Thursday 27 February 2014

CERAMAH KESEDARAN DISIPLIN

Pada 28 Feb 2014, kami telah mengadakan Ceramah Kesedaran Disiplin untuk murid-murid tahun 1,2 dan 3 bertempat di Laman Nilam SKPP  18(1). Ceramah ini telah dijayakan oleh pihak sekolah dengan kerjasama Ibu Pejabat Polis Kontinjen Putrajaya. Pengisian program adalah berkisar tentang pematuhan disiplin sekolah, etika murid dan sebagainya. Program-program seperti ini akan kerap diadakan untuk memenuhi sasaran Disiplin Sifar 2014.

PROGRAM DATANG AWAL KE SEKOLAH


Monday 24 February 2014

MAKLUMAN AWAL MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE-5

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia. Dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali Kelima untuk sesi persekolahan 2014/2015 akan diadakan pada ketetapan berikut::

Tarikh : 14 Mac 2014 (Jumaat)
Masa   : 8.30 malam
Tempat : Laman Bawah Dewan SMKPP 18(1)

Agenda mesyuarat tersebut adalah;

  1. Ucapan Pengerusi.
  2. Membentang dan menerima minit Mesyuarat Agung Tahunan yang lalu.
  3. Membentang dan menerima Laporan Tahunan.
  4. Membentang, menerima dan meluluskan Penyata Kewangan berakhir 31 Disember tahun sebelumnya.
  5. Membahaskan usul (Jika ada).
  6. Pemilihan Jawatankuasa PIBG bagi sesi 2014/2015.
  7. Pemilihan Juru Audit Dalaman.
  8. Ucapan penangguhan; dan
  9. Hal-hal lain.


Makluman di atas merupakan info awal setelah PIBG melalui hasil perbincangan lalu sebulat suara bersetuju pada tarikh,tempat dan masa yang telah dinyatakan. Pihak SKPP 18(1) akan mengedarkan borang usul kepada ibu bapa/penjaga melalui anak masing-masing esok. Sebarang perubahan/pindaan akan dimaklumkan dengan kadar segera.

PELANCARAN MINGGU PPDA


     

Majlis diadakan pada 24 Februari di perhimpunan rasmi. Pengisian melibatkan gimik pelancaran, sketsa,nyanyian dan ceramah oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling,

Tuesday 18 February 2014

MAKLUMAN BLOGSPOT UNIT KOKURIKULUM

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia. Unit Kokurikulum telah menubuhkan blogspot baru untuk sebarang info tentang sebarang aktiviti Kokurikulum. Sila ke pautan:
                                        http://kokoskpp181.blogspot.com

Sunday 16 February 2014

MAKLUMAN UNTUK KOMUNITI


           
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia. Berikutan pindaan jadual waktu baru yang mengekalkan waktu balik pada jam 1.15, pihak SKPP18(1) optimis dengan perubahan yang bakal berlaku berikutan waktu P&P ( Pengajaran dan pembelajaran) telah diawalkan pada jam 7.25 pagi. Kami memohon jasa baik komuniti terutama ibu bapa untuk mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan seperti di atas. Makluman ini dibuat berikutan ada segelintir komuniti ibu bapa yang enggan mematuhi peraturan sekolah. Adalah menjadi tanggungjawab pihak sekolah dalam memastikan premis kerajaan/sekolah dan terutamanya murid-murid kami berada dalam keadaan selamat. Sekian terima kasih

Saturday 8 February 2014

Tuesday 4 February 2014

ACARA MERENTAS DESA AKHIR

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia. Pada hari ini 5 Februari 2014 (Rabu) akan diadakan Acara Merentas Desa Akhir. Acara tahunan ini melibatkan semua murid tahun 3 hingga 6 dan mata akan dikutip berdasarkan pada rumah sukan masing-masing. Murid-murid akan berkumpul di Dataran Perhimpunan pada jam 2.30 petang. Acara dijangka bermula pada jam 2.45 petang dan berakhir pada jam 5 petang. Untuk info trek bagi setiap kategori murid, sila ke pautan di bawah
http://skputrajayapresint181.blogspot.com/2014/01/laluan-merentas-desa-skpp-181-tahun-2014.html

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...