Monday 30 July 2012

PERKONGSIAN ARTIKEL 7

Penglibatan Ibu Bapa Penting
http://www.utusan.com.my/utusan/Pendidikan/20120723/pe_01/Penglibatan-ibu-bapa-penting
Sumber dipetik dari akhbar Utusan Malaysia online bertarikh 23/7/2012

2. iTR1M Tepati Pembelajaran Alaf 21
http://www.utusan.com.my/utusan/Pendidikan/20120730/pe_01/iTR1M-tepati-pembelajaran-alaf-21
Sumber dipetik dari akhbar Utusan Malaysia online bertarikh 30/7/2012


3. Kerjasama YGMB, Amanah Raya Berhad Urus Wasiat
Sila ke pautan : http://www.utusan.com.my/utusan/Pendidikan/20120723/pe_04/Kerjasama-YGMB-Amanah-Raya-Berhad-urus-wasiat
Sumber dipetik dari akhbar Utusan Malaysia online bertarikh 23/7/2012


4. Pelajar Sekolah Jadi Ejen Kenal Pasti Sarang Pembiakan Aedes
http://www.utusan.com.my/utusan/Pendidikan/20120723/pe_03/Pelajar-sekolah-jadi-ejen-kenal-pasti-sarang-pembiakan-aedes
Sumber dipetik dari akhbar Utusan Malaysia online bertarikh 23/7/2012

Sunday 29 July 2012

UB 2-RALAT

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia. Ujian Bulanan 2 (UB2) akan dijalankan pada 7-9 Ogos 2012 (Selasa- Khamis) dan bukan seperti yang telah dimaklumkan sebelum ini. Pihak kami memohon maaf atas kesilapan ini. Sekian terima kasih.

Jadual waktu berbuka puasa dan imsak bagi Wilayah Persekutuan Putrajaya 2012

Sila ke pautan ini : http://www.scribd.com/doc/101428448/Jadual-berbuka-puasa-wilayah-Persekutuan-Putrajaya-2012

Friday 27 July 2012

MAKLUMAN UJIAN BULANAN 2 (UB2)

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia. Dikesempatan ini, warga pentadbir dan guru-guru mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadan Al-Mubarak dan selamat menunaikan ibadat puasa kepada ibu bapa, murid-murid dan seluruh warga SKPP 18(1). Untuk makluman komuniti ini, pihak sekolah akan menjalankan peperiksaan Ujian Bulanan 2 (UB2) pada ketetapan berikut :

Tarikh :8-10 Ogos 2012 (Rabu-Jumaat) .

Jadual peperiksaan ini akan dimuat naik dalam waktu terdekat. Sekian Terima Kasih.

Monday 16 July 2012

Demonstrasi Latihan Memadam Kebakaran

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia. Adalah dimaklumkan bahawa pihak sekolah akan mengadakan satu demonstrasi latihan memadam kebakaran dengan kerjasama Jabatan Bomba Putrajaya. Program ini akan diadakan seperti ketetapan berikut : 

Tarikh : 20 Julai 2012 (Jumaat)
Masa : 10.45 pagi
Tempat : Padang SKPP 18(1)

Sunday 15 July 2012

Makluman

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia, makluman kepada warga SKPP 18(1) terutama ibu bapa/penjaga. Kem Bestari Solat Siri 3 untuk tahun 1 (Satu) akan diadakan pada ketetapan berikut :

Tarikh   : 17 Julai 2012 (Selasa)
Jam       : 1.15 t/hari hingga 4.30 ptg.
Tempat :  Kelas masing-masing.

Untuk info lanjut, sila ke pautan ini :http://paiskpp18satu.blogspot.com/2012/07/kem-bestari-solat-siri-3-tahun-1.html

Friday 13 July 2012

PERKONGSIAN ARTIKEL 6

1. Dasar Pendidikan Negara Dirombak
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0715&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_02.htm
Sumber dipetik dari Utusan Online bertarikh 15 Julai 2012


2. Yayasan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Umum 20 Juta Untuk Dana PIBG
Sila ke pautan : http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0713&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_27.htm
Sumber dipetik dari Utusan Online bertarikh 13 Julai 2012



Thursday 12 July 2012

Info jadual waktu siri 4

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia. Pihak kami memohon maaf atas kelewatan memuat naik jadual waktu terkini siri 4 yang lalu. Ini disebabkan berlaku masalah teknikal yang tidak dapat kami elakkan. Walaubagaimanapun, kami mengambil inisiatif untuk memuat naik dalam bentuk video di laman youtube. Kami berharap pautan ini sedikit sebanyak dapat membantu komuniti ini membuat rujukan. Sekian, harap maklum.
Sila ke pautan ini : http://www.youtube.com/watch?v=qQi5R-8HJzc&feature=plcp

