Wednesday 31 October 2012

MAKLUMAN MESYUARAT AJK PIBG KALI KEEMPAT TAHUN 2012

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia. Untuk makluman, satu Mesyuarat AJK PIBG kali Keempat  dan terakhir bagi tahun 2012 akan diadakan pada ketetapan berikut:

Tarikh : 4 November 2012 (Ahad)
Masa.  : 10.00 pagi
Tempat: Bilik Mesyuarat/Gerakan tingkat satu SKPP 18(1)
Agenda : 
  1. Semakan Minit Mesyuarat lalu
  2. Perkara-perkara berbangkit
  3. Hal-hal lain
Kehadiran AJK PIBG adalah dialu-alukan dan didahului dengan ucapan terima kasih.


KEPUTUSAN TEMUDUGA CALON PENGAWAS SEKOLAH SESI 2013

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia. Untuk keputusan temuduga, sila klik pautan di bawah :

MAKLUMAN AWAL PELANTIKAN PENGAWAS SEKOLAH UNTUK SESI 2013

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia. Untuk makluman warga SKPP 18(1), pelantikan pengawas sekolah untuk sesi persekolahan bagi tahun 2013 telah dilaksanakan oleh Unit Disiplin dan Pengawas Sekolah SKPP 18(1). Senarai murid yang telah melalui prosedur tapisan telah dilekatkan pada papan kenyataan di tepi lif sekolah untuk rujukan murid dan ibu bapa. Terkini, pihak sekolah dalam proses menghantar surat pelantikan kepada ibu bapa. Sehubungan itu, pihak blogger juga akan memuat naik senarai nama berkenaan dalam tempoh terdekat. Sekian terima kasih.

Tuesday 30 October 2012

HEBAHAN PERTANDINGAN MENCIPTA LAGU KORPORAT KPM

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia. Adalah dimaklumkan bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dalam satu keputusan telah dibuat melalui Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan dan Kewangan KSU Bil. 13/2012 pada 15 Ogos 2012 bersetuju agar lagu korporat KPM dihasilkan melalui pertandingan mencipta lagu dengan dikendalikan oleh Bahagian Kokurikulum dan Kesenian (BKK). Hebahan ini disasarkan kepada pegawai/pensyarah/guru yang berminat untuk mengambil bahagian. Tarikh tutup pertandingan ini adalah pada 19 November 2012. Syarat-syarat pertandingan dan borang penyertaan akan di muatnaik di ruangan ini dalam waktu terdekat.

-Untuk keterangan lanjut sila hubungi CIK Nor Hapipah bt. Hj. Md. Shah di talian 03-88721650/010-2255676.

Saturday 27 October 2012

AL-FATIHAH

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia. Warga SKPP 18(1) merakamkan ucapan takziah kepada guru kami, Cikgu Zul'-Izzi bin Yusof serta keluarga atas kembalinya Ayahanda tercinta ke rahmatullah pada 27 Oktober 2012 jam 10.30 malam. Semoga roh Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah.

MAKLUMAN SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK 2012

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia. Untuk makluman warga ini, SKPP 18(1) akan mengadakan sambutan Hari Kanak-kanak 2012 pada ketetapan berikut :

Tarikh   : 29 Oktober 2012 (Isnin)
Masa    : 8.15 pagi hingga 1.15 tengahari
Tempat :Dewan Kompleks Sekolah Putrajaya Presint 18(1)
Tema   : 'Karisma Kanak-Kanak, Serlahkan Potensimu'

Tentatif program:

7.30 pagi : Murid berkumpul di Dataran Perhimpunan

7.45 pagi : Murid bergerak ke dewan

8.15 pagi : Pertandingan Bintang Kecil

9.45 pagi : Rehat tahap 1

10.00 pagi : Rehat tahap 2

10.30 pagi : Pertandingan Bintang Kecil

11.45 pagi : 1) Majlis ucapan dan penyampaian hadiah
                   2) Doa
                   3) Perutusan Warga Emas dan ucapan sempena Hari Kanak-kanak
                   4) Penyampaian hadiah keseluruhan
                 
1,15 tengahari : Bersurai

Sekian, terima kasih.

