid dan kejayaan yang diperolehi:

1. Menulis Surat 1Malaysia-JOHAN
Adik Dayana Safiyah

2. Bercerita Tahap 2-JOHAN
Adik Nur Azzyati 

3. Becerita Tahap 1-NAIB JOHAN
Adik Nurul Nabilah 

4. Menulis Sajak
-Adik Nursi Naufal-NAIB JOHAN
-Adik Ain Syahmina-SAGUHATI

5. Menulis Cerpen-SAGUHATI
Adik Hajar Fatini



                                                        Foto-foto
                                     
                                                                       Adik Nur Azzyati

                                              
                                                                Adik Nursi Naufal


         
                                                      Peserta bersama guru pengiring


                             
                                                       Majlis penyampaian cenderahati
          
                                                                       TAHNIAH!!

Friday 25 April 2014

SEKITAR MAJLIS PENYERAHAN MENTOR-MENTEE DAN PELANCARAN GOTONG ROYONG 100% UPSR 5A


           
                                                   Ibu bapa murid Tahun 6 yang hadir

           
                                  Pelancaran Program Gotong Royong UPSR 100% 5A

           
                                                                     Ucapan YDP

           
                                                    Menunggu mentor masing-masing

Wednesday 23 April 2014

MAKLUMAN HARI JALINAN MESRA

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia. SKPP 18(1) akan mengadakan 'Hari Jalinan Mesra'. Pengisian program ini adalah para ibu bapa/ penjaga akan hadir ke sekolah untuk mengambil keputusan peperiksaan Ujian Bulanan 1 (UB1) yang telah diadakan baru-baru ini. 

Tempat : Kelas anak masing-masing
Tarikh   : 25 April 2014 (Jumaat)
Masa    :10.00 pagi hingga 12.00 t/hari

* Murid-murid dibenarkan pulang bersama ibu bapa selepas keputusan diambil.
* Sehubungan itu, pihak sekolah juga akan turut membuat kutipan yuran PIBG sebanyak RM50 
* Keputusan secara online akan dimaklumkan kelak.

Kerjasama komuniti ini, didahului dengan ucapan terima kasih.

MAKLUMAN HARI JALINAN MESRA

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia. SKPP 18(1) akan mengadakan 'Hari Jalinan Mesra'. Pengisian program ini adalah para ibu bapa/ penjaga akan hadir ke sekolah untuk mengambil keputusan peperiksaan Ujian Bulanan 1 (UB1) yang telah diadakan baru-baru ini. 

Tempat : Kelas anak masing-masing
Tarikh   : 25 April 2014 (Jumaat)
Masa    :10.00 pagi hingga 12.00 t/hari

* Murid-murid dibenarkan pulang bersama ibu bapa selepas keputusan diambil.
* Sehubungan itu, pihak sekolah juga akan turut membuat kutipan yuran PIBG sebanyak RM50 
* Keputusan secara online akan dimaklumkan kelak.

Kerjasama komuniti ini, didahului dengan ucapan terima kasih.

Tuesday 22 April 2014

PROGRAM MENTOR MENTEE TAHUN 6

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia. Adalah dimaklumkan bahawa SKPP 18(1) akan mengadakan Program Penyerahan Mentor Mentee tahun 6 pada ketetapan berikut :

Tarikh : 25 April 2014 (Jumaat)
Masa : 8.00 hingga 10.00 malam
Tempat : Laman Nilam SKPP 18(1)

Tentatif Program :

25 April 2014

  • 8.00 malam : Pendaftaran
  • 8.30 malam : Solat Isyak berjemaah
  • 9.00 malam : Majlis Penyerahan Mentor Mentee
      • Pengenalan tentang program Mentor Mentee (Slide)
      • Ucapan YDP
      • Penyerahan Mentee kepada Mentor
      • Sesi Perkenalan Mentor dan Mentee (Bersama ibu bapa)
  • 10.00 malam : Minum malam dan majlis bersurai.
26 April 2014
  • 5.00 pagi : Bangun pagi dan bersiap untk Qiamullail
      • Qiamullail (Solat Hajat, Solat Tahajjud dan Solat Sunat Taubat)
  • 6.10 pagi : Solat Subuh berjemaah dan kuliah subuh
  • 7.30 pagi : Sarapan pagi dan persiapan diri.
  • 8.30 pagi : Kelas Tambahan
  • 12.00 t/hari : Bersurai

