Sunday, 29 June 2014

DAFTARLAH SARANA IBU BAPA UNTUK KECEMERLANGAN BERSAMA


                       
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia. SKPP 18(1) merakamkan ribuan terima kasih kepada ibu bapa yang menyokong usaha pihak sekolah dalam memurnikan program Sarana Ibu Bapa dan. Terkini, pihak sekolah dalam usaha membuat penambahbaikan lanskap sekolah. Antara projek-projek yang dimaksudkan adalah penambahbaikan Laman Catur, pembinaan kolam kecil, lanskap taman di hadapan bangunan sekolah dan pelbagai lagi. Kami menyeru penglibatan ibu bapa yang lain untuk tampil bersama-sama membantu projek ini agar lanskap kami lebih kondusif untuk keselesaan anak-anak. Untuk sebarang sumbangan, sila sms 0193472445 (No khas PIBG) @ hubungi Pengerusi Sarana Ibu Bapa, En. Ali Abdillah ditalian 0132727777 untuk mendaftar. Sekian Terima kasih

SEKITAR MESYUARAT JAWATANKUASA PIBG KALI KEEMPAT


                         

Thursday, 26 June 2014

PELANCARAN BULAN DAKWAH SEMPENA RAMADHAN AL-MUBARAK


                     
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia. SKPP18(1) mewakili pentadbir, guru-guru dan staf merakamkan ucapan ' Selamat menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak' khas kepada murid-murid kami dan seluruh komuniti ini. Pada hari ini 27 Jun, Jumaat penghulu segala hari, pihak sekolah telah membuat majlis pelancaran Bulan Dakwah oleh panitia Agama Islam. Program ini akan dijalankan sepanjang bulan Ramadhan ini dengan pelbagai pengisian yang menarik. Antaranya adalah tadarus Al-Quran, majlis iftar, solat terawih, qiyamullail, khatam Al-Quran dan bersedekah. Pelancaran ini juga dihiasi dengan bacaan Al-Quran, persembahan nasyid sekolah dan penyampaian buah kurma untuk setiap kelas. Pada bulan yang mulia ini kami berharap murid-murid dapat memanfaatkn setiap program dan semoga amalan kita di berkati oleh Allah s.w.t. Sekian.

MAKLUMAN MESYUARAT JAWATANKUASA PIBG KALI KEEMPAT

Adalah dimaklumkan bahawa, satu Mesyuarat Jawatankuasa PIBG kali Keempat bagi sesi 2014 akan diadakan pada ketetapan berikut:

Tarikh : 27 Jun 2014 (Jumaat)
Masa:   3.00 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat Tingkat Satu, SKPP18(1)
Agenda : 
  1. Kata-kata aluan pengerusi
  2. Semakan minit mesyuarat lalu, 
  3. Perkara-perkara berbangkit
  4. hal-hal lain.
Kehadiran AJK ibu bapa dan AJK guru amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi talian PIBG di nombor, 0193472445 (Urusan mesyuarat sahaja).  Sekian

Klik pautan di bawah untuk notis mesyuarat jawatankuasa PIBG kali keempat 2014 http://www.scribd.com/doc/231071125/Notis-Panggilan-Mesyuarat-PIBG-Kali-Keempat-2014 .

Sunday, 22 June 2014

PENYAMPAIAN PERHMPUNAN RASMI 23 JUN 2014


                       

                       

Friday, 20 June 2014

FOTO-FOTO PERSEKOLAHAN 21 JUN 2014


         

         
                                                       Perkhemahan murid tahun 3

         

         
                                                      Ice Breaking perkhemahan

         
                                         
         
                                                Program Matematik murid tahun 5 & 6
*Penghargaan sumbangan t.shirt daripada PIBG

         

         

         
                                                   Program Kraftangan murid tahun 3 dan 4

         
                                                    Kem Bistari Solat tahun 1 dan 2

         

PERSEKOLAHAN GANTI

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia. Adalah dimaklumkan bahawa 21 Jun 2014 ( Sabtu ) merupakan persekolahan ganti untuk cuti Hari Raya Aidilfitri. Pada hari yang sama turut diadakan Program Perkhemahan Murid Tahun 3 (80 orang). Pihak sekolah telah merangka beberapa program untuk murid-murid lain antaranya adalah Kem Bistari Solat, Seminar Matematik dan Program Kraftangan. Murid-murid dibenarkan untuk membawa buku catatan sahaja dan berpakaian sukan. Sekian terima kasih.

