Sunday 30 December 2012

PENGUMUMAN PERSEKOLAHAN RASMI SESI 2013

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia. Untuk makluman komuniti ini, persekolahan rasmi bagi sesi 2013 adalah pada 2 Januari 2013 (Rabu). Pihak SKPP 18(1) mewakili warga kerja, Pentadbir dan guru-guru mengucapkan selamat datang kepada murid-murid Prasekolah dan Tahun Satu yang telah mendaftarkan diri pada 29 Disember lalu. Ucapan selamat kembali bersekolah juga ditujukan kepada murid-murid kami dari tahun 2 hingga 6. Harapan dan doa kami agar SKPP 18(1) akan terus mengorak langkah melakar kejayaan demi kejayaan bukan sahaja dalam bidang pendidikan khususnya, malah sentiasa cemerlang dalam lapangan lain yang bakal diceburi. Akhir kata, 'Selamat Menyambut Tahun Baru 2013' dan 'Selamat Maju Jaya' .Sekian terima kasih.

Saturday 29 December 2012

SEKITAR HARI PENDAFTARAN TAHUN SATU DAN PRASEKOLAH

Urusetia pendaftaran
Semakan nama
Perhimpunan pertama anak-anak kita
Ibu bapa Prasekolah

Pendaftaran

Sejumlah hampir 300 murid baru pada sesi kali ini
Aktiviti mewarna
Guru Besar bersedia untuk sesi taklimat

Pengagihan buku teks
Panorama dari tingkat satu
Berbaris menuju ke kelas masing-masing

Taklimat yang disampaikan oleh Guru Besar

Sesi taklimat
Taklimat dan pelantikan PEWARIS Prasekolah

Ibu bapa/penjaga murid Prasekolah

Tuesday 25 December 2012

Pendaftaran Prasekolah dan Tahun Satu sesi 2013


Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia. Untuk makluman komuniti ini, Pendaftaran Prasekolah dan Tahun 1 SKPP 18(1) untuk sesi persekolahan tahun 2013 adalah seperti ketetapan berikut: 


Tarikh : 29 Disember 2012 (Sabtu)
Masa   : 8.00 pagi
Tempat : SKPP 18(1)

TERKINI-BUKU TEKS TURUT DIAGIHKAN

Dikesempatan ini, kami juga ingin memaklumkan bahawa kedai buku SKPP 18(1) telah mula dibuka/beroperasi pada 5 Disember 2012 (Rabu). Sekian terima kasih.

Saturday 22 December 2012

Origami Magic Rose Cube

Hai adik-adik, melaui kiriman terdahulu kami ada membuat pautan tentang cara membuat origami kupu-kupu. Hari ini kita sama-sama mencuba membuat origami magic rose cube pula, Selamat mencuba!


Saturday 8 December 2012

Apple - Introducing iPad mini

Apple telah memperkenalkan Ipad Mini dan dilancarkan di Malaysia pada 7 Disember 2012. Seperti produk-produk terdahulu, Ipad mempunyai 2 siri iaitu yang mempunyai wifi sahaja dan wifi 3G (Nano sim). Namun hanya produk yang dilancarkan semalam adalah wifi sahaja. Kini anda boleh memiliki Ipad Mini dengan harga RM999..layarilah Apple Malaysia..

Friday 7 December 2012

iPad Mini vs. Nexus 7

Assalamualaikum, perkongsian kali ini tentang dunia ICT yang mana syarikat Apple telah mengeluarkan tablet terbaru mereka iaitu generasi Ipad mini selepas berjaya dalam pasaran tablet yang dikatakan merebut persaingan diantara tablet Nexus 7 yang dihasilkan oleh Asus. Jika anda bercadang memiliki tablet ini dan ingin mengetahui perbandingannya. Ikuti video ini..


Bagaimana untuk menghasilkan origami kupu-kupu

Assalamualaikum adik-adik, warga SKPP 18(1) mengucapkan selamat bercuti dan berharap adik-adik mengisi masa cuti dengan aktiviti berfaedah dan menyeronokkan. Pada ruangan kali ini, blogger ingin berkongsi ilmu Origami. Origami bermaksud seni melipat kertas untuk menghasilkan pelbagai bentuk seperti burung, kapal terbang, kotak hadiah dan pelbagai lagi. Video di bawah merupakan cara untuk menghasilkan kupu-kupu. Selamat mencuba!

