Thursday 27 September 2012

Senarai Nama Murid Prasekolah yang Berjaya untuk Sesi 2013

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia. Untuk perhatian ibu bapa/penjaga, Di bawah merupakan senarai nama murid Prasekolah yang telah berjaya ke SKPP 18(1) untuk sesi 2013. Sila buat semakan:

Sila cetak surat kelulusan penempatan kanak-kanak Prasekolah sesi tahun 2013 melalui online di : www.didik.my/sppm dan membuat pengesahan di pejabat Prasekolah SKPP 18(1).

Sebarang pertanyaan sila hubungi pejabat pengurusan induk kami di talian 03-88905424. Sekian

Makluman Korobori Pengakap Kanak-Kanak

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia. Untuk makluman warga kami, Korobori pengakap kanak-kanak Persekutuan Pengakap Malaysia negeri Selangor akan menganjurkan program korobori ini pada ketetapan berikut :

Tarikh : 28 September 2012 hingga 1 Oktober 2012 (Jumaat hingga Isnin)

Tempat : Mutiara Semenyih Training Village And Eco Resort, Jalan Sungai Lalang, Semenyih.

Pendaftaran : 28 September 2012, jam 3.00-4.30 petang.

Sasaran : Ahli Pengakap Kanak-Kanak (Sekolah Rendah).
               -2 orang guru pengiring.

Bayaran : RM60

Untuk makluman lanjut, sila hubungi Puan Rohana (GPK Kokurikulum) di talian 03-88905424. Sekian terima kasih.

Tuesday 25 September 2012

Peringatan Mesra

   Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia. Untuk makluman ibu bapa/penjaga, PIBG SKPP 18(1) melalui perbincangan mesyuarat AJK terdahulu telah mengutarakan beberapa isu dan usul yang penting untuk warga membuat susulan berkaitan kutipan sumbangan yuran.

   Statistik yang dikeluarkan oleh Bendahari PIBG, menunjukkan berlaku penurunan mendadak jumlah kutipan sumbangan yuran daripada ibu bapa pada tahun 2012 (Berbanding tahun 2011). Justeru, pihak sekolah telah mengambil inisiatif yang pelbagai dalam melaksanakan setiap program Akademik, Kokurikulum dan HEM untuk murid-murid kami.

   Untuk UPSR, sukacita dimaklumkan bahawa terdahulu, beberapa siri Kem Gerak Gempur UPSR untuk tahun 6 telah menunjukkan peningkatan akademik yang amat baik dalam kalangan murid-murid. Namun, statistik Bendahari masih menunjukkan penurunan kutipan pembayaran dan mungkin kesibukan ibu bapa merupakan antara faktor berlaku penurunan ini.

   Dikesempatan ini juga kami  merakamkan ribuan terima kasih kepada ibu bapa/penjaga yang prihatin terhadap keperluan pihak sekolah melalui sumbangan-sumbangan yang telah dilakukan untuk melihat kami terus maju ke hadapan. Akhir kata, kami yakin komuniti kami sentiasa bergerak seiring dalam memajukan prestasi dan bersama-sama berganding bahu ke arah kejayaan anak-anak didik kami. Sekian terima kasih.

Untuk rujukan, sila ke minit mesyuarat di pautan :http://www.scribd.com/doc/107367871/Minit-Mesyuarat-Pibg-Kali-Kedua-2012
Penafian : Pautan-pautan yang disiarkan adalah bersifat rujukan dan sesetengah pautan merupakan hakmilik SKPP 18(1) dan telah mendapat persetujuan pentadbir untuk disiarkan mengikut situasi terkini dan tanpa prejudis.
     

Monday 24 September 2012

Banner terkini


Hebahan Tabung Waqaf SKPP 18(1)

       Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia. Untuk hebahan warga kami, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SKPP 18(1) melalui mesyuarat AJK PIBG kali ke-3 tahun 2012 dengan ini telah bersetuju untuk mewujudkan 'Tabung Waqaf' SKPP 18(1). Secara ringkasnya, program ini berkonsepkan sumbangan ikhlas para ibu bapa bagi meningkatkan kemudahan dan kebajikan anak-anak didik SKPP 18(1). 
     Kami merakamkan ribuan terima kasih kepada AJK ibu bapa, En. Shamsudin Mohamad atas inisiatif dan ilham beliau untuk mewujudkan Tabung Waqaf ini dan berharap warga kami turut bersama-sama berganding bahu menyokong usaha ini. Sekian terima kasih.

Kertas kerja Tabung Waqaf, Sila ke pautan ini : http://www.scribd.com/doc/106704891/Tabung-Waqaf-Pendidikan-SKPP-18
Untuk pertanyaan lanjut, hubungi : 0192781247 (En. Shamsudin)    
      
Kuning emas masaknya padi
Mawar merah dalam jambangan
Terima kasih daun keladi
Budi tuan jadi kenangan.

