Tuesday 28 January 2014

MAKLUMAN LATIHAN MERENTAS DESA

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia, adalah dimaklumkan bahawa satu latihan merentas desa akan diadakan pada hari ini 29 Januari 2014 (Rabu), jam 2.30 petang. Semua murid tahun 3,4,5 dan 6 akan terlibat dalam latihan ini. Sekian

*Sila lihat peta laluan melalui pos terdahulu dalam blogspot ini.

Monday 27 January 2014

MAKLUMAN CUTI SEMPENA TAHUN BARU CINA DAN HARI WILAYAH

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia. Sempena perayaan Tahun Baru Cina dan Hari Wilayah, SKPP 18(1) akan mula bercuti pada ketetapan berikut:

30 JANUARI 2014 (KHAMIS) hingga 3 FEBRUARI 2014 (ISNIN). 

Sebarang aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran termasuk kelas KAFA akan dijalankan setelah persekolahan kembali dibuka seperti biasa pada 4 FEBRUARI 2014 (SELASA). Sekian terima kasih

Thursday 23 January 2014

PERISTIWA DAN AKTIVITI SEPANJANG MINGGU KE 4 PERSEKOLAHAN


                     
                         Pengagihan wang bantuan khas awal persekolahan-20 Januari 2014


                    
                                Aktiviti ko-kurikulum Badan Beruniform-22 Januari 2014

                     
                                     Latihan Merentas Desa-22 Januari 2014

                     
                         Pelancaran Nadi Ilmu Amalan membaca (NILAM)-23 Januari 2014

                     
                     Sambutan Maulidur Rasul 1435 Hijrah peringkat sekolah-24 Januari 2014

                     
                               Kem Pembudayaan Qiaimullail Tahun 6-24 Januari 2014

KEM PEMBUDAYAAN QIAMULLAIL MURID TAHUN 6

*LAMPIRAN AKAN DIMUATNAIK DALAM WAKTU TERDEKAT

Wednesday 22 January 2014

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1435 HIJRAH

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia. Kami akan mengadakan sambutan Maulidur Rasul 1435 Hijrah. Sila ke pautan Panitia Pendidikan Islam di :

Tuesday 21 January 2014

LALUAN MERENTAS DESA SKPP 18(1) TAHUN 2014


TREK A, KATEGORI A (TAHUN 5&6) LELAKI

TREK A, KATEGORI B (TAHUN 5&6 PEREMPUAN)

TREK B,KATEGORI C (TAHUN 3&4 LELAKI)                       
TREK B, KATEGORI D (TAHUN 3&4 PEREMPUAN)
                            

Thursday 16 January 2014

PENYERAHAN WANG BANTUAN KHAS AWAL PERSEKOLAHAN 1MALAYSIA RM100 BAGI MURID TAHUN 2 HINGGA 6

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia. Dengan segala hormatnya adalah dimaklumkan bahawa pihak sekolah akan mengagihkan wang Bantuan Khas Awal Persekolahan 1Malaysia sebanyak rm100.00 (Seratus ringgit) kepada semua Murid Tahun 2 hingga 6 pada ketetapan berikut:

Tarikh : 20 Januari 2014 (Isnin)
Masa : 12.30 T/hari hingga 2.00 petang
Tempat : Kelas anak masing-masing

Tuan/puan dikehendaki membawa bersama kad pengenalan untuk pengesahan. Kerjasama tuan/puan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Monday 13 January 2014

DIALOG PERMUAFAKATAN KOMUNITI SKPP18(1)

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia. SKPP 18(1) melalui program SARANA IBU BAPA  menjemput SEMUA ibu bapa/penjaga murid SKPP18(1) untuk hadir ke Dialog Permuafakatan Komuniti SKPP 18(1) yang akan diadakan pada ketetapan berikut:

