Thursday 26 December 2013

Pendaftaran Tahun Satu dan Prasekolah

 Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia. Untuk makluman warga SKPP 18(1), esok 28 Disember 2013 (Sabtu) merupakan Hari Pendaftaran Prasekolah danTahun Satu bagi sesi persekolahan tahun 2014. Bagi ibu bapa murid tahun satu, anda diminta untuk membawa peralatan seperti di bawah:

1.Salinan kad pengenalan ibu bapa/penjaga
2.Salinan surat beranak ibu bapa/ penjaga
3.Slip gaji ibu bapa/penjaga
4.3 keping gambar murid berukuran pasport 
5.Alat tulis dan pensil warna

Murid-murid DIWAJIBKAN memakai pakaian seragam lengkap sekolah semasa mendaftar. Sekian terima kasih

Gambar hiasan
       



Wednesday 20 November 2013

SENARAI NAMA MURID PRASEKOLAH DAN TAHUN SATU SKPP 18(1) SESI 2014

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia. Untuk makluman komuniti, pautan di bawah merupakan senarai murid Prasekolah dan tahun satu yang berjaya ke SKPP 18(1) untuk sesi persekolahan 2014. 
      Bagi murid Prasekolah, nama murid yang tiada dalam senarai adalah dianggap tidak berjaya dan boleh menghubungi pihak sekolah untuk sebarang pertanyaan di talian 0388905424. Sekian

PRASEKOLAH Sila klik di sini :
http://www.scribd.com/doc/185675974/SENARAI-NAMA-MURID-PRABESTARI-PRACERDIK-PRAPINTAR-DAN-PRA-CEMERLANG

_________________________________________________________________

UNTUK PENEMPATAN TAHUN SATU 2014

Sila klik di sini
 http://www.scribd.com/doc/184060812/Senarai-nama-murid-tahun-1-2014-pdf



Tuesday 19 November 2013

MAKLUMAN AWAL AKTIVITI KOKURIKULUM PERSEKOLAHAN 2014

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia. Untuk makluman warga SKPP 18(1), aktiviti Kokurikulum  untuk sesi persekolahan 2014 akan diadakan waktu PAGI hari ISNIN-KHAMIS. Justeru, waktu persekolahan rasmi turut berlaku pindaan seperti berikut :
  • Persekolahan rasmi akan bermula pada jam 7.30 pagi dan berakhir pada jam 1.45 tengah hari ( Isnin hingga Khamis).
  • Pada hari Jumaat persekolahan bermula jam 7.30 pagi dan berakhir pada jam 12.15 (Tiada pindaan)
*Lanjutan waktu balik melibatkan penambahan 30 minit adalah untuk memenuhi waktu Pengajaran dan Pembelajaran yang digunakan untuk aktiviti Kokurikulum.
* Tiada aktiviti Kokurikulum pada waktu petang dan murid-murid tidak perlu hadir untuk tujuan ini.

Makluman awal ini berdasarkan mesyuarat serta keputusan untuk penambahbaikan dari masa ke masa. Walaubagaimanapun pihak SKPP 18(1) akan memaklumkan sebarang info, surat siaran dan sebagainya sebagai rujukan. Sekian

Sunday 17 November 2013

SENARAI NAMA MURID YANG MENDAPAT 5A UPSR 2013

1. Adam bin Abdul Gapar
2. Ain Nisa binti Muhammad Shah
3. Aisyah binti Muhamad Rahim
4. Alyssa Yasmin binti Razak
5. Andrea Hanis binti Nik Mazli
6. Khairul Aqil bin Khairul Affendi
7. Mohamad Ruzaimi bin Rosdi
8. Muhammad Isyraf Imran bin Badrul Hisham
9. Muhammad Izz Syahmi bin Kamarul Arifin
10. Muhamad Saiful Aimi bin Badri
11. Nur Amira Hani binti Md. Amidon
12. Nur Farihah Nadiah binti Mohd Zahiruddin
13 . Nur Fitrah binti Nawawi
14. Nur Sakina Huda binti Jazman Azi
15. Nurin Farhanah binti Azhar
16. Nur Syafiqah Nabilah binti Abdul Halim
17. Qisstina Nur binti Mohd. Hanapiah
18. Sara Nur'Ain binti Mohd. Zulfikar
19. Suhayl Azmin bin Azaruddin

Tahniah kepada mereka!..

