Thursday 26 April 2012

HEBAHAN PERTANDINGAN EDUCATIONAL BLOGGING PERINGKAT KEBANGSAAN SEMPENA 'HARI ICT 2012'

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia. 
  1. Sukacita dimaklumkan bahawa Universiti Sultan Idris (UPSI) akan menganjurkan satu program "Hari ICT 2012" pada pertengahan Julai 2012 bertempat di Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim, Perak.
  2. Bersempena program tersebut, pihak Universiti tutut mengadakan Pertandingan Educational Blogging Peringkat Kebangsaan berlandaskan skop pertandingan iaitu blog yang mempunyai kandungan  berbentuk ilmiah.

  3. Layari http://ict.upsi.edu.my/index.php/ictday-a-educational-blogging-2011  atau seperti poster di bawah :

Monday 23 April 2012

Makluman awal PKSR 1

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia. Peperiksaan Kendalian Sekolah Rendah 1 (PKSR 1) akan diadakan pada 8-11 Mei 2012. Pihak sekolah akan memuat naik jadual peperiksaan dalam tempoh terdekat.  Sekian terima kasih

Sunday 22 April 2012


Mesyuarat Pemuafakatan PIBG

Dimaklumkan bahawa pengerusi pemuafakatan PIBG, Datuk Shahlan Ismail meminta setiap sekolah menghantar Pengetua/ Guru Besar dan YDP PIBG ke Mesyuarat Pemuafakatan PIBG.

Tarikh : 23 April 2012
Hari    : Isnin
Jam    : 8.00 malam
Tempat : Hotel Shangrila Putrajaya.

Majlis akan turut dihadiri oleh Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Puad Zarkashi. Sekian Terima kasih

Friday 20 April 2012

Rasional persekolahan 21 April 2012

    Pihak sekolah menerima pelbagai respon tentang cuti ganti persekolahan pada 21 April 2012 (Sabtu). Terima kasih atas keperihatinan warga SKPP 18(1). Secara ringkasnya persekolahan ini merupakan arahan daripada Kementerian Pelajaran Malaysia yang meminta semua sekolah kumpulan B (iaitu negeri selain Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu) di Malaysia melaksanakannya. 
     Untuk pengetahuan semua, cuti hari Raya Haji adalah pada 26 Oktober 2012 (Jumaat). Oleh kerana cuti ini jatuh pada hari Jumaat, maka negeri-negeri kumpulan A iaitu Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu yang berhujung minggu pada hari Jumaat dan Sabtu dan cuti yang diperuntukan untuk negeri-negeri ini adalah 2 hari, maka pelarasan cuti untuk negeri-negeri kumpulan A dan B perlu dilakukan bagi mengekalkan kesaksamaan bercuti untuk sekolah-sekolah di Malaysia. 
 Untuk maklumat jadual cuti, sila ke pautan di bawah: www.blogcikgu.com/tag/cuti-raya-haji-2012

Sekian terima kasih.

Thursday 19 April 2012


MAKLUMAN HARI PERSEKOLAHAN

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia. Sempena cuti Hari Raya Haji (Aidiladha) untuk tahun 2012, pihak sekolah menggantikan waktu persekolahan (cuti ganti) pada 21 April 2012 (Sabtu). Persekolahan ini mengikuti jadual hari Khamis. Sekian terima kasih.




Tuesday 17 April 2012

TERKINI-TAHUN 6

Assalamualaikum, Salam sejahtera dan Salam 1Malaysia. Di bawah merupakan senarai aktiviti murid-murid tahun 6 sepanjang bulan April dan Mei 2012.

1. Majlis Akujanji  ibu bapa dan murid.

          Tarikh   : 21 April 2012 (Sabtu) 
          Jam       : 10.30 pg hingga 1.00 t/hari 

2. Bengkel Aku Insan Terhebat
           Tarikh   : 25 April 2012 (Rabu) 
           Jam       : 8.00 pg hingga 5.00 ptg 

3.  Khemah Ibadah 1
            Tarikh  : 4 hingga 5 Mei 2012 ( Jumaat- Sabtu) 
            Jam      : 3.00 ptg 

4.  PKSR 1
            Tarikh   : 8 hingga 11 Mei 2011 
            -Akan dimaklumkan dalam blogspot-

5. Kem Gempur 1
             Tarikh  : 28 hingga 30 Mei 2012 ( Isnin-Rabu ) 
             Jam      : -Sepenuh masa-

Kerjasama daripada pihak tuan/puan akan melancarkan lagi aktiviti-aktiviti murid yang telah dirancang demi meningkatkan pencapaian dan prestasi murid dalam UPSR.
______________________________________________Harap maklum. Sekian terima kasih

Info Panitia

Untuk mendapatkan info terkini perkembangan panitia. Sila ke SUDUT PANITIA Pendidikan Agama Islam  (PAI) http://paiskpp18satu.blogspot.com/ dan Pendidikan Jasmani http://panitiapjskpp18.blogspot.com/.
______________________________________________________________________

