Thursday 30 October 2014

ORANG RAMAI DIJEMPUT MENGUNJUNGI KARNIVAL KEUSAHAWANAN SKPP 18(1)-1 NOVEMBER-

Debaran makin terasa...jangan lupa kunjungi karnival SKPP 18(1). Kami menyediakan pelbagai acara dan juadah untuk anda!!..Antaranya.


Pelbagai gerai jualan makanan dan minuman di sepanjang parkir kami seperti :

  1. Nasi ayam/ayam penyet
  2. Kuih muih
  3. Nuget
  4. Spagetti
  5. Sandwich
  6. Bihun sup
  7. Aiskrim Malaysia
  8. Wafer
  9. Ice blended
  10. Laksa
  11. Mee kari
  12. Makanan Jepun-Takoyaki
  13. Kerepek
  14. Pelbagai kek
  15. Tamar Cocoa...dan banyak lagi

Pelbagai gerai pakaian dan peralatan.Antaranya:
  1. Aneka pakaian jubah
  2. Barangan kesihatan
  3. Barangan kanak-kanak
  4. Barangan bayi
  5. Aksesori wanita
  6. Cenderahati 
dan banyak lagi..

Salah satu tarikan pengunjung adalah castle baloonpool dan paint ball . Ibu bapa dan murid-murid boleh bersantai sambil mandi. Kami menempatkan dua kolam di padang SKPP 18(1)..



Jangan lupa untuk beramah mesra dan bergambar bersama artis baru Anis Aneesa yang dijemput mendendangkan lagu untuk pengunjung...


Kunjungi pameran bilik-bilik khas SKPP 18(1), AADK, Bomba dan PDRM selain mendapatkan maklumat dan info, anda berpeluang untuk menyertai pertandingan catur terbuka pelbagai kategori yang bertempat di Laman Catur kami.

Kami turut menyediakan tayangan amfiteater yang memuatkan 14 slot tayangan pelbagai tema bertempat di Studio Overture SKPP 18(1)..Kepada yang berani, kami turut menyediakan rumah hantu di tingkat 3 (Bersebelahan bilik guru lelaki)..
..



Pelbagai tarikan, keseronokan tersedia untuk anda.....jadi apa lagi...datanglah beramai-ramai...jumpa kami di sini....
















































PELAN TUNJUK ARAH KARNIVAL KOKURRIKULUM UNIT BERUNIFORM MELALUI SARANA IBU BAPA

  
      

Sunday 26 October 2014

JADUAL PEPERIKSAAN PKSR 2 2014

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia. Di bawah merupakan jadual peperiksaan PKSR 2 bagi tahun 2014. Berkemungkinan paparan kurang jelas berikutan fail diambil berbentuk resolusi kecil dari aplikasi w.app. Diharapkan jadual ini serba sedikit dapat membantu ibu bapa membuat semakan. Sekian
     

Thursday 23 October 2014

INFO-INFO AWAL PROGRAM SEKOLAH

Assalamualaikum dan 1Malaysia. Di bawah merupakan makluman awal program-program sekolah sepanjang bulan November 2014.

  1. 27-31 Oktober- Peperiksaan PKSR 2 yang melibatkan semua murid SKPP 18(1)-Jadual akan dimaklumkan dalam blogspot.
  2. 1 November- Karnival Kokurikulum dan Keusahawanan Unit Beruniform dan Sarana PIBG
  3. 8 November- Temasya Sukan Sekolah
  4. 12 November- Sambutan Hari Kanak-kanak peringkat sekolah
  5. 14 November - Hari Anugerah Cemerlang
Pihak sekolah memahami kekangan-kekangan yang berlaku dan berharap komuniti akan sentiasa menyokong pihak sekolah dalam apa jua program yang akan dilaksanakan. Sekian terima kasih

Sunday 12 October 2014

Friday 10 October 2014

MERIAHKAN KARNIVAL KOKURIKULUM UNIT BERUNIFORM!..

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia. SKPP 18(1) bersama PIBG akan menganjurkan 'KARNIVAL  KOKURIKULUM UNIT BERUNIFORM' pada ketetapan berikut : 

TARIKH : 1 NOVEMBER 2014 (SABTU)
MASA : 8 PAGI - 12 T/HARI
TEMPAT : SKPP 18(1)

Karnival ini julung-julung kali diadakan secara besar-besaran yang melibatkan komuniti SKPP 18(1). Kami menyediakan pelbagai booth jualan, ruang pameran pelbagai, perlawanan catur terbuka, persembahan live, tayangan amphitheatre , banglo seram, dan pelbagai lagi yang pastinya akan memeriahkan anda. Murid-murid didedahkan dengan aktiviti keusahawanan melalui jualan unit masing-masing. PIBG turut menawarkan sewaan booth kepada komuniti, persendirian dan syarikat. Hubungi kami dengan segera untuk tempahan awal. Sila hubungi Setiausaha PIBG di talian, 0193472445


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...