Wednesday 24 September 2014

JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN SEMULA MATAPELAJARAN SAINS DAN BAHASA INGGERIS UPSR 2014


     

SEKITAR LAWATAN DELEGASI THAILAND KE SKPP 18(1) 23 SEPTEMBER 2014


       
                        Seramai 30 orang deligasi murid sekolah menengah bersama-sama guru

       
                        Perlawanan catur persahabatan SKPP 8(1) & wakil delegasi

            
                                     Bergambar kenangan di Studio Overture

       
                                               Sesi dialog dan berkongsi pendapat

Thursday 18 September 2014

PENTING!! PORTAL SARANA IBU BAPA (eSARANA)

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia. Melalui program Sarana Ibu Bapa dan Sarana Sekolah, dimaklumkan bahawa KPM telah membangunkan sistem atas talian (online) iaitu eSARANA yang bertujuan meningkatkan keupayaan komuniti dan sekolah dalam menentukan kejayaan secara global.
       Ibu bapa, komuniti, AJK PIBG, ahli majlis pemuafakatan, lembaga pengelola sekolah (LPS) dan alumni murid mempunyai akses untuk pengisian soal selidik yang disediakan. Terdahulu, pihak sekolah telah membuat agihan borang soal selidik yang telah diedarkan secara manual kepada 10% daripada keseluruhan ibu bapa SKPP 18(1) secara rawak dalam setiap program sekolah. Sebagai permulaan dalam usaha menyokong eSARANA, pihak guru telah membantu memasukkan data soal selidik berkenaan secara online. 
       Sehubungan itu, ibu bapa dan komuniti boleh membuat pengisian eSARANA sendiri melalui makluman pihak sekolah kelak. Senantiasa layari blogspot ini untuk info-info terkini.
      Di bawah merupakan beberapa contoh makluman secara ringkas pengisian eSARANA:

       
1.Layari internet, taip eSARANA dan klik pada portal SARANA hingga tertera seperti gambarajah di atas



        
  2. Untuk login -Isikan kod sekolah-wba2011 pada ruangan Nama Pengguna. Pihak sekolah akan memberikan kata laluan melalui sebaran pada tarikh yang akan ditentukan. (Gambarajah atas)


       
3. Setelah login, klik pilihan Sarana Ibu Bapa  (Seperti gambarajah di atas). Setelah mendaftar, paparan soal selidik disediakan. Anda perlu mengisi dan sahkan penghantaran.

                      Di bawah merupakan contoh soal selidik eSARANA

       

Tuesday 16 September 2014

DAFTARLAH KE STUDIO OVERTURE SEGERA!

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia. Pihak sekolah merakamkan ribuan terima kasih kepada PIBG kerana membantu pihak sekolah untuk mewujudkan Studio Overture SKPP 18(1). Studio berperanan untuk aktiviti Pembelajaran dan Pengajaran Pendidikan Muzik dan Dunia Muzik. Pada sebelah petang studio ini akan menyediakan kelas-kelas mempelajari instrumen muzik, komposisi, gubahan, penyewaan studio dan peralatan dengan kadar yuran yang berpatutan dan sebahagian perolehan studio akan disumbangkan untuk tabung PIBG SKPP 18(1). 
      Kolaborasi khidmat tenaga profesional lulusan Uitm sedang dirancang dan studio akan beroperasi sepenuhnya pada bulan Oktober 2014 ini. Sasaran awal kami adalah untuk murid-murid sekolah di Putrajaya dan bermatlamat untuk memberi pendidikan dan pengalaman sebenar dalam menerokai bidang muzik dalam kalangan murid-murid. 
     Kepada komuniti yang berminat, boleh sms atau menghubungi talian, 0193472445 (Cikgu Fendi) untuk keterangan lanjut (Statistik awal dan promosi). Pendaftaran adalah Terhad. Sekian.

                                             Pemasangan karpet untuk keselesaan

Kerja penyelengaraan hampir siap

Iklan kami

Hiasan menggunakan teknologi terkini untuk keselesaan

Studio Overture

Projek pertama kami, Marching Band

Thursday 11 September 2014

HARI INI DALAM SEJARAH-PENUTUP BULAN KEMERDEKAAN


        
                                      Nyanyian Lagu 31 Ogos dan Lahirnya Sebuah Cinta

       
                                                  Lambaian Jalur Gemilang

        
                                            Persembahan bicara berirama

Monday 8 September 2014

SELAMAT MAJU JAYA UPSR 2014

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia. SKPP 18(1) dan PIBG mewakili semua warga kerja dan komuniti mengucapkan Selamat Maju Jaya kepada semua calon UPSR SKPP 18(1) tahun 2014. Bersama kita mendoakan kejayaan dan kecemerlangan anak-anak kita dan pihak sekolah ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada semua pihak terutama pengurusan PIBG sekolah atas komitmen dan sumbangan. Akhir kata, sekali lagi bersama kita memanjatkan doa agar calon-calon kami melangkah dengan yakin dan bersemangat diiringi restu ibu bapa masing-masing. Kami Boleh!! Sekian. Terima kasih
     

     

     

Wednesday 3 September 2014

JADUAL PEPERIKSAAN UPSR 2014


                     

                          
                                                                                                                                                                                                     
Makluman.
Bagi calon-calon berkeperluan khas, tarikh dan masa adalah sama cuma tambahan masa 30 minit untuk setiap subjek. SKPP18(1) mengucapkan Selamat Maju Jaya kepada calon-calon kami dan senantiasa mendoakan kejayaan anda!. 

Untuk info lengkap jadual waktu, sila ke pautan ini:


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...