Monday 22 October 2012

JEMPUTAN KE MAJLIS HARI ANUGERAH CEMERLANG SKPP 18(1) 2012

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia. Untuk makluman warga, SKPP 18(1) akan mengadakan Hari Anugerah Cemerlang Dan Graduasi Prasekolah SKPP18(1) 2012 pada ketetapan berikut :

Tarikh  : 24 Oktober 2012 (Rabu). 
Masa    : 8.30 pagi hingga 12.30 tengahari.
Tempat : Kompleks Dewan SMKPP 18(1)
Pakaian : Ibu bapa (Pejabat @ formal)
                : Murid (Pakaian sekolah)

Majlis akan dirasmikan oleh Tuan Haji Jamaluddin bin Yusoff, Pengarah Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Putrajaya (JPWPP). SKPP 18(1) mewakili warga pentadbir amat berbesar hati  menjemput ibu bapa/ penjaga untuk turut hadir memeriahkan majlis ini. Sekian terima kasih.


Saturday 20 October 2012

MAKLUMAN CUTI HARI RAYA AIDILADHA 2012


Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia. Untuk makluman komuniti ini, cuti Hari Raya Aidiladha adalah pada 25-28 Oktober 2012 (Khamis hingga Ahad). Persekolahan kembali dibuka pada 29 Oktober 2012 (Isnin). Kami mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha dan selamat bercuti untuk semua. Sekian terima kasih.

Thursday 18 October 2012

MAKLUMAN PERISTIWA SEKOLAH

Assalamualaikum Dan Salam 1Malaysia. SKPP 18(1) akan mengadakan Perkhemahan Pendidikan dan Lawatan Ke Yayasan Restu seperti ketetapan berikut :

Tarikh :19 hingga 20 Oktober 2012
Masa.  : 3.00 petang (Jumaat) hingga 5.00 petang (Sabtu-Bertolak balik)
Tempat : Shah Alam.

Perkhemahan dan lawatan ini disertai seramai 55 orang murid-murid dari tahap 2 (Tahun 4,5 dan 6). Sekian

Makluman Ko-Kurikulum

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia. Untuk makluman komuniti ini, aktiviti Ko-Kurikulum yang dijalankan pada setiap hari Rabu telah berakhir sepenuhnya pada 3 Oktober 2012 yang lalu. Ini berikutan pihak sekolah menerima beberapa aduan bahawa beberapa murid telah menggunakan alasan ini untuk menjalankan aktiviti-aktiviti yang lain semasa di luar waktu persekolahan. Pihak sekolah berharap, warga kami peka dan sentiasa memantau aktiviti anak-anak kita. Sekian terima kasih.

Tuesday 16 October 2012

TERKINI- PEMULANGAN BUKU TEKS

Assalamualaikum Dan Salam 1Malaysia. Adalah dimaklumkan bahawa pemulangan buku teks sekolah akan dilanjutkan sehingga ke hari Jumaat bersamaan 17 Oktober 2012

Hari Anugerah Cemerlang 2012

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia. Untuk makluman warga, SKPP 18(1) akan mengadakan Hari Anugerah Cemerlang SKPP18(1) 2012 pada 24 Oktober 2012 (Rabu). Sebarang info terkini akan dimaklumkan dari masa ke masa. Sekian. 

Thursday 11 October 2012

PEMULANGAN BUKU TEKS

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia. Adalah dimaklumkan bahawa semua murid SKPP 18(1) perlu memulangkan buku teks seperti ketetapan di bawah :

Tarikh : Tahap 1 - 17 OKTOBER 2012 (RABU)

          : Tahap 2 - 18 OKTOBER 2012 (KHAMIS)

SARINGAN LINUS

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia. Untuk makluman warga ini, saringan Literasi dan Numerasi (LINUS) akan diadakan pada :

Tarikh : 16 Oktober 2012 (Selasa)
Masa  : LITERASI - 8.15 pagi hingga 9.45 pagi
            NUMERASI- 10.45 pagi hingga 12 tengahari. 