Tuesday 4 December 2012

Makluman Terkini

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia. Untuk makluman komuniti ini, Pendaftaran Prasekolah dan Tahun 1 SKPP 18(1) untuk sesi persekolahan tahun 2013 adalah seperti ketetapan berikut: 

Tarikh : 29 Disember 2012 (Sabtu)
Masa   : 8.00 pagi
Tempat : SKPP 18(1)

Dikesempatan ini, kami juga ingin memaklumkan bahawa kedai buku SKPP 18(1) akan mula dibuka/beroperasi lebih awal iaitu pada 5 Disember 2012 (Rabu). Sekian terima kasih.

Saturday 1 December 2012

Ulasan Blogger SKPP 18(1)

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia. Dikesempatan ini, pihak blogger merakamkan ribuan terima kasih kepada semua pihak iaitu ibu bapa/penjaga, PIBG, KPM, JPWPP, Perbadanan Putrajaya, Tan Sri, Dato/Datin, Pentadbir, guru-guru, NGO dan mereka-mereka yang terlibat secara langsung atau tidak dalam menyokong visi, misi dan matlamat sekolah bagi mencapai SKPP 18(1) warga blogger 2012. 
        Blogspot ini telah diilhamkan oleh Puan Salmiah bt. Hashim, Guru Besar SKPP 18(1) pada awal penubuhan SKPP18(1) iaitu pada tahun 2009. Namun, kami menyedari bahawa terdapat pelbagai kekangan berikutan strategi kejayaan akademik mendahului segala aspek. Justeru, penubuhan blogspot ditangguhkan buat sementara waktu. Alhamdulillah, seiring dengan peredaran masa dan berkat usaha semua pihak, maka impian kami telah menjadi kenyataan. Ini lah blogspot kami..
     Untuk makluman semua, blogspot ini telah berjaya mengumpul hampir 80,000 pengunjung dan kami mensasarkan 100,000 pengunjung pada akhir tahun ini menjadikan ia blogspot yang boleh 'berdiri dengan sendiri' dan mengapakah kami berkata sedemikian?. Kajian kami telah membuktikan bahawa kami tidak membuat banyak langganan (Subcribe) ke blog lain (selepas perasmian oleh Ybhg Dato' Khairuddin bin Samad pada 2 Mac 2012). Namun, kami tetap menerima langanan (Subscribe) daripada pengunjung sahaja. Kesimpulannya, pengunjung-pengunjung talah memanfaatkan segala kiriman dan pautan yang telah disediakan melalui kesibukan trafik online blog ini. Terima kasih.
    Blogspot SKPP18(1) berfungsi menyalurkan info-info terkini SKPP18(1) melalui pemberitahuan, makluman tentang aktiviti yang akan diadakan di medan pendidikan dan pautan tertentu yang berfungsi sebagai panduan, bukti malah kajian pengunjung terhadap pendidikan masa kini. Justeru, kami menghargai pengunjung setia kami yang sering melakukan klik untuk melihat kami di sini.
    Kami memahami hasrat komuniti dan kehendak dunia ICT yang memerlukan para ilmuan bergabung untuk menghasilkan cetusan idea bagi memenuhi hasrat dunia kini. Blogspot ini diberi nafas baru dengan suntikan info-info terkini, pautan-pautan luar dan dalaman melibatkan pautan portal-portal pendidikan, aplikasi atas talian, pekeliling pendidikan, akhbar online, scribd (fail word, minit mesyuarat dan lain-lain), saluran youtube dengan garapan ilmu perfileman sendiri dan pelbagai perkongsian majlis ilmu.     
        Kami amat berterima kasih kepada pihak yang telah memberikan sokongan dan cadangan untuk penambahbaikan blogspot ini. Kami menyarankan agar pengunjung menggunakan enjin pencarian Google Chrome dan Mozilla Firefox sahaja kerana blogspot ini tidak diuji sepenuhnya ke browser yang lain. Kami juga tidak mewujudkan 'ruang sembang' berikutan blog ini berfungsi sebagai pemberitahuan info sahaja namun pengunjung boleh menyatakan cadangan dan hasrat melalui ruangan comment melalui kiriman terdahulu.
     Untuk makluman semua, tahun 2012 akan melabuhkan tirainya dan hasrat AJK PIBG melalui mesyuarat kali keempat pada dasarnya telah memutuskan untuk mewujudkan portal rasmi (website) pada tahun 2013. Kami menyokong penuh hasrat berkenaan dan berharap ia dapat direalisasikan dengan lebih hebat dan berjaya.
       Akhir sekali, kami berbesar hati sekiranya pelbagai pihak sudi untuk tampil memberi nafas baru untuk Blogspot SKPP 18(1) melalui pelbagai usahasama, program, teknologi, pengiklanan dan seterusnya menjadi sebahagian daripada penyumbang untuk kejayaan anak bangsa di SKPP 18(1).Sekian terima kasih
    