Wednesday 11 July 2012

MAKLUMAN KEM GERAK GEMPUR UPSR TAHUN 6


 Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia. Skpp 18(1) merakamkan ribuan terima kasih kepada ibu bapa/penjaga kepada murid tahun 6 khasnya yang turut bekerjasama membantu warga guru dalam Misi dan Visi sekolah untuk mencapai 'Lonjakan Perdana UPSR' tahun 6 pada 2012. Untuk pengetahuan semua, pihak sekolah telah mengadakan beberapa siri 'Kem Gerak Gempur Tahun 6' dan mendapati usaha ini amat bermanfaat dalam membantu murid-murid mencapai sasaran akademik ke tahap yang dikehendaki.
       Kami optimis bahawa usaha dan berkat kesungguhan oleh semua pihak, pasti dapat melonjakkan lagi sasaran kami dengan lebih serius sehingga kejayaan dapat dikongsi bersama anak-anak kita. 
         
Terkini, Kem Gerak Gempur Tahun 6 akan disambung pada ketetapan berikut :
  • Peperiksaan percubaan UPSR bermula pada 17, 18, dan 19 Julai 2012 (3 hari).
  • Sebelum peperiksaan percubaan dijalankan ,mulai 10 Julai (Selasa) hingga dalam tempoh peperiksaan berkenaan, 19 Julai 2012 (Jumaat) murid-murid tahun 6 akan tamat waktu persekolahan  /dibenarkan balik pada jam 4.30 petang
Kami berterima kasih atas sokongan dan meraih kerjasama yang erat daripada komuniti ini. Sekian, Terima Kasih.
-Sebarang pertanyaan, sila hubungi Puan Norzah (GPK 1) di talian 0388905424.

Tuesday 10 July 2012

PERKONGSIAN ARTIKEL 5

1. Dialog Nasional Pendidikan Negara (DNPN) Dapat Sambutan Luar Biasa
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0712&pub=Utusan_Malaysia&sec=Pendidikan&pg=pe_01.htm
Sumber dipetik dari akhbar Utusan Online bertarikh 12 Julai 2012


2. Hasil Diserah Ogos Ini, Sesi Maklumbalas Mula September (DNPN)
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0712&pub=Utusan_Malaysia&sec=Pendidikan&pg=pe_02.htm
Sumber dipetik dari akhbar Utusan Online bertarikh 12 Julai 2012


3. Graduan Institut Pendidikan  Guru Malaysia Perlu Ikhlas Berkhidmat
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0712&pub=Utusan_Malaysia&sec=Pendidikan&pg=pe_03.htm
Sumber dipetik dari akhbar Utusan Online bertarikh 12 Julai 2012

4. Muhyiddin Sertai 3.6 Juta Pelajar, Guru Lakukan Senamrobik
Sila ke pautan : http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0711&pub=Utusan_Malaysia&sec=Pendidikan&pg=pe_01.htm
Sumber dipetik dari akhbar Utusan Online bertarikh 11 Julai 2012



Monday 9 July 2012

Makluman Senamrobik 1Murid, 1Sukan, 1Malaysia

   Assalamualaikun dan Salam 1Malaysia. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) akan mengadakan Senamrobik 1Murid, 1Sukan & 1Malaysia pada 10 Julai 2012 di Padang Kompleks SKPP 18(1). Senaman akan berlangsung tepat jam 8.00 pagi dan akan diadakan serentak untuk semua sekolah di Malaysia. Untuk kelancaran majlis, murid-murid diminta datang seawal 7.15 pagi. 
      Pihak sekolah telah mengagihkan sumbangan T-Shirt daripada KPM kepada semua murid tahun 1 hingga 6. Sehubungan itu, murid-murid diwajibkan memakai T-shirt berkenaan hari ini bersama seluar dan kasut sukan (sendiri) dari rumah. Jika T-shirt yang diagihkan tidak menepati saiz, Murid-murid diminta untuk memakai T-shirt sendiri yang berwarna putih sahaja. 
                                                                  Sekian terima kasih.

Sunday 8 July 2012

MAKLUMAN KENDERAAN YANG MEMASUKI KAWASAN SEKOLAH

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia, melalui hasil Mesyuarat Pengurusan SKPP 18 (1) yang telah diadakan pada minggu lepas, pihak pengurusan sekolah bersetuju bahawa kenderaan ibu bapa/penjaga dilarang memasuki kawasan sekolah bermula jam 6.30 pagi hingga 7.00 malam . Ini berikutan pihak kami telah menerima beberapa aduan oleh pelbagai pihak tentang isu keselamatan murid-murid kami. Mesyuarat juga menetapkan bahawa nombor pendaftaran kenderaan yang memasuki kawasan sekolah akan dicatat untuk  dimaklumkan dalam blogspot ini. SKPP 18(1) memohon maaf atas kesukaran yang berlaku dan berharap komuniti ini menyokong usaha dan memberikan kerjasama yang baik untuk pihak sekolah. Sekian, Terima Kasih.