Analisis UPSR 2013


                                               Analisa Gred Purata Sekolah (GPS)

                                                      Analisa Semua Matapelajaran
Petunjuk matapelajaran
011-Bahasa Melayu Pemahaman
012-Bahasa Melayu Penulisan
014-Bahasa Inggeris
015-Matematik
018-Sains

Wednesday 13 November 2013

TAHNIAH UPSR 2013

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia. SKPP 18(1) merakamkan ucapan tahniah kepada semua calon UPSR 2013 kami yang telah mendapat keputusan pada hari ini 14 November 2013 (Khamis). Majlis rasmi penyerahan slip keputusan peperiksaan yang berlangsung di Laman Nilam SKPP 18(1) sebentar tadi turut menjemput ibu bapa dan anak-anak untuk bersama-sama meraikan kejayaan masing-masing. SKPP 18(1) sekali lagi mengorak langkah dengan mencapai peningkatan keputusan (Peningkatan 3 tahun berturut-turut) Gred Purata Sekolah 1.70. Makluman awal memperlihatkan seramai 19 murid mendapat 5A. SKPP 18(1) akan membuat analisis penuh UPSR dan akan dimuat naik dalam waktu terdekat. Tahniah


SENARAI PENEMPATAN MURID-MURID TAHUN SATU SKPP 18(1) 2014















Program-Program Hari Ini-13 November 2013 (Rabu)


       

       

       

Wednesday 6 November 2013

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia. Untuk makluman warga, SKPP 18(1) akan mengadakan Hari Anugerah Cemerlang Dan Graduasi Prasekolah SKPP18(1) 2013 pada ketetapan berikut :

Tarikh   : 8 November 2013 (Jumaat). 
Masa    : 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari.
Tempat : Dataran Perhimpunan SKPP 18(1)
Pakaian : Ibu bapa (Pejabat @ formal)
               : Murid (Pakaian sekolah)

Majlis akan dirasmikan oleh Tuan Haji Jamaluddin bin Yusoff, Pengarah Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Putrajaya (JPWPP). SKPP 18(1) mewakili warga pentadbir amat berbesar hati  menjemput ibu bapa/ penjaga untuk turut hadir memeriahkan majlis ini. Sekian terima kasih.

Monday 4 November 2013

Friday 1 November 2013

Sekitar Ceramah Pemakanan Sihat


                    
Ceramah Pemakanan Sihat telah diadakan pada 1 November 2013 bertempat di Dewan SKPP 18(1) melibatkan semua murid tahap 1 dan 2. Program hasil usahasama Kementerian Kesihatan Malaysia dan pihak sekolah adalah bertujuan memupuk murid-murid ke arah menjaga kesihatan melalui pemakanan. Pihak SKPP 18(1) merakamkan ribuan terima kasih kepada pihak-pihak yang terlibat khususnya Klinik Kesihatan Presint 9, Putrajaya.

Thursday 31 October 2013

MAKLUMAN HARI ANUGERAH CEMERLANG SKPP 18(1) 2013

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia. Untuk makluman warga, SKPP 18(1) akan mengadakan Hari Anugerah Cemerlang dan Graduasi Prasekolah SKPP 18(1) 2013 pada ketetapan berikut :

Tarikh   : 8 November 2013 (Jumaat). 
Masa    : 8.00 pagi hingga 12.30 tengahari.
Tempat : SKPP 18(1)
Pakaian : Ibu bapa (Pejabat @ formal)
               : Murid (Pakaian sekolah)

Majlis akan dirasmikan oleh Tuan Haji Jamaluddin bin Yusoff, Pengarah Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Putrajaya (JPWPP). SKPP 18(1) mewakili warga pentadbir dan guru-guru amat berbesar hati  menjemput ibu bapa/ penjaga  untuk hadir memeriahkan majlis ini. Sekian terima kasih.