  

Wednesday 28 November 2012

Pantau Anak-anak Kita di Laman Sosial

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia. Untuk makluman ibu bapa/penjaga, pihak SKPP 18(1) telah melakukan beberapa tinjauan di Laman Facebook murid-murid kami dan kami telah mendapati berlaku penyalahgunaan laman berkenaan. Antara yang ketara dapat kami simpulkan adalah, murid-murid telah menggunakan laman ini untuk bergaduh sesama sendiri dan mengeluarkan kata-kata kesat yang sememangnya bertentangan dengan amalan dan prinsip sebagai pelajar. Kami berharap ibu bapa/penjaga agar senantiasa bersama pihak sekolah memantau anak-anak terutama di Laman ICT sosial yang semakin mudah diakses. Sekian

Pengumpulan Artikel-artikel Sepanjang 2012

Terkini 
Tiada Pengambilan Guru Sandaran
http://www.utusan.com.my/utusan/Pendidikan/20121126/pe_01/Tiada-pengambilan-guru-sandaran

Kaedah Pendidikan Sedia ada Perlu Perubahan
http://www.utusan.com.my/utusan/Pendidikan/20121126/pe_02/Kaedah-pendidikan-sedia-ada-perlu-perubahan
Sumber dipetik : Arkib Utasan Malaysia Online bertarikh 26/11/2012

Tidak Sarapan Jejas Pembelajaran
http://www.utusan.com.my/utusan/Pendidikan/20121112/pe_01/Tidak-sarapan-jejas-pembelajaran

1. DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN (ARTIKEL PILIHAN)
Pautan http://www.moe.gov.my/userfiles/file/BUKU%20DASAR.pdf

2RANCANGAN MALAYSIA KE-10 (PENDIDIKAN) (ARTIKEL PILIHAN)
Pautan http://www.moe.gov.my/userfiles/file/BUKU%20DASAR.pdf

3. PELAN STRATEGIK INTERIM KPM 2011-2020 (ARTIKEL PILIHAN)
Pautan http://www.moe.gov.my/userfiles/file/Pelan%20Strategik%20Interim%20KPM%202011-2020.pdf

4. KSSR (ARTIKEL PILIHAN)
Pautan http://kssr.bpk.my/

5. MEMARTABATKAN BAHASA MALAYSIA DAN MEMPERKUKUH BAHASA INGGERIS (MBMMBI) (ARTIKEL PILIHAN)
Pautan http://www.moe.gov.my/userfiles/file/MBMMBI.pdf

6. PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS) (ARTIKEL PILIHAN)
Pautan : http://www.moe.gov.my/lp/index.php/component/content/article/53/216-pentaksiran-berasaskan-sekolah

7. 1MURID 1SUKAN (1M1S)
Pautan http://www.moe.gov.my/upload/galeri_awam//2011/1295256898.pdf

Sumber hebahan : Portal rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) http://www.moe.gov.my/ bertujuan memudahkan warga kami dan ibu bapa untuk membuat rujukan.