MAKLUMAN MESYUARAT JAWATANKUASA PIBG KALI KEDUA 2014

Adalah dimaklumkan bahawa, satu Mesyuarat Jawatankuasa PIBG kali Kedua bagi sesi 2014 akan diadakan pada ketetapan berikut:

Tarikh : 25 April 2014 (Jumaat)
Masa:   10.00 malam
Tempat : Bilik Mesyuarat Tingkat Satu, SKPP18(1)
Agenda : Semakan Minit Mesyuarat lalu, hal-hal lain.

Kehadiran AJK ibu bapa dan AJK guru amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi talian PIBG di nombor, 0193472445 (Urusan mesyuarat sahaja).  Sekian

Sunday 20 April 2014

PENYAMPAIAN CENDERAHATI DAN SIJIL DI PERHIMPUNAN RASMI 21 APRIL 2014


                         

PROGRAM SARANA TAHUN 6

Asslamualaikum dan Salam 1Malaysia. Adalah dimaklumkan bahawa SKPP18(1) akan mengadakan

1. Program Hari Jalinan Mesra untuk keputusan Ujian Bulanan Satu ( UB1) lalu pada hari Jumaat 25 April 2014. Melalui program ini, ibu bapa dijemput hadir ke sekolah bagi mengambil keputusan UB1 anak di kelas masing-masing.

2. Dimaklumkan juga pada malam hari yang sama 25 April 2014 , satu Program Mentor Menti tahun 6 akan diadakan. Pihak sekolah turut menjemput semua ibu bapa murid tahun 6 untuk hadir memeriahkan penyerahan mentor kepada menti.

Program-program yang dinyatakan diatas adalah atas prsetujuan Guru Besar dan pihak sekolah mengalu-alukan penglibatan ibu bapa bagi memurnikan Sarana dan dalam masa yang sama menyumbang memajukan sekolah melalui tema ' Kecemerlangan Bersama'

Pautan penting terkini akhbar Berita Harian tentang Sarana:

        

Saturday 19 April 2014

TAHNIAH SKPP18(1) TERPILIH UNTUK FLORIA PUTRAJAYA 2014

Assalamualaikum dan Salam1Malaysia. SKPP 18(1) telah terpilih untuk menyertai Floria Putrajaya 2014 melalui rekaan lanskap ibu bapa murid kami. Tema pada tahun ini adalah 'Mesmerising Colours'. Rekaan lanskap akan bermula pada 5 Jun 2014 dan pihak sekolah akan memaklumkan sebarang info terkini. Tahniah dan terima kasih.

Pautan Floria Perbadanan Putrajaya:

         

TAHNIAH MAJLIS TILAWAH AL-QURAN

Assalamulaikum dan Salam 1Malaysia. Sekali lagi pihak SKPP18(1) merakamkan ribuan terima kasih dan tahniah kepada semua 6 peserta mewakili SKPP 18(1) terutama adik Wafi bin Osman (Kelas 6 Intan) dan adik Nursi Naufal bin Najman (6 Berlian) yang turut mengharumkan nama sekolah dengan mengungguli Naib Johan bagi Kategori Hafazan Lelaki (adik Nursi) dan tempat Ketiga untuk Kategori Tilawah Al-Quran Lelaki (adik Wafi). MTQ ini telah diadakan pada 19 April 2014 (Sabtu) bertempat di SMKPP 9(2). Semoga dengan pencapaian ini akan mendorong anak-anak yang lain untuk turut sama melibatkan diri dalam program anjuran sekolah. Tahniah!
                                     
