Sunday 30 December 2012

PENGUMUMAN PERSEKOLAHAN RASMI SESI 2013

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia. Untuk makluman komuniti ini, persekolahan rasmi bagi sesi 2013 adalah pada 2 Januari 2013 (Rabu). Pihak SKPP 18(1) mewakili warga kerja, Pentadbir dan guru-guru mengucapkan selamat datang kepada murid-murid Prasekolah dan Tahun Satu yang telah mendaftarkan diri pada 29 Disember lalu. Ucapan selamat kembali bersekolah juga ditujukan kepada murid-murid kami dari tahun 2 hingga 6. Harapan dan doa kami agar SKPP 18(1) akan terus mengorak langkah melakar kejayaan demi kejayaan bukan sahaja dalam bidang pendidikan khususnya, malah sentiasa cemerlang dalam lapangan lain yang bakal diceburi. Akhir kata, 'Selamat Menyambut Tahun Baru 2013' dan 'Selamat Maju Jaya' .Sekian terima kasih.

Saturday 29 December 2012

SEKITAR HARI PENDAFTARAN TAHUN SATU DAN PRASEKOLAH

Urusetia pendaftaran
Semakan nama
Perhimpunan pertama anak-anak kita
Ibu bapa Prasekolah

Pendaftaran

Sejumlah hampir 300 murid baru pada sesi kali ini
Aktiviti mewarna
Guru Besar bersedia untuk sesi taklimat

Pengagihan buku teks
Panorama dari tingkat satu
Berbaris menuju ke kelas masing-masing

Taklimat yang disampaikan oleh Guru Besar

Sesi taklimat
Taklimat dan pelantikan PEWARIS Prasekolah

Ibu bapa/penjaga murid Prasekolah

Tuesday 25 December 2012

Pendaftaran Prasekolah dan Tahun Satu sesi 2013


Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia. Untuk makluman komuniti ini, Pendaftaran Prasekolah dan Tahun 1 SKPP 18(1) untuk sesi persekolahan tahun 2013 adalah seperti ketetapan berikut: 


Tarikh : 29 Disember 2012 (Sabtu)
Masa   : 8.00 pagi
Tempat : SKPP 18(1)

TERKINI-BUKU TEKS TURUT DIAGIHKAN

Dikesempatan ini, kami juga ingin memaklumkan bahawa kedai buku SKPP 18(1) telah mula dibuka/beroperasi pada 5 Disember 2012 (Rabu). Sekian terima kasih.

Saturday 22 December 2012

Origami Magic Rose Cube

Hai adik-adik, melaui kiriman terdahulu kami ada membuat pautan tentang cara membuat origami kupu-kupu. Hari ini kita sama-sama mencuba membuat origami magic rose cube pula, Selamat mencuba!


Saturday 8 December 2012

Apple - Introducing iPad mini

Apple telah memperkenalkan Ipad Mini dan dilancarkan di Malaysia pada 7 Disember 2012. Seperti produk-produk terdahulu, Ipad mempunyai 2 siri iaitu yang mempunyai wifi sahaja dan wifi 3G (Nano sim). Namun hanya produk yang dilancarkan semalam adalah wifi sahaja. Kini anda boleh memiliki Ipad Mini dengan harga RM999..layarilah Apple Malaysia..

Friday 7 December 2012

iPad Mini vs. Nexus 7

Assalamualaikum, perkongsian kali ini tentang dunia ICT yang mana syarikat Apple telah mengeluarkan tablet terbaru mereka iaitu generasi Ipad mini selepas berjaya dalam pasaran tablet yang dikatakan merebut persaingan diantara tablet Nexus 7 yang dihasilkan oleh Asus. Jika anda bercadang memiliki tablet ini dan ingin mengetahui perbandingannya. Ikuti video ini..


Bagaimana untuk menghasilkan origami kupu-kupu

Assalamualaikum adik-adik, warga SKPP 18(1) mengucapkan selamat bercuti dan berharap adik-adik mengisi masa cuti dengan aktiviti berfaedah dan menyeronokkan. Pada ruangan kali ini, blogger ingin berkongsi ilmu Origami. Origami bermaksud seni melipat kertas untuk menghasilkan pelbagai bentuk seperti burung, kapal terbang, kotak hadiah dan pelbagai lagi. Video di bawah merupakan cara untuk menghasilkan kupu-kupu. Selamat mencuba!