 Lagi pautan http://www.moe.gov.my/lp/files/penerbitan/pbs/TransformasiPentaksiran.pdf

Pautan seterusnya : http://www.moe.gov.my/lp/index.php?option=com_content&view=article&id=351:pentaksiran-berasaskan-sekolah&catid=43

8. Berintegriti Didik Anak Bangsa (ARTIKEL PILIHAN) 
Sila ke pautan : http://www.utusan.com.my/utusan/Pendidikan/20120910/pe_01/Berintegriti-didik-anak-bangsa
Sumber dipetik : Arkib Utasan Malaysia Online bertarikh 10/9/2012

9. Pentaksiran Secara Holistik (ARTIKEL PILIHAN) 
Sila ke pautan : http://www.utusan.com.my/utusan/Pendidikan/20120806/pe_01/Pentaksiran-secara-holistik
Sumber dipetik : Arkib Utasan Malaysia Online bertarikh 6/8/2012

10. Angkasa Bakal Tambah Peruntukan Koperasi Sekolah Kepada 13 Juta
Sila ke pautan : http://www.utusan.com.my/utusan/Pendidikan/20120906/pe_02/Angkasa-bakal-tambah-peruntukan-urus-koperasi-sekolah-kepada-RM13-juta
Sumber dipetik : Arkib Utasan Malaysia Online bertarikh 6/9/2012

11Sambutan Kemerdekaan Terap Jiwa Patriotik
Sila ke pautan : http://www.utusan.com.my/utusan/Pendidikan/20120827/pe_02/Sambutan-kemerdekaan-terap-jiwa-patriotik
Sumber dipetik : Arkib Utasan Malaysia Online bertarikh 27/8/2012

12. Susu 1Malaysia Selamat DiMinum
Sila ke pautan : http://www.utusan.com.my/utusan/Pendidikan/20120813/pe_01/Susu-1Malaysia-selamat-diminum
Sumber dipetik : Arkib Utasan Malaysia Online bertarikh 13/8/2012

13. CUEPACS : Segera Umum Ahli Suruhanjaya Gaji
Sila ke pautan : http://www.sinarharian.com.my/nasional/cuepacs-segera-umum-ahli-suruhanjaya-gaji-1.46391
Sumber dipetik : Sinar Harian 08 Mei 2012

14. Portal Rasmi Hari Guru
Sila ke pautan : http://hariguru.ppdputama.net/

15. Anugerah Diperkenal Sempena Sambutan Hari Guru 2012
Sila ke pautan : http://www.sinarharian.com.my/nasional/anugerah-diperkenal-sempena-sambutan-hari-guru-2012-1.44342
Sumber : Sinar Harian 30 April 2012.

16. Kualiti Belajar Seiring Prasarana
sila ke pautan : http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0505&pub=Utusan_Malaysia&sec=Pendidikan&pg=pe_02.htm
Sumber : Utusan Malaysia 05 Mei 2012.

17. PPD, Sekolah Diberi Autonomi (ARTIKEL PILIHAN)
Sila ke pautan : http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0505&pub=Utusan_Malaysia&sec=Pendidikan&pg=pe_01.htm
Sumber : Utusan Malaysia 05 Mei 2012.

18. Guru Lebih Stres (ARTIKEL PILIHAN)
Sila ke pautan : http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0424&pub=Utusan_Malaysia&sec=Pendidikan&pg=pe_01.htm
Sumber : Utusan Malaysia 24 April 2012.

19. Terima kasih Kuala Kangsar
Layari :http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0521&pub=Utusan_Malaysi
a&sec=Pendidikan&pg=pe_01.htm

20. Smart Kiosk permudah murid kuasai pembelajaran
Layari :http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0521&pub=Utusan_Malaysia&sec=Pendidikan&pg=pe_02.htm

21. 4374 sekolah terima RM 987.1 juta
Layari :http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0519&pub=Utusan_Malaysia&sec=Pendidikan&pg=pe_01.htm

22. Sekolah-sekolah 'parah' dipastikan dapat cukup peruntukan
Layari :http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0519&pub=Utusan_Malaysia&sec=Pendidikan&pg=pe_02.htm