-SEBARANG MAKLUMAT TERKINI/ PERUBAHAN AKAN DIMAKLUMKAN-

Monday 28 October 2013

Makluman Aktiviti-aktiviti Penting Akhir Persekolahan

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia. Pihak SKPP 18(1) telah menyenaraikan beberapa aktiviti-aktiviti penting akhir persekolahan bagi memudahkan ibu bapa dan komuniti untuk membuat sebarang semakan dan info. Di bawah merupakan aktiviti-aktiviti berkenaan :

  1. 29 Oktober 2013 (Selasa)-Pemulangan Buku Teks Tahap 2
  2. 30 Oktober 2013 (Rabu)-Pemulangan Buku Teks Tahap 1
  3. 29-30 Oktober 2013 (Selasa dan Rabu)- Pengisian markah Ko-kurikulum tahun 3,4,5 dan 6
  4. 31 Oktober 2013 (Khamis)-Pemilihan peserta pertandingan RIMUP Tahap 2
  5. 6 November 2013 (Rabu)-Pengagihan kelas 2014
  6. 8 November 2013 (Jumaat)-Majlis Hari Anugerah Cemerlang 2013
  7. 11 November 2013 (Isnin)-Pengagihan Buku Teks 2014 Tahap 1 (Tahun 1,2,3)
  8. 12 November 2013 (Selasa)-Pengagihan Buku Teks 2014 Tahap 2 (Tahun 4,5, 6)-(*Buku tahun 4 akan diagihkan pada awal tahun kerana bekalan buku teks belum sampai ke sekolah*
  9. 15 November 2013 (Jumaat)-Makluman berkaitan persekolahan sesi 2014 

Saturday 26 October 2013

PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN 2013-2025

Pada Oktober 2011, Kementerian Pelajaran telah melaksanakan kajian semula sistem pendidikan negara Malaysia secara menyeluruh dalam usaha membangunkan Pelan Pembangunan Pendidikan yang baharu. Kerajaan telah mengambil keputusan melaksanakan kajian semula sistem pendidikan berdasarkan standard pendidikan antarabangsa yang kian meningkat, peningkatan aspirasi negara, dan harapan ibu bapa serta masyarakat terhadap dasar pendidikan negara dalam mempersiapkan generasi muda untuk menghadapi keperluan abad ke-21. 
       Dalam tempoh 11 bulan pelaksanaan kajian, Kementerian telah memperoleh input daripada pelbagai sumber seperti laporan penyelidikan yang dijalankan oleh pakar pendidikan dari UNESCO, Bank Dunia, OECD, dan enam Institusi Pengajian Tinggi Awam. Kajian ini juga melibatkan penyertaan pemimpin sekolah, guru, ibu bapa, orang ramai dan murid di seluruh negara. Dokumen awal Pelan Pembangunan Pendidikan telah dibangunkan bagi menilai prestasi semasa sistem pendidikan Malaysia dengan mengambil kira secara objektif pencapaian lampau dan membandingkannya dengan tanda aras antarabangsa. 
     Pelan ini melakarkan visi sistem pendidikan dan murid yang dapat memenuhi keperluan negara pada masa depan. Pelan ini juga mencadangkan 11 anjakan strategik dan operasi yang perlu dilaksanakan oleh Kementerian bagi mencapai visi yang dihasratkan. Usaha yang telah dirangka dan akan dilaksanakan untuk mentransformasi sistem pendidikan negara diharap dapat difahami dengan jelas oleh masyarakat keseluruhannya. Kementerian akan mendapatkan maklum balas tentang laporan awal pelan ini daripada seluruh komuniti sebelum laporan akhir pelan ini dihasilkan pada Disember 2012. Sila ke pautan di bawah :

Wednesday 23 October 2013

Tentatif Program hari Kanak-kanak 25 Oktober 2013


                            N 

PENANGGUHAN TARIKH HARI ANUGERAH CEMERLANG 2013

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia. Untuk makluman warga, SKPP 18(1) terdahulu telah memaklumkan bahawa Hari Anugerah Cemerlang Dan Graduasi Prasekolah SKPP18(1) 2013  akan diadakan pada tarikh seperti di bawah

Tarikh   : 29 Oktober 2013 (Selasa). 

