Monday 29 April 2013

RATCHATHANEE UNIVERSITY OF THAILAND 'S TODAY VISITOR

In honour and greetfull to our visitors from Ratchatanee University of Thailand is on:

Date : 30 April 2013 (Tuesday)
Venue : Bilik Gerakan, SKPP 18(1)

Welcome..






Thursday 25 April 2013

PROGRAM HARI BUKU SEDUNIA

SKPP 18(1) merupakan tuan rumah Sekolah-sekolah Putrajaya dalam penganjuran Hari Buku Sedunia 2013 yang akan diadakan pada :

Tarikh : 26 April 2013 (Jumaat)
Masa : 8.00 pagi-12 t/hari
Tempat : Dataran Nilam dan Dewan SKPP 18(1)

Murid-murid tahap satu diminta untuk membawa buku mengikut jadual waktu selepas waktu rehat. Bagi murid-murid tahap dua, pembelajaran adalah seperti biasa. Sekian

Monday 22 April 2013

Pengagihan dan Pengembalian Borang A dan B Sarana Ibu Bapa

Untuk makluman ibu bapa/penjaga, borang Maklumbalas Kaji Selidik yang terdapat pada lampiran akhir buku Sarana Ibu Bapa (yang telah diagihkan pada Mesyuarat Agung lalu) akan dibuat salinan oleh pihak sekolah  dan akan  diagihkan sekali lagi kepada ibu bapa pada hari Rabu (24 April 2013). Borang ini mempunyai DUA mukasurat (Borang A dan B) dan perlulah lengkap diisi sebelum dikembalikan kepada pihak SKPP 18(1) melalui anak masing-masing pada hari Khamis (25 April) 2013.

Thursday 18 April 2013

Makluman Mesyuarat Jawatankuasa PIBG

Adalah dimaklumkan bahawa, satu Mesyuarat Jawatankuasa PIBG kali pertama bagi sesi 2013 akan diadakan pada ketetapan berikut:

Tarikh : 19 April 2013 (Jumaat)
Masa:   3.30 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat Tingkat Satu, SKPP18(1)
Agenda : Isu-isu berbangkit Mesyuarat Agung 2013, hal-hal lain.

Kehadiran AJK ibu bapa dan AJK guru amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi talian PIBG di nombor, 0193472445 (Urusan mesyuarat sahaja).  Sekian

Perhatian
*Sila muat turunnotis panggilan mesyuarat di sini http://www.scribd.com/doc/136253995/Notis-Panggilan-Mesy-AJK-PIBG-kali-pertama-2013 bagi memudahkan tuan/puan membuat salinan ke Jabatan masing-masing (Jika bekerja)

Tuesday 16 April 2013

MAKLUMAN CERAMAH PERGIGIAN

Satu ceramah pergigian akan diadakan pada:

Tarikh : 17 April 2013 (Rabu)
Masa : Selepas waktu rehat 
Tempat : Dewan SKPP 18(1)
Penceramah : Jururawat pergigian
Penglibatan : Semua murid

Tuesday 9 April 2013

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2013

Satu Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2013 akan diadakan pada:

Tarikh : 26 April hingga 5 Mei 2013
Jam : 10.00 hingga 9.00 malam
Tempat : PWTC, Kuala Lumpur.

Sila login ke laman facebook : http://www.facebook.com/kualalumpurbookfair untuk keterangan lanjut.

Monday 8 April 2013

Tahniah!!

SKPP 18(1) merakamkan ucapan tahniah kepada adik Ammar As-Syaheed bin Anuar pelajar tahun 5 Delima yang telah memenangi Hadiah Khas Juri dalam pertandingan Fotografi yang telah dianjurkan oleh pihak Perbadanan Putrajaya.
Penyampaian penghargaan disempurnakan oleh Guru Besar di Dataran perhimpunan pada 8 April 2013
Hebahan terdahulu
http://skputrajayapresint181.blogspot.com/2013/02/bengkel-pertandingan-fotografi.html

Tuesday 2 April 2013

Makluman pemeriksaan gigi

Adalah dimaklumkan bahawa pihak Kementerian Kesihatan akan melakukan pemeriksaan pergigian pada :

Tarikh : 3 April 2013  (Rabu) sehingga selesai

Semua murid SKPP 18(1) terlibat, Prasekolah dan tahun 1 hingga 6. Sekian


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...