Thursday, 24 July 2014

Wednesday, 23 July 2014

TENTATIF PROGRAM KHATAM AL- QURAN DAN KELAS KAFA SKPP 18(1) 2014

         
Catatan-Murid-murid berpakaian sekolah dan aktiviti pembelajaran seperti biasa dilaksanakan selepas waktu rehat. (Tiada Kelas KAFA pada petang 25 Julai (Jumaat). Kelas diawalkan pada hari sama bermula jam 10 pagi seperti notis surat di bawah)


                             
                                  Notis makluman kelas KAFA pada 25 Julai 2014(Jumaat)

                                      

Tuesday, 22 July 2014

INFO-INFO TERKINI SEKOLAH

          Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia. Selamat berpuasa diucapkan kepada semua. Terkini, beberapa info sekolah melibatkan aktiviti-aktiviti murid sempena Ramadhan ini antaranya peperiksaan percubaaan UPSR 2014 sedang dijalankan bermula 21-23 Julai 2014. Pihak sekolah mengucapkan 'Selamat Maju Jaya' kepada calon-calon kami. 
       Aktiviti-aktiviti lain adalah pada 22 Julai, pihak Kidzania, Damansara telah mengunjungi sekolah dan menjalankan program kecergasan, ceramah dan sebagainya untuk 250 orang murid tahun 5. Selain, murid-murid ini diberikan tiket percuma sekiranya berkunjung ke Kidzania. 
          Program terkini adalah Majlis Khatam Al-Quran yang akan diadakan pada 24 Julai bermula jam 7.30 pagi. Pihak sekolah akan memaklumkan perincian program dari masa ke masa. Sekian.

                       
                                                       Sekitar program Kidzania

Friday, 18 July 2014

SEKITAR MAJLIS IFTAR DAN SOLAT HAJAT


       
                                                        Kudapan untuk berbuka 
       
                                                  Azan berkumandang, majlis bermula
       
                                                            Solat Maghrib berjemaah
       
                                                             Solat hajat dimulakan
       

Thursday, 17 July 2014

MAJLIS IFTAR JAMAI'E DAN SOLAT HAJAT PERDANA 1435H

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia. SKPP 18(1) melalui panitia Pendidikan Islam bersama PIBG akan mengadakan majlis yang dinyatakan di atas dengan menjemput semua ibu bapa murid tahun 6, ahli mesyuarat PIBG, dan semua guru untuk hadir memeriahkan majlis pada :

TARIKH : 18 JULAI 2014 (JUMAAT)
MASA : 6.30 petang hingga 9.30 malam
TEMPAT : SKPP 18(1)

Maklumat untuk ibu bapa tahun 6, pada hari ini juga akan dibuka booth jualan t-shirt PROGRAM GOTONG ROYONG UPSR 100% 5A dengan harga RM20 sehelai (Terhad). Jualan ini akan disumbangkan kembali sepenuhnya  ke tabung PIBG SKPP18(1). Di bawah merupakan foto surat jemputan dan contoh t-shirt. Sekian terima kasih.
                             
                              
                                                                      Kad jemputan

                                                               T-shirt Gotong Royong 100% UPSR 5A

Wednesday, 16 July 2014

SEKITAR MAJLIS IFTAR ANJURAN UNIT KERJASAMA AWAM SWASTA (UKAS)

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia. SKPP18(1) merakamkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) di bawah Jabatan Perdana Menteri atas jemputan Majlis Iftar dan sumbangan kepada anak-anak yatim dan tidak berkemampuan SKPP 18(1). Majlis yang diadakan pada 16 Julai ini telah di hadiri oleh  Menteri di Jabatan Perdana Menteri YB. Dato, Sri Abdul Wahid bin Omar dan dif-dif kehormat. 31 orang murid kami telah dijemput bersama-sama penghuni rumah anak-anak yatim Al-Kausar, Bangi, ibu-ibu tunggal, agensi-agensi swasta dan lain-lain. Selain berbuka puasa dan solat Maghrib bersama, murid-murid turut menerima sumbangan ikhlas duit raya dan senaskah kitab suci Al-Quran. Semoga segala usaha dan sumbangan dimanfaatkan sebaiknya dan sedikit sebanyak menceriakan anak-anak menjelang sambutan Syawal ini. Sekian terima kasih.
       