Masa    : 8.30 pagi hingga 1.30 tengahari.
Tempat : Putrajaya International Convention Centre (PICC)
Pakaian : Ibu bapa (Pejabat @ formal)
               : Murid (Pakaian sekolah)

Namun atas beberapa kekangan yang tidak dapat dielakkan, tarikh di atas telah DITUNDA dan DITANGGUHKAN sehingga diberitahu kelak. Pihak SKPP 18(1) memohon maaf atas segala kesulitan yang berlaku. Sekian terima kasih.

-SEBARANG PINDAAN TERKINI/ PERUBAHAN AKAN DIMAKLUMKAN DENGAN SEGERA-

Sekitar Lawatan dari Ratchatanee University of Thailand

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia, SKPP 18(1) telah menerima delegasi lawatan dari penuntut-penuntut Ratchatanee Universiti pada 23 Oktober 2013 (Rabu). Pada tahun ini, pihak sekolah telah dikunjungi oleh tiga lawatan dari beberapa Universiti dari Thailand dan program ini diletakkan sebagai acara tahunan kami dalam arena pendidikan. Untuk pengetahuan umum, lawatan kali ini dikunjungi seramai 120 penuntut dan merupakan jumlah paling ramai berbanding lawatan sebelum ini. Perbincangan adalah berkaitan isu-isu pendidikan, dasar-dasar kerajaan selain mengeratkan hubungan diantara negara-negara ASEAN.
       

Monday 21 October 2013

MAKLUMAN AWAL HARI ANUGERAH CEMERLANG SKPP 18(1) 2013

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia. Untuk makluman warga, SKPP 18(1) akan mengadakan Hari Anugerah Cemerlang Dan Graduasi Prasekolah SKPP18(1) 2013 pada ketetapan berikut :


Tarikh   : 29 Oktober 2013 (Selasa). 
Masa    : 8.30 pagi hingga 1.30 tengahari.
Tempat : Putrajaya International Convention Centre (PICC)
Pakaian : Ibu bapa (Pejabat @ formal)
               : Murid (Pakaian sekolah)

Majlis akan dirasmikan oleh Tuan Haji Jamaluddin bin Yusoff, Pengarah Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Putrajaya (JPWPP). SKPP 18(1) mewakili warga pentadbir amat berbesar hati  menjemput ibu bapa/ penjaga untuk turut hadir memeriahkan majlis ini. Sekian terima kasih.

-SEBARANG MAKLUMAT TERKINI/ PERUBAHAN AKAN DIMAKLUMKAN-

MAKLUMAN MESYUARAT JAWATANKUASA PIBG KALI KEEMPAT

Adalah dimaklumkan bahawa, satu Mesyuarat Jawatankuasa PIBG kali Keempat bagi sesi 2013 akan diadakan pada ketetapan berikut:

Tarikh : 25 Oktober 2013 (Jumaat)

Masa:   8.30 malam
Tempat : Bilik Mesyuarat Tingkat Satu, SKPP 18(1)
Agenda : 
  1. Ucapan Pengerusi, Ex-Officio
  2. Semakan dan pengesahan minit yang lalu
  3. Sarana Ibu Bapa dan Sarana Sekolah
  4. Hari Anugerah Cemerlang
  5. Isu-isu berbangkit dan hal-hal lain.

Kehadiran AJK ibu bapa dan AJK guru amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi talian PIBG di nombor, 0193472445 (Urusan PIBG & mesyuarat sahaja).  Sekian

Friday 18 October 2013

MAKLUMAN SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK 2013

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia. Untuk makluman warga ini, SKPP 18(1) akan mengadakan Sambutan Hari Kanak-kanak 2013 pada ketetapan berikut :

Tarikh   : 25 Oktober 2013 (Jumaat)
Masa    : 7.30 pagi hingga 12.15 tengahari
Tempat : Sekolah Putrajaya Presint 18(1)

Tentatif program akan dimuatnaik dalam waktu terdekat. Sekian, terima kasih.