23. Memperkasa sistem pendidikan (ARTIKEL PILIHAN)
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0518&pub=Utusan_Malaysia&sec=Pendidikan&pg=pe_01.htm

24. Sasar komputer tablet untuk setiap pelajar
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0518&pub=Utusan_Malaysia&sec=Pendidikan&pg=pe_02.htm

25. Berbasikal Sokong 1Murid 1Sukan
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0604&pub=Utusan_Malaysia&sec=Pendidikan&pg=pe_01.htm
Dipetik dari arkib akhbar Utusan Malaysia Online 4 Jun 2012

26. Guru Penutur Jati Tingkat Penguasaan BI (ARTIKEL PILIHAN)
Sila ke pautan : http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0528&pub=Utusan_Malaysia&sec=Pendidikan&pg=pe_01.htm
Dipetik dari arkib akhbar Utusan Malaysia Online 28 Mei 2012

27. Memacu Kualiti Pendidikan Perak Ke Taraf Dunia
Sila ke pautan : http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0528&pub=Utusan_Malaysia&sec=Pendidikan&pg=pe_02.htm
Dipetik dari arkib akhbar Utusan Malaysia Online 28 Mei 2012

28. Guru Jangan Mudah Merajuk-Tokoh Guru Terengganu
Sila ke pautan : http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0522&pub=Utusan_Malaysia&sec=Pendidikan&pg=pe_01.htm
Dipetik dari arkib akhbar Utusan Malaysia Online 22 Mei 2012


29. Frog VLE (Virtual Learning Environment) dengan usahasama syarikat YES 4G   akan mencuba pasaran SKPP 18(1). Apakah Frog VLE dan YES 4G? (ARTIKEL PILIHAN)
Sila layari :  1.http://frogasia.com/index2.php/WhatIsFrog
                  2.http://www.yes.my/v3/index.do

30. Kenal Pasti Pelajar Layak Terima iTR1M
Sila layari : http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0630&pub=Utusan_Malaysia&sec=Pendidikan&pg=pe_02.htm
Dipetik dari Arkib Utusan Malaysia online bertarikh 30 Jun 2012

31. Subjek Reka Cipta Terus DiPerkasa
Sila layari : http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0630&pub=Utusan_Malaysia&sec=Pendidikan&pg=pe_01.htm
Dipetik dari Arkib Utusan Malaysia online bertarikh 30 Jun 2012

32. Subjek PKRS Atasi Masalah Kepincangan Sosial
Sila layari : http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0706&pub=Utusan_Malaysia&sec=Pendidikan&pg=pe_01.htm
Dipetik dari Arkib Utusan Malaysia online bertarikh 06 Julai 2012

33. Dialog Nasional Pendidikan Negara (DNPN) Dapat Sambutan Luar Biasa
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp? (ARTIKEL PILIHAN)y=2012&dt=0712&pub=Utusan_Malaysia&sec=Pendidikan&pg=pe_01.htm
Sumber dipetik dari akhbar Utusan Online bertarikh 12 Julai 2012

34. Hasil Diserah Ogos Ini, Sesi Maklumbalas Mula September (DNPN)
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0712&pub=Utusan_Malaysia&sec=Pendidikan&pg=pe_02.htm
Sumber dipetik dari akhbar Utusan Online bertarikh 12 Julai 2012

35. Graduan Institut Pendidikan  Guru Malaysia Perlu Ikhlas Berkhidmat
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0712&pub=Utusan_Malaysia&sec=Pendidikan&pg=pe_03.htm
Sumber dipetik dari akhbar Utusan Online bertarikh 12 Julai 2012

36. Muhyiddin Sertai 3.6 Juta Pelajar, Guru Lakukan Senamrobik
Sila ke pautan : http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0711&pub=Utusan_Malaysia&sec=Pendidikan&pg=pe_01.htm
Sumber dipetik dari akhbar Utusan Online bertarikh 11 Julai 2012


37. Dasar Pendidikan Negara Dirombak (ARTIKEL PILIHAN)
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0715&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_02.htm
Sumber dipetik dari Utusan Online bertarikh 15 Julai 2012

