Sunday 28 December 2014

PENANGGUHAN KELAS KAFA SESI 2015

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia. Dimaklumkan bahawa kelas KAFA untuk sesi persekolahan 2015 turut ditangguhkan selaras dengan pengumuman oleh YAB. Timbalan Perdana Menteri tentang penangguhan sesi persekolahan 2015. Sekian terima kasih.

Info pengumuman penangguhan sesi persekolahan, sila klik pautan di bawah
http://skputrajayapresint181.blogspot.com/2014/12/pengumuman-penangguhan-tarikh-sesi.html

ORIENTASI PRASEKOLAH DAN TAHUN SATU AKAN DIJALANKAN SEPERTI BIASA

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia. Melalui pengumuman penangguhan sesi persekolahan 2015 kerana bencana banjir oleh Timbalan Perdana Menteri, YAB. Tan Sri Muhyiddin Yassin, dimaklumkan bahawa penangguhan ini tidak melibatkan Hari Pendaftaran dan Orientasi Murid Prasekolah dan Tahun Satu 2015 yang akan diadakan pada 2 Januari 2014 (Jumaat). Justeru, pendaftaran ini akan dikekalkan dan dijalankan seperti biasa pada hari berkenaan. Sekian terima kasih.

PENGUMUMAN PENANGGUHAN TARIKH SESI PERSEKOLAHAN 2015

#Untuk Siaran Serta Merta

KENYATAAN MEDIA
YAB MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA

PENGUMUMAN PENANGGUHAN TARIKH BERMULA
SESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2015 AKIBAT BANJIR

Sepertimana semua pihak sedia maklum bahawa banjir yang sedang melanda negara sekarang masih berterusan khususnya di negeri-negeri pantai timur Semenanjung Malaysia. Sehingga pada tarikh 28 Disember 2014, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mendapati sejumlah 340 buah sekolah daripada tujuh buah negeri terlibat dengan banjir, sama ada dijadikan sebagai Pusat Pemindahan Sementara (PPS) atau sekolah tersebut ditenggelami air akibat banjir.

Sebagai Menteri Pendidikan, saya amat memahami dan mengambil berat akan kesukaran yang bakal dihadapi oleh semua pihak termasuk pengurusan sekolah, guru-guru, ibu bapa dan murid-murid sekiranya persekolahan bagi tahun 2015 dibuka seperti dijadualkan iaitu pada 4 Januari 2015 (bagi negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor) dan pada 5 Januari 2015 bagi negeri-negeri lain.

Sehubungan itu, sukacita dimaklumkan bahawa KPM dengan ini bersetuju untuk menangguhkan permulaan sesi persekolahan di seluruh negara bagi tahun 2015 selama seminggu. Dengan penangguhan ini, tarikh baru sesi bermula persekolahan tahun 2015 bagi  negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor adalah pada 11 Januari 2015 (Ahad).  Manakala bagi negeri-negeri lain akan bermula pada 12 Januari 2015 (Isnin).  Penangguhan ini juga dibuat setelah mengambilkira;

a) Sekolah-sekolah yang terlibat sama ada sebagai PPS atau ditenggelami air akan mengambil masa untuk dipulihkan; dan

b) Keadaan guru-guru, ibu bapa dan murid yang menjadi mangsa banjir serta serba kekurangan perlu mengambil masa untuk pemulihan dan membuat persiapan persekolahan mereka.

Sekiranya keadaan banjir tersebut pulih, maka pihak pengurusan sekolah hendaklah menggunakan tempoh tersebut untuk mengadakan gotong royong pembersihan kawasan sekolah masing-masing bagi memastikan anak-anak kita dapat belajar dalam keadaan selamat, selesa dan sempurna.

Terima kasih.

Tan Sri Muhyiddin Hj Mohd Yassin
Timbalan Perdana Menteri
Merangkap Menteri Pendidikan
29 Disember 2014 

Friday 19 December 2014

MAKLUMAN UNIFORM PENGAWAS SEKOLAH SESI 2015

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia. Dimaklumkan bahawa melalui taklimat bersama guru pengawas bertarikh 21 November 2014, pihak sekolah sekali lagi membuat hebahan melalui blogspot berkaitan perkara di atas. Pemakaian uniform pengawas sekolah adalah seperti di bawah :

Pengawas Lelaki

-BAJU KEMEJA PUTIH LENGAN PANJANG
-SELUAR PANJANG ( BIRU GELAP )
-STOKIN HITAM
-KASUT HITAM
-VEST AKAN DISEDIAKAN OLEH PIHAK SEKOLAH 

Pengawas Perempuan

-BAJU KURUNG SEKOLAH PUTIH ATAU BAJU KEMEJA PUTIH LENGAN PANJANG
-KAIN KIPAS BELAKANG ( BIRU GELAP )
-BERTUDUNG PUTIH
- 'ANAK TUDUNG' PUTIH
-STOKIN HITAM
-KASUT HITAM
--VEST AKAN DISEDIAKAN OLEH PIHAK SEKOLAH


Etika pemakaian uniform ini diselaraskan mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh KPM untuk mengelakkan sebarang kesulitan. Kerjasama semua pihak amat kami hargai dan mengucapkan ribuan terima kasih.









Wednesday 17 December 2014

BENGKEL PERSEDIAAN UPSR 2015 DITANGGUHKAN

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia. Dimaklumkan bahawa Bengkel Persediaan UPSR 2015 yang telah ditetapkan pada 29 hingga 31 Disember 2014 terpaksa dibatalkan atas sebab yang tidak dapat dielakkan. Bengkel akan dilaksanakan pada awal persekolahan tahun 2015. Pihak sekolah akan memaklumkan sebarang info dari masa ke masa dan memohon maaf atas segala kesulitan. Sekian terima kasih.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...