PROGRAM INTEGRASI ANTARABANGSA SATUN,THAILAND

Tuesday 15 October 2013

AKTIVITI KOKURIKULUM TELAH BERAKHIR

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia. Adalah dimaklum bahawa aktiviti Kokurikulum melibatkan aktiviti sukan, persatuan dan badan beruniform (Setiap Rabu) untuk sesi persekolahan bagi tahun 2013 telah berakhir hari ini, 16 Oktober 2013. Kami memohon sokongan ibu bapa untuk memantau aktiviti anak-anak pada waktu petang. Sekian

MAKLUMAN MESYUARAT DI BAWAH TELAH DITANGGUHKAN

Adalah dimaklumkan bahawa, satu Mesyuarat Jawatankuasa PIBG kali Keempat bagi sesi 2013 akan diadakan pada ketetapan berikut:

Tarikh : 18 Oktober 2013 (Jumaat)
Masa:   8.30 malam
Tempat : Bilik Mesyuarat Tingkat Satu, SKPP 18(1)
Agenda : 
  1. Ucapan Pengerusi, Ex-Officio
  2. Semakan dan pengesahan minit yang lalu
  3. Sarana Ibu Bapa dan Sarana Sekolah
  4. Hari Kanak-kanak
  5. Hari Anugerah Cemerlang
  6. Isu-isu berbangkit dan hal-hal lain.


Kehadiran AJK ibu bapa dan AJK guru amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi talian PIBG di nombor, 0193472445 (Urusan PIBG & mesyuarat sahaja).  Sekian

----------------MESYUARAT DI ATAS TELAH DITANGGUHKAN---------

Monday 30 September 2013

Aktiviti 1 Oktober 2013

  Lawatan murid tahun 6 dan Senamrobik Serentak Prasekolah

              

Friday 27 September 2013

JEMPUTAN IBU BAPA KE TEMASYA SUKAN KALI KEEMPAT SKPP 18(1) 2013

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia. Untuk makluman komuniti ini, SKPP 18(1) akan mengadakan Temasya Sukan kali Keempat Tahun 2013 seperti ketetapan berikut :

Tarikh    : 28 September 2013 (Sabtu)
Tempat  : Padang Kompleks Sekolah-sekolah Putrajaya Presint 18
Masa     : 8.00 pagi hingga 1.00 T/hari (Murid-murid datang seawal 7.30 pagi)

Kejohanan ini meliputi semua acara padang dan balapan bagi tahun 4, 5 dan 6. Manakala acara Sukaneka untuk murid Prasekolah dan tahun 1,2 dan 3. Kejohanan kali ini juga berlaku penambahan acara tambahan iaitu Sukantara meliputi acara 100 meter dan lontar peluru (Tahun 3,4,5 dan 6) pada 18 September 2013.

Pihak SKPP 18(1) amat berbesar hati menjemput para ibu bapa untuk bersama-sama hadir memeriahkan temasya sukan pada kali ini. Sekian terima kasih.

                      

Monday 23 September 2013

Jadual Latihan Temasya Sukan 2013

      Assalamualaikum dan salam 1Malaysia. Sempena Temasya Sukan yang akan diadakan pada 28 September 2013 ini, SKPP 18(1) telah menyediakan jadual latihan bagi semua rumah sukan yang akan bermula pada 25 September (Rabu) hingga 27 September (Jumaat ) 2013. Pada tarikh ini, murid-murid diwajibkan untuk memakai pakaian sukan. Bagi memudahkan komuniti ini membuat semakan, sila rujuk jadual latihan di bawah:             
                               

Thursday 12 September 2013

Program Tahun 5

           
                             

Monday 9 September 2013

UPSR 2013- SELAMAT MAJU JAYA

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia. SKPP 18(1) mewakili semua warga pentadbir, guru, Ibu bapa dan staff mengucapkan 'SELAMAT MAJU JAYA' kepada semua calon UPSR 2013 kami. Sekian
                          

Wednesday 4 September 2013

MAKLUMAN MESYUARAT JAWATANKUASA PIBG KALI KETIGA

Adalah dimaklumkan bahawa, satu Mesyuarat Jawatankuasa PIBG kali Ketiga bagi sesi 2013 akan diadakan pada ketetapan berikut:


Tarikh : 6 September 2013 (Jumaat)

Masa:   8.30 malam

Tempat : Bilik Mesyuarat Tingkat Satu, SKPP 18(1)

Agenda : 

  1. Ucapan Pengerusi, Ex-Officio
  2. Semakan dan pengesahan minit yang lalu
  3. Sarana Ibu Bapa dan Sarana Sekolah
  4. UPSR
  5. Temasya Sukan 2013
  6. Isu-isu berbangkit dan hal-hal lain.