38. Yayasan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Umum 20 Juta Untuk Dana PIBG (ARTIKEL PILIHAN)
Sila ke pautan : http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0713&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_27.htm
Sumber dipetik dari Utusan Online bertarikh 13 Julai 2012

39. Penglibatan Ibu Bapa Penting (ARTIKEL PILIHAN)
http://www.utusan.com.my/utusan/Pendidikan/20120723/pe_01/Penglibatan-ibu-bapa-penting
Sumber dipetik dari akhbar Utusan Malaysia online bertarikh 23/7/2012

40. iTR1M Tepati Pembelajaran Alaf 21
http://www.utusan.com.my/utusan/Pendidikan/20120730/pe_01/iTR1M-tepati-pembelajaran-alaf-21
Sumber dipetik dari akhbar Utusan Malaysia online bertarikh 30/7/2012

41. Kerjasama YGMB, Amanah Raya Berhad Urus Wasiat
Sila ke pautan : http://www.utusan.com.my/utusan/Pendidikan/20120723/pe_04/Kerjasama-YGMB-Amanah-Raya-Berhad-urus-wasiat
Sumber dipetik dari akhbar Utusan Malaysia online bertarikh 23/7/2012

42. Pelajar Sekolah Jadi Ejen Kenal Pasti Sarang Pembiakan Aedes
http://www.utusan.com.my/utusan/Pendidikan/20120723/pe_03/Pelajar-sekolah-jadi-ejen-kenal-pasti-sarang-pembiakan-aedes
Sumber dipetik dari akhbar Utusan Malaysia online bertarikh 23/7/2012









Friday 23 November 2012

Foto sekitar Hari Anugerah Cemerlang 2012

Persiapan


Sehari sebelum

Pengacara majlis
Para jemputan
Majlis perasmian oleh Pengarah JPWPP, Tuan Haji Jamaluddin bin Yusoff

Pengarah menyempurnakan penyampaian sijil graduasi
Dekorasi pentas bertemakan 'Samudera'
Persembahan tarian Elite Kebudayaan




Tempat-tempat percutian di Malaysia

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia. Untuk ruangan kali ini, kami membuat pautan senarai tempat-tempat menarik di Malaysia untuk dilawati sempena cuti persekolahan ini. Sila ke pautan di bawah untuk memilih tempat percutian anda..Selamat bercuti..
  1. http://tempatmenarik.com/category/tempat-pelancongan-di-malaysia/
  2. http://www.tripadvisor.com.my/Tourism-g293951-Malaysia-Vacations.html

Tuesday 20 November 2012

SENARAI NAMA MURID YANG MENDAPAT 5A UPSR SKPP 18(1) 2012

  1. AIMAN NAZIHAN PUTERA B. MD. YAISA EFFENDY
  2. AISYAH SYAFAA BT. AZHARI
  3. ALIYA SYAFAA BT. JAMALUDDIN
  4. DALILI ADLINA BT. AISHAM
  5. FATIN NURSYAHIRAH BT. ABDURAHMAN
  6. LIYANA SYAZWANI BT. MUHAMAD JASMAN
  7. MOHAMAD MUZHAMEER PUTRA B. ROSLI
  8. MOHAMAD NURIL AKHYAR B. MOHAMAD SYUKRY
  9. MOHD. ARASH ASHARI B. MOHD. ASRI
  10. NUR IMAN BT. AHMAD FARIS
  11. NUR IZZAH DAYANA BT. MOHAMED KHAIDIR
  12. NUR FARHANA ALIFAH BT. MOHAMAD KAMAL
  13. NURUL ASYIQIN KHAIRANI BT. SHAMSUDDIN
  14. RUS IZLEEN BT. RUSLI
  15. SARAH NABILA BT. MUHAMAD SHAH
  16. SYAURA KHALIESAH BT. MD. SUHAIDI
Tahniah diucapkan kepada mereka...SKPP 18(1) akan terus mengorak langkah..