Sunday 23 September 2012

Ucapan Takziah


Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia. Warga SKPP 18(1) merakamkan ucapan takziah kepada Guru Penolong Kanan Akademik, Puan Norzah bt. Mohd. Kassim serta keluarga atas pemergian Bonda tercinta ke rahmatullah pada 23 September 2012 Jam 11.00 malam. Terdahulu, beliau telah kehilangan Ayahanda tercinta pada 14 Ogos 2012. Semoga roh Allahyarham dan Allahyarhamah dicucuri rahmat. Justeru, marilah bersama-sama kita menghadiahkan Al-Fatihah.

Thursday 20 September 2012

HEBAHAN DASAR-DASAR BARU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA (KPM)

1. DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Pautan http://www.moe.gov.my/userfiles/file/BUKU%20DASAR.pdf

2RANCANGAN MALAYSIA KE-10 (PENDIDIKAN)
Pautan http://www.moe.gov.my/userfiles/file/BUKU%20DASAR.pdf

3. PELAN STRATEGIK INTERIM KPM 2011-2020
Pautan http://www.moe.gov.my/userfiles/file/Pelan%20Strategik%20Interim%20KPM%202011-2020.pdf

4. KSSR
Pautan http://kssr.bpk.my/

5. MEMARTABATKAN BAHASA MALAYSIA DAN MEMPERKUKUH BAHASA INGGERIS (MBMMBI)
Pautan http://www.moe.gov.my/userfiles/file/MBMMBI.pdf

6. PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)
Pautanhttp://www.moe.gov.my/lp/index.php/component/content/article/53/216-pentaksiran-berasaskan-sekolah

7. 1MURID 1SUKAN (1M1S)
Pautan http://www.moe.gov.my/upload/galeri_awam//2011/1295256898.pdf

Sumber hebahan : Portal rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) http://www.moe.gov.my/ bertujuan memudahkan warga kami dan ibu bapa untuk membuat rujukan.


 Lagi pautan http://www.moe.gov.my/lp/files/penerbitan/pbs/TransformasiPentaksiran.pdf

Pautan seterusnyahttp://www.moe.gov.my/lp/index.php?option=com_content&view=article&id=351:pentaksiran-berasaskan-sekolah&catid=43

Tips
Lawati lah kiriman-kiriman kami yang terdahulu (OLDER POST) di ruangan utama ini (Skrol ke bawah/kiriman bulanan dan perkongsian artikel 1-8)

Wednesday 19 September 2012

Aplikasi Permohonan ke Asrama Penuh (Tahun 6)

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

Sukacita dimaklumkan bahawa Permohonan Ke Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kawalan boleh dibuat di Laman Web Rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia bermula 15 September hingga 31 Oktober 2012
Sila layari : http://parents.sekolahmalaysia.com/

Monday 17 September 2012

Hari Kokurikulum Dan Keusahawanan

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia. Untuk makluman warga kami, pada hari Sabtu ini, SKPP 18(1) akan bersekolah seperti biasa menggantikan cuti hari raya Aidilfitri yang lalu. Pada hari ini juga pihak sekolah akan mengadakan 'Program Hari Kokurikulum dan Keusahawanan'. Pengisian program adalah seperti berikut :

Tarikh : 22 September 2012
Hari.    : Sabtu.
Masa.   : 7.30 pagi- 12.30 t/hari

-Berpakaian sukan untuk prasekolah dan tahap 1 (Tahun 1,2 dan 3) dan uniform unit masing-masing bagi tahap 2 (Tahun 4,5 dan 6).

-Tahun 3 digalakkan memakai uniform (Jika ada)

Aturcara
7.30 pagi
  • Perhimpunan
8.00 pagi
  • Perasmian penutup 'Bulan Kemerdekaan'
  • Persembahan koir (Pemenang)
  • Penyampaian hadiah 'Bulan Kemerdekaan' oleh Panitia-panitia yang terlibat
9.00 pagi
  • Jualan makanan oleh Unit-unit Beruniform
  • Jualan lelong t-shirt sekolah berharga rm10.00 (Sepuluh ringgit)-Semua saiz-SEHARI SAHAJA
    - Ibu bapa dijemput hadir untuk bersama-sama memeriahkan program ini-Selepas jam 9.00 pagi 
    -Sebarang info terkini akan dimaklumkan dari masa ke masa. Sekian terima kasih
   

Sekitar Sambutan Hari Raya Peringkat Sekolah 2012

Jutaan terima kasih kepada murid-murid dan guru -guru kerana turut sama memeriahkan sambutan kali ini..jumpa di tahun hadapan.
