Kehadiran AJK ibu bapa dan AJK guru amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi talian PIBG di nombor, 0193472445 (Urusan PIBG & mesyuarat sahaja).  Sekian

Monday 2 September 2013

Pengkajian biji kacang merah (Azuki bean)

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia. Untuk pengetahuan warga, Agensi Angkasa Malaysia bersama, Jabatan Pertanian, MARDI dan Kementerian Pelajaran Malaysia telah menganjurkan Malaysia Space Seed 2013 (MASS 2013) yang sedang berlangsung pada 2  hingga 9 September 2013. Melalui program KIBO-ABC, Malaysia telah bekerjasama dengan negara Jepun bagi penerokaan aero angkasa melibatkan pertanian dan penyelidikan. Seramai 5 orang murid SKPP 18(1) telah dipilih untuk membuat penanaman biji kacang merah (Azuki bean) dibumi melibatkan proses penjagaan, pengumpulan data, analisis, memuat naik hasil kajian dan sebagainya. Berikut merupakan foto-foto eksperimen kami.
Untuk maklumat lanjut, sila layari:http://iss.jaxa.jp/en/kuoa/ssaf/
                     
                     

Sunday 1 September 2013

Salam Takziah

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia. Warga SKPP 18(1) merakamkan ucapan takziah kepada guru kami, En. Abdul Karim bin Che Dollah atas kembalinya bonda tercinta ke rahmatullah pada tanggal 1 September 2013, jam 8.45 malam. Al-Fatihah.

Tuesday 27 August 2013

Video Sambutan Aidilfitri SKPP 18(1) 2013

                                                             http://youtu.be/6r1uPX5_KRI

Tuntutan sijil penghargaan

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia. Dimaklumkan bahawa terdahulu pihak Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Putrajaya telah menganjurkan majlis Anugerah Cemerlang kepada murid-murid yang telah mendapat keputusan 5A dalam Peperiksaan UPSR tahun 2012. Pihak sekolah mendapati masih ada sijil-sijil serta voucher yang masih belum dituntut oleh penerima. Kami memohon pelajar-pelajar berkenaan (Seperti dalam foto)  untuk hadir menuntut sijil masing-masing dengan segera.Sekian

                         

Monday 22 July 2013

Makluman Ujian Bulanan 2 2013

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia. Adalah dimaklumkan bahawa, Ujian Bulanan 2 (UB2) sedang dijalankan untuk murid tahun 4 dan 5 manakala murid tahun 6 sedang menjalani program Gempur. Bagi murid tahap satu (tahun 1,2 &3), tiada peperiksaan disediakan dan hanya penilaian PBS akan dilakukan dari masa ke masa.

   Di bawah merupakan jadual waktu peperiksaan UB2 untuk memudahkan warga membuat semakan. Sekian.
       

Friday 19 July 2013

Majlis Iftar, tahlil dan solat tarawikh SKPP18(1)

SKPP 18(1) merakamkan ribuan terima kasih kepada semua ibu bapa, murid tahun 6 serta guru-guru yang telah bersama-sama memeriahkan majlis Iftar, tahlil dan solat tarawikh yang diadakan pada 19 Julai 2013. 
                       

Monday 15 July 2013

MAKLUMAN PERSEKOLAHAN GANTI PADA 20 JULAI 2013

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia. Adalah dimaklumkan bahawa penutupan sekolah pada 24 Jun 2013 (Sabtu) berikutan masalah jerebu akan digantikan pada:

Tarikh : 20 Julai 2013 (Sabtu)

Persekolahan adalah mengikut jadual hari Isnin. Sekian


                      
    

JADUAL PEPERIKSAAN PERCUBAAN UPSR PUTRAJAYA 2013

N     

Wednesday 3 July 2013

SEKITAR HARI JALINAN MESRA

               
                        

                        

Tuesday 2 July 2013

MAKLUMAN HARI JALINAN MESRA

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia. SKPP 18(1) akan mengadakan 'Hari Jalinan Mesra'. Pengisian program ini adalah para ibu bapa/ penjaga akan hadir ke sekolah untuk mengambil keputusan peperiksaan PKSR 1 yang telah diadakan baru-baru ini. 