Jemputan YDP ke Majlis Pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia. Adalah dimaklumkan bahawa, Presiden Perbadanan Putrajaya dengan sukacitanya menjemput YDP PIBG Sekolah, ke Majlis Pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan (BBK) Peringkat Putrajaya 2012 pada ketetapan berikut :

Tarikh   : 12 Oktober 2012 (Jumaat)
Tempat : Dewan Seri Siantan, Kompleks Perbadanan Putrajaya
Masa    : 9.30 pagi
Pakaian : Pejabat

Untuk maklumat lanjut dan pengesahan kehadiran, sila hubungi Lilysyerina/Kamariah melalui talian 03-88877584 atau e-mel fadzlyn@ppj.gov.my . Sekian terima kasih.

Wednesday 10 October 2012

Program Aqil Baligh & Qiamullail Siri 2

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia. Untuk makluman, Panitia Pendidikan Islam akan mengadakan Program Aqil Baligh & Qiamullail Siri 2 untuk murid-murid tahun 6 pada ketetapan berikut :

Tarikh      : 12 & 13 Oktober 2012
Hari         : Jumaat & Sabtu
Masa       : 3.30 petang (Jumaat) - 9.00 pagi (Sabtu)
Tempat    : Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya

Sila ke Sudut Panitia PAI di pautan :http://paiskpp18satu.blogspot.com/

Tuesday 9 October 2012

Al-Fatihah

Assalamualaikum. Warga SKPP 18(1) merakamkan ucapan takziah kepada guru kami, Puan Azimah binti Mansor serta keluarga atas pemergian ayahanda tercinta ke rahmatullah pada hari ini, 10 Oktober 2012 jam 10.30 pagi. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah.

Thursday 4 October 2012

Al-Fatihah

Assalamualaikum. Pagi ini tanggal 5 Oktober 2012, SKPP 18(1) telah kehilangan guru, Cikgu Rozi bin Husin untuk selama-lamanya. Beliau telah disahkan meninggal dunia pada jam 7.15 pagi di Hospital Putrajaya setelah kegagalan fungsi jantung. Warga mengucapkan takziah dan mendoakan roh beliau ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Untuk Cikgu Rozi, kami menangisi kehilanganmu dan kami teap merinduimu. Al-Fatihah.

Tuesday 2 October 2012

RALAT

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia. Melalui kiriman terdahulu, kami memaklumkan bahawa SKPP 18(2) dan SKPP 5(1) akan dibuka untuk pendaftaran. Namun, disebabkan beberapa kekangan, pertukaran rasmi murid dibekukan sementara dan akan dimaklumkan dalam blogspot ini dalam waktu terdekat. Pihak kami memohon maaf atas segala kesulitan yang berlaku. Sekian.

Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi Puan Noor Azzah (GPK HEM) di talian : 0388905424

TERUSKAN BERJUANG, JANGAN BERPUTUS ASA

      Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia. Tanggal 30 September yang lalu, warga telah dikejutkan dengan berita guru kaunselor kami yang juga Guru Unit Bimbingan dan Kaunseling dan AJK PIBG guru, Cikgu Mohd. Rozi bin Husin telah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Putrajaya. Beliau dipercayai mengalami komplikasi paru-paru berair, bengkak dan jangkitan kuman pada jantung.
     Beliau masih dalam keadaan tidak sedarkan diri dan masih menggunakan bantuan pernafasan sepenuhnya. Terkini, beliau telah menunjukkan sedikit tindakbalas positif. Namun, menurut doktor yang merawat, semangat beliau untuk bernafas sendiri adalah baik tetapi menolak (Tanpa beliau sedari) bantuan pernafasan adalah membahayakan. 
     Warga SKPP 18(1) mewakili pentadbir dan guru-guru tetap mendoakan yang terbaik dan mengharapkan Cikgu Rozi pulih dan dapat kembali menyambung tugas seperti biasa. Kami turut merakamkan ribuan terima kasih kepada warga yang mengambil berat, menziarahi dan mendoakan beliau. Sekian terima kasih.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...