Friday, 13 June 2014

TAHNIAH FLORIA 2014

Assalamulaikum dan Salam 1Malaysia. SKPP18(1) mewakili komuniti Pentadbir, Guru- guru dan Ibu Bapa merakamkan ucapan tahniah kepada pasukan Floria kerana telah sekali lagi melakari kejayaan untuk Kategori Sekolah Rendah. Keputusan-keputusan rasmi telah diumumkan oleh para juri pada pagi ini (Sabtu) adalah seperti berikut:

1. Primary School Garden Award-Gold 
2. Starlight Award -Gold
3. Drawing Level 2- Gold
4. Collage Competition- Silver
5. Flower Arrangement- Silver

Kami turut menghargai usaha-usaha Guru-guru, Ibu Bapa bapa, PIBG, komuniti dan murid-murid yang telah bekerjasama melonjakkan nama SKPP18(1) mencapai kejayaan. Datanglah beramai -ramai ke taman dekorasi kami..Terima kasih..Syabas!!
                                        
           Garden Award -Gold
                                                                                
    Starlight Award-Gold
Taman dekorasi Mezmerizing Colour SKPP 18(1)
                                                                                                         
        Flower Arrangement -Silver
                                                                                            
       Kolaj Competition Silver
                                                                 
     Floria 2014 presentation team
                                                                                                                  
                    

FLORIA 2014

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia. SKPP18(1) menjemput komuniti untuk bersama memeriahkan Floria Putrajaya 2014. Bertemakan 'Pesona Warna ' . Untuk makluman semua, tapak dekorasi kami adalah R08 di bahagian Sekolah dan Universiti. SKPP 18(1) turut merakamkan ribuan terima kasih kepada guru-guru, ibu bapa dan murid-murid yang telah bersama-sama menjayakan Floria pada tahun ini dan doakan agar dekorasi kami membuahkan kejayaan. Sekian Terima Kasih.

Guru-guru yang membuat dekorasi
Magical Charm SKPP 18(1)
    
   

Friday, 6 June 2014

BLIND MASSAGE AND REFLEXSOLOGY

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia. Sempena cuti persekolahan, SKPP 18(1) memberi peluang dan ruang untuk anda bersantai sambil menderma melalui kolabrasi ST dan Pendidikan Khas SKPP 18(1). Terkini, kami mengenalpasti syarikat Special Touch Blind Massage and Reflexsology yang dimiliki oleh anak tempatan telah memberi peluang kerjaya kepada golongan kurang upaya membina karier. Untuk memenuhi penyertaan Pesta Jualan Amal PIBG, pihak syarikat bersetuju untuk menyewa 'Booth' yang ditawarkan oleh pihak sekolah. Komuniti juga turut dialu-alukan untuk mengunjungi pusat Special Touch ini untuk mendapatkan info promosi selain mendapatkan rawatan sambil menderma. Kunjungi Blogspot mereka di :
klik>http://specialtouch13.blogspot.com/<-klik

Thursday, 5 June 2014

Daftarlah Pesta Jualan Amal PIBG Sekarang!!

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia. Pihak sekolah melalui persetujuan bersama dalam mesyuarat PIBG kali ketiga pada 23 Mei 2014 bersetuju untuk mengadakan Jualan Amal PIBG dan Sarana SKPP18(1). Justeru kepada komuniti dan individu yang berminat, talian khas PIBG dibuka untuk permohonan awal. Sila sms ke talian 0193472445. Pihak PIBG akan menghubungi dan mengesahkan pendaftaran anda. Di bawah merupakan lampiran kertas kerja untuk info semua. Pendaftaran adalah terhad. Terima kasih
                                 
    APAKAH SARANA? : SILA KLIK

       

Wednesday, 4 June 2014

TERIMA KASIH ANAK-ANAK SKPP18(1)

Komuniti SKPP 18(1) mewakili pentadbir, staf dan guru-guru merakamkan ribuan terima kasih kepada anak-anak didik kami yang telah melahirkan ucapan-ucapan ikhlas sempena sambutan hari guru yang lalu. Pihak sekolah turut merakamkan ribuan terima kasih kepada PIBG atas sumbangan kain rentang untuk direalisasikan dalam bentuk tulisan dan lukisan. Terima Kasih 

      
                              Kain rentang yang penuh penghargaan daripada anak-anak kami

                        
                                                 Beberapa ungkapan yang terpilih

Sunday, 1 June 2014

TAHNIAH ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG 2013

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia. Kami mewakili seluruh warga kerja SKPP18(1) melahirkan rasa syukur dan tahniah kepada lima orang warga pendidik yang telah memperolehi APC untuk tahun 2013.  Majlis yang dianjurkan oleh Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Putrajaya ( JPWPP) ini telah diadakan pada 27 Mei 2014 lalu melibatkan sekolah-sekolah Putrajaya. 
       
   Dari kiri: Puan Shaziera bt. Hussain, Puan Farahwahida bt. Anuar, En. Azliza b. Mat Saat, Puan Fairus Dora bt. Abd. Malek dan Puan Ainul Hayati bt. Inche Shamsudin. Tahniah dan Selamat Maju Jaya!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...