Majlis Akujanji dan Motivasi 

Pada 21 April 2012 (Sabtu-persekolahan ganti), pihak SKPP 18(1) bersama ibu bapa/penjaga murid tahun 6 akan mengadakan Majlis Akujanji dan Motivasi. Para ibu bapa/penjaga murid tahun 6 dijemput hadir untuk bersama-sama menyokong pihak sekolah. Sebarang  info boleh terus berhubung melalui talian 0388905424. Sekian terima kasih.
_______________________________________________________________________________

Sunday 15 April 2012

Makluman


TENPIN BOWLING


SKPP 18(1) mengambil bahagian dalam Kejohanan Tenpin MSSM 2012 di Pulau Pinang.  Sila ke sudut panitia Pendidikan Jasmani untuk info lanjut. Pautan : http://panitiapjskpp18.blogspot.com/. Terima kasih.

Wednesday 11 April 2012

Zoom A

Untuk makluman ibu bapa/penjaga, Zoom A merupakan Pemelajaran Interaktif Melalui Internet dan Gabungan Majlis Guru Besar Malaysia merupakan Lembaga Penasihat. Pihak sekolah menggalakkan ibu bapa yang berminat untuk mendaftar ke sistem ini dan terus ke talian di bawah:

Encik Zamri: 0129212779
Encik Fazli :  0129836060

Apakah Zoom A?:http://www.zoom-a.com/soalan_lazim.htm
Capaian dan info : http://www.zoom-a.com/
Info langganan     :http://www.zoom-a.com/langganan.htm

Kempen SKPP 18(1)


Thursday 5 April 2012

Makluman semakan markah murid-murid.

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia. Kepada ibu bapa/penjaga, markah peperiksaan Ujian Bulanan 1 (UB1) yang telah dijalankan baru-baru ini boleh disemak  melalui capaian berikut:

http://saps.moe.gov.my/ibubapa2/index.php

ATAU ke sudut Aplikasi Dalam Talian yang tertulis SISTEM ANALISIS PEPERIKSAAN SEKOLAH  di  sudut kanan blogspot ini.
  • Pautan diatas merupakan sistem yang digunakan untuk KBSR dari tahun 3-6 sahaja. 
  • Untuk KSSR, masih dalam proses pengemaskinian dan akan dimaklumkan dari masa ke masa.
Sekian terima kasih.

Wednesday 4 April 2012

MAJLIS TILAWAH AL-QURAN ( MTQ) PERINGKAT PUTRAJAYA 2012

Panitia Pendidikan Islam SKPP18(1) telah memilih 7 orang murid untuk mewakili sekolah dalam Pertandingan Majlis Tilawah Al-Quran (MTQ) Peringkat Putrajaya seperti ketetapan berikut :

Tarikh            : 7 April 2012 
Hari               : Sabtu
Waktu            : 8.00 pagi - 1.30 ptg
Tempat          : SMK Putrajaya Presint 11(2)

4 Acara yang akan dipertandingkan pada hari tersebut iaitu :
1) Tilawah Al-Quran (L & P)
2) Hafazan (L & P)
3) Bercerita (L & P)
4) Azan

Ibubapa/penjaga dijemput hadir pada hari tersebut untuk memeriahkan dan memberi sokongan kepada anak-anak dalam pertandingan yang disertai. Panitia Pendidikan Islam juga mendoakan kejayaan murid-murid yang telah dipilih untuk mewakili SKPP18(1), semoga kita melakar sejarah beroleh kemenangan pada hari tersebut, Insya Allah.

Sunday 1 April 2012

Kepada ibu bapa/penjaga (Bertarikh 30 mac 2012)-Jadual waktu terkini

Untuk melihat jadual, sila ke pautan berikut :

SARINGAN LINUS DIJALANKAN SERENTAK UNTUK SEMUA SEKOLAH RENDAH DI PUTRAJAYA


Saringan LINUS untuk Tahun 1(Satu) akan dijalankan pada 2 hingga 6 April 2012. Manakala LINUS Tahun 2(Dua) akan dijalankan pada 4 April 2012. Semua murid tahun 1 dan 2 terlibat dan saringan adalah diwajibkan. Sekian Terima Kasih.

Apakah itu LINUS?
  Program Literasi dan Numerasi (LINUS) akan mula dilaksanakan mulai 2010 hingga 2012 di seluruh negara. Program LINUS yang bertujuan memastikan semua murid Tahun 1 pada 2010 dapat menguasai kemahiran asas membaca, menulis (literasi) dan mengira (numerasi) selepas tahun 2012, iaitu berada di Tahun 4. Pelaksanaan program LINUS ini merupakan sebahagian daripada NKRA Kementerian Pelajaran Malaysia yang disasarkan menjelang tahun 2012. Sehubungan itu, semua guru Tahun 1 yang mengajar Bahasa Melayu dan Matematik diwajibkan mengikuti kursus pengajaran dan pembelajaran modul LINUS mulai tahun 2010. Kursus tersebut yang dikendalikan oleh Bahagian Pendidikan Guru, KPM akan dilaksanakan di seluruh negara mengikut zon negeri masing-masing. 


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...