SYABAS SKPP 18(1)

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia. Warga SKPP 18(1) mewakili pentadbir dan guru-guru mengucapkan tahniah kepada calon-calon UPSR kami bagi tahun 2012. Sukacita kami memaklumkan bahawa keputusan UPSR bagi tahun ini menunjukkan peningkatan yang membanggakan. Seramai 16 orang calon kami mendapat keputusan 5A. Gred Purata Sekolah (GPS) mengalami penurunan positif dari 2.05 pada tahun 2011 kepada 1.77 pada tahun ini (2012) dan hampir menepati sasaran kami. Di bawah merupakan analisis umum perbandingan pencapaian UPSR bagi tahun 2011 dan 2012.

UPSR 2011                                                                 UPSR 2012

Jumlah calon : 82 orang                                                 Jumlah calon : 104 orang

Jumlah calon 5A : 8 orang                                             Jumlah calon 5A : 16 orang

GPS  :  2.05                                                                GPS  :  1.77

___________________________________

Perbandingan Gred Purata Matapelajaran (GPMP)/GPS dan peratus bagi tahun 2011 dan 2012.

2011

                                           GPMP/GPS                       Peratus
  1. BM Pemahaman           1.73                                   100%
  2. BM Penulisan                 1.59                                   97.6%
  3. B. Inggeris                         2.49                                   84.1%
  4. Matematik                        2.33                                   91.5%
  5. Sains                                       2.12                                   95.1%


2012

                                           GPMP/GPS                       Peratus

  1. BM Pemahaman           1.61                                   98.1%
  2. BM Penulisan                 1.35                                   99.0%
  3. B. Inggeris                          2.13                                   91.3%
  4. Matematik                        1.94                                   94.2%
  5. Sains                                       1.85                                   97.1%
Petunjuk : GPMP (Gred Purata Matapelajaran)
                          GPS (Gred Purata Sekolah)

Catatan : SKPP 18(1) masih dalam proses dokumentasi keputusan rasmi dan akan memuat naik untuk paparan lebih baik. 

Monday 19 November 2012

UPSR 2012

      Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia. Dikesempatan ini, SKPP 18(1) ingin mengucapkan tahniah kepada calon-calon UPSR tahun 2012 yang telah pun mengambil keputusan masing-masing pada hari ini. Majlis penyerahan slip keputusan rasmi ini disempurnakan sendiri oleh Puan Salmiah bt. Hashim, Guru Besar SKPP 18(1) pada jam 10 pagi di Dataran Nilam. 
       Pihak sekolah sekali lagi merakamkan ribuan terima kasih kepada ibu bapa /penjaga, warga pendidik,  pentadbir dan staf SKPP 18(1) yang telah banyak memberi sumbangan besar untuk pencapaian bagi tahun ini. Pihak kami akan memberikan info terkini tentang analisa UPSR dalam waktu terdekat. Akhir sekali, tahniah kepada murid-murid kami yang telah memberikan 100% keupayaan dalam menentukan kejayaan mereka demi masa depan yang cemerlang...Tahniah untuk anda!

Guru Besar (Kanan) bersama Guru Penolong Kanan Akademik
Ibu bapa/ penjaga sedang menunggu keputusan rasmi UPSR
Calon mendapatkan keputusan masing-masing

Wajah ceria setelah mendapat keputusan

Majlis yang penuh ceria

Warga pendidik bergambar kenangan

Warga pendidik sedang membuat semakan nama dan slip UPSR

Kegembiraan dikongsi bersama

Salah seorang calon 5A kami

Cikgu Dayang Aimah yang akan berpindah dan menyambung tugas di Sabah pada tahun 2013..tahniah

Sunday 18 November 2012

PANDUAN SEMAKAN KEPUTUSAN UPSR 2012

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia diucapkan kepada warga SKPP 18(1). Seperti yang telah dimaklumkan pada kiriman terdahulu, keputusan UPSR secara rasminya akan diumumkan hari ini, 19 November 2012 (Isnin). Justeru, untuk memudahkan semakan keputusan, kami menyertakan kaedah semakan secara atas talian untuk calon-calon kami dan diharapkan beberapa langkah mudah ini dapat membantu anda mengetahui keputusan UPSR 2012.