Tempat : Kelas anak masing-masing
Tarikh   : 4 Julai 2013 (Khamis)
Masa    :10.00 pagi hingga 12.00 t/hari

* Murid-murid dibenarkan pulang bersama ibu bapa selepas keputusan diambil.
* Sehubungan itu, pihak sekolah juga akan turut membuat kutipan yuran PIBG sebanyak RM50 (seperti yang telah ditetapkan oleh pihak Pejabat Pelajaran Wilayah Persekutuan Putrajaya (PPWPP) yang lalu.
* Keputusan secara online akan dimaklumkan kelak.

Kerjasama komuniti ini, didahului dengan ucapan terima kasih.

Monday 24 June 2013

MAKLUMAN PERSEKOLAHAN 25 JUN 2013

Assalamualaikum, dan Salam 1Malaysia. Pihak SKPP 18(1) telah menerima makluman daripada Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) bahawa sekolah diarah kembali beroperasi pada 25 Jun 2013 (Selasa). Ini berikutan indeks IPU Putrajaya didapati kurang daripada 250. Namun kepada ibu bapa yang bimbang tentang kesihatan anak-anak, boleh memohon untuk tidak hadir ke sekolah kepada guru kelas masing-masing. Ibu bapa juga disarankan agar senantiasa merujuk laman web rasmi KPM, Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Putrajaya (JPWPP) dan blogspot sekolah. Sekian

Sunday 23 June 2013

PENGUMUMAN PENUTUPAN SEKOLAH

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM 1MALAYSIA. ADALAH DIMAKLUMKAN BAHAWA BERIKUTAN KESERIUSAN MASALAH JEREBU YANG MELANDA PUTRAJAYA DAN KAWASAN SEKITAR, PENGARAH JABATAN PELAJARAN PUTRAJAYA (JPWPP) TELAH MENGUMUMKAN PENUTUPAN SESI PERSEKOLAHAN PADA :

TARIKH : 24 JUN 2013 (ISNIN)

-PERSEKOLAHAN PADA HARI INI AKAN DIGANTI PADA HARI YANG AKAN DITENTUKAN KELAK

MURID-MURID DIMOHON UNTUK BERADA DI RUMAH DAN TIDAK MELAKUKAN AKTIVITI LUAR BAGI MENGELAKKAN MASALAH KESIHATAN.

Thursday 20 June 2013

Tahniah APC 2013

Pihak SKPP 18(1) merakamkan ucapan tahniah kepada 6 orang guru kami yang telah mendapat anugerah perkhidmatan cemerlang untuk tahun 2012. Majlis APC tahun ini telah diadakan pada 20 Jun 2013 bertempat di Perbadanan Putrajaya. 

Sunday 16 June 2013

APLIKASI ONLINE SEKOLAH SENI

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia. Terkini, Kementerian Pelajaran Malaysia telah menawarkan kemasukan murid-murid yang berminat ke sekolah seni. Kepada yang berminat, sila ke pautan ini :   http://apps.moe.gov.my/essem/permohonan/

Thursday 13 June 2013

MAKLUMAN KEM BINA SAHSIAH TAHUN 6

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia. SKPP 18(1) akan mengadakan Kem Bina Sahsiah untuk murid-murid tahun 6 pada ketetapan berikut:
  • Tarikh : 14 hingga 15 Jun 2013 (Jumaat-Sabtu)
  • Tempat : SKPP 18(1)
Pengisian program ini adalah seperti berikut :

JUMAAT
3.00 petang          Pendaftaran murid
3.30 petang          Taklimat daripada Kem Komandan
4.30 petang          Solat Asar berjemaah
5.00 petang          Minum Petang
5.30 petang          Aktiviti kecergasan
6.15 petang          Makan malam
7.30 petang          Solat maghrib dan isyak bejemaah
9.00 malam           Sesi Ceramah
10.30 malam          Minum malam
11.30 malam          Tidur    

SABTU

4.30 pagi             Bangun dan bersiap untuk aktiviti
5.00 pagi             Qiamulail
6.00 pagi             Solat subuh bejemaah
7.00 pagi             Sarapan pagi
8.00 pagi             Gotong royong
9.00 pagi             Kelas tambahan
10.30 pagi            Rehat dan minum pagi
11.00 pagi            Kelas tambahan
12.30 t/hari          Bersurai