                  Kemeriahan tepancar diwajah anak-anak SKPP18(1)
       
       

       
                     Penyampaian sumbangan oleh YB, Dato Sri Abdul Wahid bin Omar

      
                               Anak-anak yatim dari rumah anak yatim Al-Kausar

     

Sunday, 13 July 2014

PENGHARGAAN KEPADA WIRA SKPP 18(1)

        
SKPP 18(1) merakamkan ucapan tahniah dan penghargaan kepada adik Che Mohd. Irfan dan adik Zharif kerana telah membantu komuniti Presint 18 dalam melaporkan kejadian kebakaran kepada pihak bomba. Kejadian ini berlaku pada 10 Julai (Khamis) yang lalu di kejiranan P18R12. Mengikut saksi, pada jam 4.15 petang hari berkenaan, dua murid ini dalam perjalanan balik dari kelas KAFA di SKPP 18(1) dan melihat seorang kanak-kanak telah melambaikan tangan meminta pertolongan dari tingkat satu apartment berkenaan. Kedua-dua murid ini kemudiannya bergegas naik ke apartment berkenaan untuk membantu tetapi mendapati pintu rumah berkenaan berkunci dan mereka segera membuat panggilan kecemasan. Pihak bomba dari Ibu Pejabat Bomba Putrajaya datang sejurus kemudian dan tindakan ini telah menyelamatkan nyawa kanak-kanak berkenaan.  SKPP 18(1) memuji keberanian murid-murid ini dan pihak PIBG turut bersetuju untuk memberi penghargaan kepada wira-wira kami sebagai dorongan, ikutan dan tauladan kepada murid-murid lain dan komuniti ini..Tahniah!

       


         

         
      Foto-foto diperolehi dari sumber facebook Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia

KUTIPAN AMAL TABUNG PALESTIN SKPP 18(1)

                               
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia. SKPP 18(1) telah melancarkan tabung Palestin (Gaza) untuk komuniti murid, guru dan ibu bapa/ penjaga. Tabung ini atas inisiatif bersama bagi meringankan beban yang dialami oleh masyarakat Islam Gaza berikutan pengeboman berterusan oleh pihak Zionis pada bulan Ramadhan ini. Tabung ini (atas) akan dibawa ke setiap kelas oleh murid dan guru selaku petugas kami. Ibu bapa boleh menyalurkan sumbangan ikhlas melalui anak masing-masing untuk mengisi tabung-tabung ini. 
Bersamalah kita menyumbang untuk saudara muslim di Gaza

Sekian terima kasih.

Thursday, 10 July 2014

PROJEK-PROJEK PENAMBAHBAIKAN PADA BULAN RAMADHAN

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia. Pihak sekolah  bersama PIBG sedang giat menjalankan kerja-kerja penambahbaikan yang melibatkan kemudahan, keselamatan keceriaan dan pelbagai lagi pada bulan Ramadhan ini. Di bawah merupakan foto-foto penambahan dan pengubahsuaian terkini.
Mewujudkan kolam hiasan untuk persekitaran yang lebih kondusif
               
   Pembinaan planter box untuk penanaman pokok bunga

                 
 Mewujudkan kemudahan stor di tepi lif utama
      
 Pengubahsuaian dewan untuk penambahan kelas Pendidikan Khas

                         
                   Tampalan lantai yang rosak dan pembinaan ramp bagi mengelakkan murid tersadung

Friday, 4 July 2014

HARI JALINAN MESRA PKSR 1


                       
Hari Jalinan Mesra yang berlangsung pada 4 Julai 2014(Jumaat) dengan jayanya mencapai sasaran kunjungan ibu bapa/penjaga. Bertempat di kelas masing-masing, majlis ini merupakan penyerahan slip keputusan Ujian Bulanan 1 dan keputusan terkini peperiksaan Penilaian Kendalian Sekolah Rendah 1 (PKSR 1) untuk semua murid tahun 1 hingga 6.
       Untuk makluman semua, pada tahun sebelum, Hari Jalinan Mesra diaan dua kali setahun untuk peperiksaan PKSR 1 dan PKSR 2 sahaja tetapi bermula tahun 2014, majlis diadakan empat kali setahun yang turut melibatkan peperiksaan Ujian Bulanan 1 (UB1) dan Ujian Bulanan 2 (UB2). Ini merupakan usaha pihak sekolah dalam memastikan kecemerlangan akademik murid-murid sentiasa menjadi keutamaan dan sasaran terbaik kami.
       Melalui guru kelas dan guru angkat, Ibu bapa/ penjaga berpeluang membincangkan prestasi anak-anak selain dapat mengenalpasti usaha bersama untuk kemajuan akademik anak-anak. Pihak sekolah turut merakamkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan Hari Jalinan Mesra PKSR 1. Akhir sekali, Salam Ramadhan dari kami dan semoga jumpa lagi. Sekian terima kasih.

Wednesday, 2 July 2014

MAKLUMAN HARI JALINAN MESRA PKSR 1

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia. SKPP 18(1) akan mengadakan 'Hari Jalinan Mesra'. Pengisian program ini adalah para ibu bapa/ penjaga akan hadir ke sekolah untuk mengambil keputusan peperiksaan PKSR 1 yang telah diadakan baru-baru ini. 

Tempat : Kelas anak masing-masing
Tarikh   :4 Julai 2014 (Jumaat)
Masa    :9.00 pagi hingga 12.00 t/hari

* Murid-murid dibenarkan pulang bersama ibu bapa selepas keputusan PKSR 1 diambil.
* Sehubungan itu, kepada ibu bapa yang belum membuat bayaran yuran boleh berbuat demikian pada hari yang dinyatakan ini.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...