1. Sila ke laman web saps.moe.gov.my

2. Klik butang Semakan Ibu Bapa yang bewarna merah.

3. Masukkan No. Kad Pengenalan atau Sijil Surat Beranak  dan pilih Sekolah Rendah seterusnya klik butang Semak Laporan

Untuk semakan SMS :

1. Semakan SMS taip UPSR (Angka Giliran) dan hantar ke 15888

2. Contoh UPSR BC001A040 dan hantar ke 15888.


 Contoh (Sumber  dipetik dari UPSR 2011)
Keputusan juga boleh diambil di Pejabat SKPP 18(1) selepas jam 10 pagi.

.......Semoga Berjaya dan Selamat Maju Jaya....

Wednesday 14 November 2012

SEKITAR PERKHEMAHAN KOKURIKULUM DI BUKIT CERAKAH SHAH ALAM

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia. Pihak SKPP 18(1) ingin mengucapkan 'Selamat Bercuti' kepada semua murid SKPP 18(1) setelah menamatkan sesi persekolahan bagi tahun 2012. Kami berharap murid-murid dapat meluangkan masa cuti ini dengan pelbagai aktiviti yang bermanfaat. Sambil bersantai, lawatilah tempat-tempat bersejarah dan pelajarilah sesuatu yang berguna untuk dikongsi bersama rakan-rakan nanti. Sempena cuti persekolahan, blogspot kami akan memuatnaik pelbagai foto aktiviti sepanjang  tahun 2012.  Insyallah..Selamat Bercuti..

Ingin berkunjung ke Taman Pertanian Seri Alam ini ?. Layari: http://www.mbsa.gov.my/pelancongan_tamanpertanian
Pose di kolam renang

Semangat kerjasama
Lawatan sambil belajar ke Taman Haiwan

Berbasikal ke check point
Bergambar di Taman Iklim Sederhana 4 Musim

Aktiviti malam
Menaiki shuttle mengelilingi taman







Saturday 10 November 2012

SEKITAR MAJLIS MINUM PETANG BERSAMA PRESIDEN PERBADANAN PUTRAJAYA

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia. SKPP 18(1) merakamkan jutaan terima kasih kepada Tan Sri Dato' Seri (Dr) Mohd. Aseh bin Che Mat, Presiden Perbadanan Putrajaya atas jemputan majlis minum petang bersama beliau yang diadakan di atas Cruise tasik, Putrajaya yang telah diadakan pada 9 November 2012 (Jumaat), 5.30 petang. Jemputan melibatkan Guru Besar, YDP dan Setiausaha PIBG untuk semua sekolah rendah dan menengah di Putrajaya ini bertujuan menjalin hubungan erat diantara pihak Perbadanan Putrajaya dan PIBG sekolah-sekolah. Kami mewakili komuniti SKPP 18(1) amat berbesar hati dan berharap pemuafakatan ini akan terus harmoni dan dapat mewujudkan usahasama yang berjaya dalam konteks pembangunan bersama. Sekian

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang Cruise tasik Putrajaya, sila ke pautan :
http://www.cruisetasikputrajaya.com/?page_id=13 atau ke laman facebook di http://www.facebook.com/pages/Cruise-Tasik-Putrajaya/43965976019

Menaiki Cruise tasik



Tan Sri Mohd. Aseh (Kiri), Dato' Johari Salleh (Tengah) dan YDP SKPP 18(1), En Ayob Ibrahim (Kanan)


Guru-guru Besar
Pemuzik Cruise


YDP, En. Ayob bersama Dato' Johari Salleh 

Sajian yang dihidangkan
Meja jamuan Guru-guru Besar
YDP bersama Ketua Polis Daerah Putrajaya Asisten Komisioner Abdul Razak Abdul Majid (Kiri) dan jemputan-jemputan lain

Setiausaha PIBG bersama Tan Sri Mohd. Aseh

Dari kiri, Dato' Johari Salleh, S/U PIBG dan YDP

YDP bersama Ketua Polis Daerah Putrajaya Asisten Abdul Razak Abdul Majid 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...