Tuesday 11 June 2013

MAKLUMAN MESYUARAT JAWATANKUASA PIBG

Adalah dimaklumkan bahawa, satu Mesyuarat Jawatankuasa PIBG kali Kedua bagi sesi 2013 akan diadakan pada ketetapan berikut:

Tarikh : 14 April 2013 (Jumaat)
Masa:   8.30 malam
Tempat : Bilik Mesyuarat Tingkat Satu, SKPP 18(1)
Agenda : 
  1. UPSR 2013
  2. LINUS (Literasi dan Numerasi)
  3. PBS (Pentaksiran Berasaskan Sekolah)
  4. Sarana Ibu Bapa dan Sarana Sekolah
  5. Temasya Sukan
  6. Isu-isu berbangkit dan hal-hal lain.

Kehadiran AJK ibu bapa dan AJK guru amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi talian PIBG di nombor, 0193472445 (Urusan PIBG & mesyuarat sahaja).  Sekian

Monday 10 June 2013

Makluman Sumbangan Yuran PIBG

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia. Dimaklumkan bahawa melalui kiriman terdahulu, pihak SKPP18(1)  akan mula membuat kutipan sumbangan yuran PIBG berjumlah RM50 (Satu keluarga ) tanpa mengira bilangan anak yang bersekolah di SKPP18(1). Pihak sekolah telah membuat persediaan dengan mengagihkan buku resit kepada guru-guru kelas dan ibu bapa/penjaga boleh membuat bayaran melalui anak masing-masing atau hadir ke pejabat SKPP18(1) untuk berurusan dengan guru kelas. Pihak kami akan memaklumkan dari masa ke masa untuk sebarang info terkini. Sekian.
Sila ke pautan di bawah untuk surat kelulusan kutipan daripada JPWPP

Sunday 9 June 2013

Selamat Kembali ke Sekolah

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia. SKPP 18(1) mengucapkan 'Selamat Kembali ke Sekolah' kepada semua murid dan warga pendidik kami. Kami turut merakamkan ribuan terima kasih atas sokongan semua pihak dalam memajukan SKPP18(1) dalam segenap aspek pendidikan. Pelbagai pengisian aktiviti dan program lagi akan dilaksanakan pada persekolahan penggal kedua ini. Kami juga akan berusaha untuk memuatnaik sebarang info-info, hebahan terkini dan lain-lain untuk memudahkan perkongsian bersama para pengunjung.Sekian.

Saturday 1 June 2013

SARANA IBU BAPA

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia, Terdahulu, pihak SKPP 18(1) dalam Mesyuarat Agung PIBG 2013 telah mengagihkan Buku Sarana Ibu Bapa. Di dalam buku berkenaan terdapat borang maklum balas dan kaji selidik yang telah diagihkan semula untuk ibu bapa dan dikembalikan ke SKPP18(1) melalui anak masing-masing. Terima kasih kami ucapkan. Kepada ibu bapa yang masih memerlukan info, muat naik,  maklumat beserta panduan terperinci tentang Sarana Ibu Bapa, sila ke pautan di bawah :






Wednesday 29 May 2013

Al Fatihah

Pihak sekolah mewakili seluruh warga SKPP 18(1) merakamkan ucapan takziah kepada cikgu Abdul Rahim atas kembalinya bonda tercinta ke rahmatullah pada malam tadi. Semoga roh allahyarham ditempatkan dalam kalangan para solehah dan orang- orang yang beriman. Al fatihah

Saturday 18 May 2013

Makluman Sumbangan Yuran PIBG 2013

Adalah dimaklumkan bahawa, pihak Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Putrajaya telah membenarkan SKPP 18(1) membuat kutipan sumbangan yuran persekolahan sebanyak RM50 (seisi keluarga). Kutipan akan dimulakan pada 20 Mei (Isnin) 2013. Di bawah merupakan surat Kelulusan Sumbangan PIBG bagi tahun 2013 Sekian


Adalah dimaklumkan bahawa saringan LINUS (Literasi dan Numerasi) akan dijalankan pada ketetapan di bawah.



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...