Tuesday 27 January 2015

JEMPUTAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KALI KEENAM SKPP 18(1) TAHUN 2015

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia. Dengan segala hormatnya, jemputan di atas dirujuk. Y.Bhg. Dato/Datin/Tuan/Puan adalah dijemput untuk menghadiri mesyuarat tersebut pada ketetapan berikut:

Tarikh : 7 Februari 2015 (Sabtu)
Masa   : 8.30 pagi
Tempat : Dewan Kompleks Sekolah Menengah Presint 18(1)

Agenda mesyuarat tersebut adalah;

  1. Ucapan Pengerusi.
  2. Membentang dan menerima minit Mesyuarat Agung Tahunan yang lalu.
  3. Membentang dan menerima Laporan Tahunan.
  4. Membentang, menerima dan meluluskan Penyata Kewangan berakhir 31 Disember tahun sebelumnya.
  5. Membahaskan usul (Jika ada).
  6. Pembubaran Jawatankuasa PIBG bagi sesi 2014/2015
  7. Pemilihan Jawatankuasa PIBG bagi sesi 2015/2016
  8. Pemilihan Juru Audit Dalaman.
  9. Ucapan penangguhan; dan
  10. Hal-hal lain.
Kesudian Y.Bhg. Dato/Datin/Tuan/Puan untuk hadir ke majlis ini amat dialu-alukan dan didahului dengan ucapan terima kasih.

SEKITAR MAJLIS PEMUAFAKATAN IBU BAPA DAN GURU MURID TAHUN 6 2015


Ibu bapa/ penjaga yang hadir

Pendaftaran
Majlis ini telah diadakan pada 23 Januari 2015 (Jumaat). 

Wednesday 21 January 2015

ACARA MERENTAS DESA LATIHAN AKHIR 2015

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia. Pada 28 Februari 2015 (Rabu) akan diadakan Acara Merentas Desa Latihan Akhir. Acara tahunan ini melibatkan semua murid tahun 4 hingga 6 dan mata akan dikutip berdasarkan pada rumah sukan masing-masing. Murid-murid akan berkumpul di Dataran Perhimpunan pada jam 2.30 petang. Acara dijangka bermula pada jam 2.45 petang dan berakhir pada jam 5 petang. Untuk info trek bagi setiap kategori murid, sila ke pautan di bawah

Thursday 1 January 2015

SEKITAR ORIENTASI PRASEKOLAH DAN PENDAFTARAN TAHUN SATU SESI 2015



       
                                   Pendaftaran murid-murid Tahun Satu

       
                                        Ibu bapa/ penjaga dan tetamu yang hadir

                                
                                                              Ceramah Sarana 

         
                                     Penyampaian cenderahati kepada penceramah

         
                             Penyampaian beg sekolah percuma oleh UMNO Putrajaya


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...