Tuesday 4 December 2012

Makluman Terkini

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia. Untuk makluman komuniti ini, Pendaftaran Prasekolah dan Tahun 1 SKPP 18(1) untuk sesi persekolahan tahun 2013 adalah seperti ketetapan berikut: 

Tarikh : 29 Disember 2012 (Sabtu)
Masa   : 8.00 pagi
Tempat : SKPP 18(1)

Dikesempatan ini, kami juga ingin memaklumkan bahawa kedai buku SKPP 18(1) akan mula dibuka/beroperasi lebih awal iaitu pada 5 Disember 2012 (Rabu). Sekian terima kasih.

Saturday 1 December 2012

Ulasan Blogger SKPP 18(1)

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia. Dikesempatan ini, pihak blogger merakamkan ribuan terima kasih kepada semua pihak iaitu ibu bapa/penjaga, PIBG, KPM, JPWPP, Perbadanan Putrajaya, Tan Sri, Dato/Datin, Pentadbir, guru-guru, NGO dan mereka-mereka yang terlibat secara langsung atau tidak dalam menyokong visi, misi dan matlamat sekolah bagi mencapai SKPP 18(1) warga blogger 2012. 
        Blogspot ini telah diilhamkan oleh Puan Salmiah bt. Hashim, Guru Besar SKPP 18(1) pada awal penubuhan SKPP18(1) iaitu pada tahun 2009. Namun, kami menyedari bahawa terdapat pelbagai kekangan berikutan strategi kejayaan akademik mendahului segala aspek. Justeru, penubuhan blogspot ditangguhkan buat sementara waktu. Alhamdulillah, seiring dengan peredaran masa dan berkat usaha semua pihak, maka impian kami telah menjadi kenyataan. Ini lah blogspot kami..
     Untuk makluman semua, blogspot ini telah berjaya mengumpul hampir 80,000 pengunjung dan kami mensasarkan 100,000 pengunjung pada akhir tahun ini menjadikan ia blogspot yang boleh 'berdiri dengan sendiri' dan mengapakah kami berkata sedemikian?. Kajian kami telah membuktikan bahawa kami tidak membuat banyak langganan (Subcribe) ke blog lain (selepas perasmian oleh Ybhg Dato' Khairuddin bin Samad pada 2 Mac 2012). Namun, kami tetap menerima langanan (Subscribe) daripada pengunjung sahaja. Kesimpulannya, pengunjung-pengunjung talah memanfaatkan segala kiriman dan pautan yang telah disediakan melalui kesibukan trafik online blog ini. Terima kasih.
    Blogspot SKPP18(1) berfungsi menyalurkan info-info terkini SKPP18(1) melalui pemberitahuan, makluman tentang aktiviti yang akan diadakan di medan pendidikan dan pautan tertentu yang berfungsi sebagai panduan, bukti malah kajian pengunjung terhadap pendidikan masa kini. Justeru, kami menghargai pengunjung setia kami yang sering melakukan klik untuk melihat kami di sini.
    Kami memahami hasrat komuniti dan kehendak dunia ICT yang memerlukan para ilmuan bergabung untuk menghasilkan cetusan idea bagi memenuhi hasrat dunia kini. Blogspot ini diberi nafas baru dengan suntikan info-info terkini, pautan-pautan luar dan dalaman melibatkan pautan portal-portal pendidikan, aplikasi atas talian, pekeliling pendidikan, akhbar online, scribd (fail word, minit mesyuarat dan lain-lain), saluran youtube dengan garapan ilmu perfileman sendiri dan pelbagai perkongsian majlis ilmu.     
        Kami amat berterima kasih kepada pihak yang telah memberikan sokongan dan cadangan untuk penambahbaikan blogspot ini. Kami menyarankan agar pengunjung menggunakan enjin pencarian Google Chrome dan Mozilla Firefox sahaja kerana blogspot ini tidak diuji sepenuhnya ke browser yang lain. Kami juga tidak mewujudkan 'ruang sembang' berikutan blog ini berfungsi sebagai pemberitahuan info sahaja namun pengunjung boleh menyatakan cadangan dan hasrat melalui ruangan comment melalui kiriman terdahulu.
     Untuk makluman semua, tahun 2012 akan melabuhkan tirainya dan hasrat AJK PIBG melalui mesyuarat kali keempat pada dasarnya telah memutuskan untuk mewujudkan portal rasmi (website) pada tahun 2013. Kami menyokong penuh hasrat berkenaan dan berharap ia dapat direalisasikan dengan lebih hebat dan berjaya.
       Akhir sekali, kami berbesar hati sekiranya pelbagai pihak sudi untuk tampil memberi nafas baru untuk Blogspot SKPP 18(1) melalui pelbagai usahasama, program, teknologi, pengiklanan dan seterusnya menjadi sebahagian daripada penyumbang untuk kejayaan anak bangsa di SKPP 18(1).Sekian terima kasih
    
  

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...