Saturday 7 July 2012

PERKONGSIAN ARTIKEL 4

1. Frog VLE (Virtual Learning Environment) dengan usahasama syarikat YES 4G   akan mencuba pasaran SKPP 18(1). Apakah Frog VLE dan YES 4G?
Sila layari :  1.http://frogasia.com/index2.php/WhatIsFrog
                  2.http://www.yes.my/v3/index.do

2. Kenal Pasti Pelajar Layak Terima iTR1M
Sila layari : http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0630&pub=Utusan_Malaysia&sec=Pendidikan&pg=pe_02.htm
Dipetik dari Arkib Utusan Malaysia online bertarikh 30 Jun 2012

3. Subjek Reka Cipta Terus DiPerkasa
Sila layari : http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0630&pub=Utusan_Malaysia&sec=Pendidikan&pg=pe_01.htm
Dipetik dari Arkib Utusan Malaysia online bertarikh 30 Jun 2012

4. Subjek PKRS Atasi Masalah Kepincangan Sosial
Sila layari : http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0706&pub=Utusan_Malaysia&sec=Pendidikan&pg=pe_01.htm
Dipetik dari Arkib Utusan Malaysia online bertarikh 06 Julai 2012

Friday 6 July 2012

UCAPAN PENGHARGAAN

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia. Komuniti SKPP 18(1) merakamkan ribuan terima kasih kepada AJK ibu bapa/penjaga dan guru yang berkesempatan hadir ke Mesyuarat AJK Kali ke-2 bagi tahun 2012 yang telah dijalankan dengan jayanya semalam. Untuk makluman semua, usul yang diutarakan pada Mesyuarat Agung Kali ke-3 lalu akan dimuat naik dalam tempoh terdekat (Beserta tindakan)dan agenda-agenda baru untuk memantapkan PIBG akan turut dimuatkan sebagai hebahan dan makluman. Kami berharap komuniti ini bersama-sama berganding bahu, membantu dan menyokong kami dalam apa jua program bagi memantapkan sistem pendidikan untuk anak-anak kita. Sekian terima kasih.

Monday 2 July 2012

SENAMROBIK SERENTAK 1MURID 1SUKAN

    Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia. Untuk makluman semua, komuniti kami amat berbesar hati  dan mengalu-alukan program Pelancaran Senamrobik Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia di peringkat negeri yang akan dilaksanakan di Kompleks Sekolah Putrajaya Presint 18(1) pada 10 Julai 2012 (Selasa), jam 8.00 pagi. Program ini adalah usahasama Kementerian Pelajaran malaysia bersama Pejabat Pelajaran Wilayah Persekutuan Putrajaya (PPWPP) dan sekolah.
     Di anggarkan seramai 2000 orang peserta akan terlibat dengan senamrobik ini yang terdiri daripada murid, guru dan kakitangan Kompleks Sekolah Putrajaya Presint 18(1), pegawai-pegawai dari PPWPP, pegawai-pegawai dari Jabatan Pelajaran negeri Wilayah Persekutuan serta pegawai dan kakitangan setiap bahagian di Kementerian Pelajaran Malaysia. Majlis pelancaran turut disempurnakan oleh Yang Berbahagia Dato' Haji Khairil bin Haji Awang, Pengarah Pelajaran Jabatan Pelajaran Negeri Wilayah Persekutuan (JPNWPKL). 
        Sekian terima kasih.
Untuk info lanjut, sila layari :http://panitiapjskpp18.blogspot.com/
        

PEMOHONAN KE TINGKATAN SATU SEKOLAH SENI

   Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia. Adalah dimaklumkan bahawa Bahagian Kokurikulum dan Kesenian (BKK) dengan kerjasama Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM), Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengaktifkan e-SSeM iaitu sistem permohonan secara online ke Tingkatan Satu Sekolah Seni Malaysia (SSeM) untuk sesi persekolahan 2013 (Kepada yang berminat).
     Untuk makluman komuniti ini, sistem e-SSeM ini dipautkan di Laman Web KPM dan tarikh tutup permohonan adalah pada 15 Julai 2012. Walau bagaimanapun, permohonan ini boleh juga dibuat secara manual dengan mengisi borang permohonan ke Tingkatan Satu Sekolah Seni Malaysia. Ibu bapa penjaga boleh datang ke sekolah anak masing-masing untuk mengisi borang sebelum atau pada 15 Julai 2012. 
  • Sebarang pertanyaan, sila hubungi Pegawai Kesenian di Pejabat Pelajaran Putrajaya, Pn. Maizatul Arzia bt Omar di talian 03-88903079 samb. 14 atau 017-3211880
  •  Sila ke pautan : http://apps.moe.gov.my/essem/permohonan/

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...