TARIKH : 15 Januari 2014 (RABU)
MASA : 8.30 Malam
TEMPAT : Dataran Nilam SKPP 18(1)
AGENDA:
  1. Ucapan YDP
  2. Ucapan Guru Besar
  3. Dialog bersama ibu bapa/penjaga
Pihak sekolah akan mengagihkan surat jemputan, borang kehadiran, borang kaji selidik untuk tujuan dokumentasi. Selain itu, perbincangan isu dan sesi dialog diantara ibu bapa/penjaga bersama pihak sekolah akan dicapai melalui jalinan pemuafakatan dan persetujuan bersama. Sebarang info terkini akan dikemaskini dengan kadar segera melalui blogspot ini. Keperihatinan dan kerjasama tuan/puan, didahului dengan ucapan terima kasih.

Thursday 9 January 2014

MAKLUMAN WAKTU PERSEKOLAHAN 2014

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia. Adalah sekali lagi dimaklumkan bahawa SESI PERSEKOLAHAN BAGI TAHUN 2014 adalah seperti berikut:

1. HARI ISNIN HINGGA KHAMIS PERSEKOLAHAN RASMI BERMULA JAM 7.30 PAGI HINGGA 1.45 TENGAHARI

2. HARI JUMAAT PERSEKOLAHAN RASMI BERMULA JAM 7.30 PAGI HINGGA 12.15 TENGAHARI

Penambahan 30 minit waktu balik persekolahan (Isnin-Khamis) berikutan waktu Pengajaran dan Pembelajaran telah digunakan untuk aktiviti Kokurikulum (yang telah dipinda pada waktu pagi iaitu pada setiap hari Selasa dan Rabu (7.45-8.45 pagi). Justeru, pihak sekolah membuat penambahan/gantian masa bagi melengkapkan aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran yang telah digunakan untuk aktiviti berkenaan. SKPP 18(1) memohon maaf atas sgala kesulitan yang berlaku dan berharap komuniti khususnya ibu bapa/penjaga dapat menyokong usaha untuk memantapkan lagi misi dan visi sekolah ke arah kecemerlangan bersama. Sekian

Catatan
* Pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah menetapkan bahawa kelas KAFA perlu diadakan LIMA (5) kali seminggu. Justeru, aktiviti Kokurikulum tidak dapat diadakan pada waktu petang.

* Untuk tahap satu pada hari Selasa (Pagi) diadakan program MBM/MBI, Rabu program Matematik dan Sains(Program baru) dan Khamis program Nilam (Dilanjutkan selama sejam).




LARANGAN KENDERAAN IBU BAPA MEMASUKI KAWASAN SEKOLAH DAN MENGHALANG LALUAN

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia, melalui persetujuan Mesyuarat Pengurusan SKPP 18 (1), pihak pengurusan sekolah bersetuju bahawa kenderaan ibu bapa/penjaga dilarang memasuki kawasan sekolah bermula jam 6.30 pagi hingga 7.00 malam . Ini berikutan pihak kami telah menerima beberapa aduan oleh pelbagai pihak tentang isu keselamatan murid-murid kami. Mesyuarat juga menetapkan bahawa nombor pendaftaran kenderaan yang memasuki kawasan sekolah akan dicatat untuk  dimaklumkan dalam blogspot ini untuk tindakan pengawal keselamatan.

     Disamping itu, pihak sekolah turut menerima aduan tentang kenderaan yang diletakkan di hadapan pintu pagar sekolah pada waktu pagi dan tengahari. Ini menyebabkan kesesakan lalulintas yang seringkali berlaku dihadapan sekolah. SKPP 18(1) memuat turun foto kenderaan berkenaan setelah pengawal keselamatan tidak mendapat kerjasama daripada pemilik. Pihak sekolah memohon pemilik kenderaan ini agar bersama-sama membantu mengurangkan kesesakan yang berlaku di hadapan sekolah. SKPP 18(1) memohon maaf atas kesulitan yang berlaku dan berharap komuniti ini menyokong usaha selain memberikan kerjasama yang baik. Sekian terima kasih.

                   

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...