                                          Adik Nursi Naufal (Kiri) dan adik wafi (Kanan)

                                     
                     Para peserta bersama guru pengiring, Ustazah Noorasmaliza Badruddin

Thursday 17 April 2014

TAHNIAH ADIK WAZIR IFWAT

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia. Untuk makluman komuniti, Jabatan Pelajaran WP Putrajaya (JPWPP) sedang mengadakan MSSWP bermula pada 14 hingga 18 April 2014. SKPP18(1) telah menyertai beberapa acara Balapan dan Padang. Terkini kami mengucapkan tahniah kepada adik Wazir Ifwat kerana telah mendapat pingat Emas pada hari kedua kejohanan dalam acara Lompat Jauh  Lelaki 12 tahun.
     

INFO-INFO TERKINI DAN PENGLIBATAN IBU BAPA

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia. Dimaklumkan bahawa beberapa info awal dua aktiviti adalah seperti di bawah:

1. Kejohanan Bola Tampar akan diadakan pada 28 April 2014-akan dimaklumkan perincian kelak.

2. Senamrobik 1  Murid 1 Sukan (1M1S) akan diadakan pada 10 Mei 2014 sempena bulan kecergasan.

Kepada ibu bapa yang ingin membantu membuat persediaan, menyumbang idea dan sebagainya boleh berhubung dengan pihak sekolah melalui SMS ke no PIBG- 0193472445. Sekian.

TAHNIAH DECARE CHALLENGE

Pihak sekolah telah melakar beberapa kejayaan untuk Program Children and Adult Road Education (DeCare) Challenge 2014 Putrajaya. Naib Johan untuk Kategori Kereta dan tempat Ketiga untuk Kategori Sekolah Rendah. Tahniah.


                                     

                                     

Tuesday 15 April 2014

PERLAWANAN PERSAHABATAN BOLA SEPAK MURID DAN GURU-SKPP18(1) LWN AKEDEMI MBPJ TELAH DITUNDA

        Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia. Satu perlawanan bola sepak persahabatan antara murid SKPP 18(1) dengan Akademi Bola Sepak Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) akan diadakan pada 20 April 2014 (Ahad) bertempat di Padang Sekolah SKPP 18(1). 18 murid SKPP 18(1) terlibat dan PIBG telah menyuarakan persetujuan untuk membantu memajukan sukan bola sepak sekolah. Ibu bapa dijemput hadir untuk menonton perlawanan SKPP 18(1) optimis dalam memberi pendedahan kepada murid-murid dalam bersaing bersama Akademi ini.
      Dalam perkembangan yang sama, pasukan bola sepak antara guru-guru sekolah Putrajaya dan luar juga telah dibentuk. Terdahulu, perlawanan bersama guru-guru Sekolah Kebangsaan Rinching, Selangor telah diadakan pada 5 April 2014. Hari ini 16 April 2014 (Rabu), perlawanan persahabatan antara guru SKPP 18(1) dengan SMKPP 18(1) akan diadakan. Untuk masa hadapan, kami menjemput ibu bapa untuk turut melibatkan diri dengan sukan bola sepak dan bersama memajukan sukan ini dalam kalangan murid kelak. 

                     
                                                             Foto rekabentuk untuk hiasan

Monday 14 April 2014

MAKLUMAN AWAL PROGRAM ANTARABANGSA JEPUN 9

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia. Dimaklumkan bahawa satu Program Antarabangsa Jepun 9 terbuka pada 30 orang murid tahun 5 dan 6  sedang dirangka pada bulan November atau Disember. Program kelolaan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ini memperuntukkan 9 hari , 7 hari tinggal bersama keluarga angkat (Termasuk perjalanan). Kos adalah tanggungan sendiri berjumlah RM5850. Justeru, ibu bapa yang berminat, boleh membuat pendaftaran awal sebelum atau pada 1 Jun 2014 (Tarikh tutup). Sebarang pertanyaan boleh menghubungi YDP PIBG.Sekian Terima Kasih.

CARTA ORGANISASI PIBG 2014/15


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...