 




 


Wednesday 12 September 2012

Sambutan Hari Raya Aidilfitri SKPP 18(1)

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia diucapkan kepada warga kami Untuk makluman semua, SKPP 18(1) akan mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri diperingkat sekolah pada 14 September 2012 (Jumaat). Sambutan ini akan diadakan selepas waktu rehat. Justeru, aktiviti P&P (Pembelajaran dan Pengajaran) akan dijalankan seperti biasa sebelum waktu sambutan. Untuk memeriahkan lagi sambutan, murid-murid dan guru-guru boleh membawa juadah masing-masing dan dikongsi bersama-sama (portluck). Murid-murid juga dibenarkan berpakaian hari raya. Kami warga pentadbir dan guru-guru mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir batin kepada seluruh warga SKPP 18(1) dan semoga sambutan kali ini lebih meriah dan bermanfaat. Sekian, terima kasih.

Tuesday 11 September 2012

HARI PERTAMA UPSR 2012


(Gambar atas kiri ) Hari pertama -Calon-calon kami sedang menduduki peperiksaan di Dewan Kompleks Sekolah-sekolah  Presint 18.

Gambar atas kanan ) Antara calon-calon UPSR 2012 SKPP 18(1) bergambar bersama Guru Penyelaras Tahun 6, Puan Wan Nor Afni bt. Wan Mustama.

Info
Pada tahun ini senarai calon-calon kami yang menduduki peperiksaan UPSR adalah seramai 103 orang. Mereka terdiri daripada 49 murid lelaki dan 54 murid perempuan dari 5 kelas berlainan iaitu kelas Berlian, Delima, Intan, Jed dan Firus.

---------SELAMAT MAJU JAYA-------------

Garis panduan dan jadual waktu UPSR 2012. Sila ke pautan http://www.moe.gov.my/lp/files/upsr/2012/Binder1.pdf






Monday 10 September 2012

UPSR 2012

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia. Untuk makluman warga ini, Peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi tahun 2012 akan berlangsung pada 11 September 2012 (Selasa). Kami mewakili warga pentadbir kakitangan dan guru-guru mengucapkan 'Semoga Berjaya' kepada calon UPSR SKPP 18(1) 2012. Pihak kami membuat capaian jadual waktu peperiksaan rasmi UPSR tahun 2012 (di bawah) beserta garis panduan peperiksaan untuk memudahkan para ibu bapa dan murid-murid membuat semakan. Sekian.

Murid-murid Prasekolah, Tahun 1 dan 2 direhatkan Semasa UPSR

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia. Adalah dimaklumkan bahawa peperiksaan UPSR akan dijalankan mulai 11 September (Selasa) hingga 13 September (Khamis) 2012. Sehubungan itu, pihak sekolah mengalami masalah kekurangan guru disebabkan ramai guru kami telah ditugaskan sebagai pengawas peperiksaan di sekolah lain. Justeru, pihak pengurusan sekolah telah menetapkan bahawa kelas-kelas Prasekolah, tahun 1 dan 2 akan direhatkan (tidak perlu hadir ke sekolah) seperti ketetapan berikut :

  • Tarikh direhatkan adalah pada 11 September (Selasa) hingga 13 September (Khamis) 2012
Murid-murid tahun 3, 4 dan 5 akan bersekolah seperti biasa sepanjang peperiksaan UPSR dijalankan.

Saturday 8 September 2012

PERKONGSIAN ARTIKEL 8

Terbaru-Berintegriti Didik Anak Bangsa
Sila ke pautan : http://www.utusan.com.my/utusan/Pendidikan/20120910/pe_01/Berintegriti-didik-anak-bangsa
Sumber dipetik : Arkib Utasan Malaysia Online bertarikh 10/9/2012

1. Pentaksiran Secara Holistik (ARTIKEL PILIHAN)
Sila ke pautan : http://www.utusan.com.my/utusan/Pendidikan/20120806/pe_01/Pentaksiran-secara-holistik
Sumber dipetik : Arkib Utasan Malaysia Online bertarikh 6/8/2012

2. Angkasa Bakal Tambah Peruntukan Koperasi Sekolah Kepada 13 Juta
Sila ke pautan : http://www.utusan.com.my/utusan/Pendidikan/20120906/pe_02/Angkasa-bakal-tambah-peruntukan-urus-koperasi-sekolah-kepada-RM13-juta
Sumber dipetik : Arkib Utasan Malaysia Online bertarikh 6/9/2012

3. Sambutan Kemerdekaan Terap Jiwa Patriotik
Sila ke pautan : http://www.utusan.com.my/utusan/Pendidikan/20120827/pe_02/Sambutan-kemerdekaan-terap-jiwa-patriotik
Sumber dipetik : Arkib Utasan Malaysia Online bertarikh 27/8/2012

4. Susu 1Malaysia Selamat DiMinum
Sila ke pautan : http://www.utusan.com.my/utusan/Pendidikan/20120813/pe_01/Susu-1Malaysia-selamat-diminum
Sumber dipetik : Arkib Utasan Malaysia Online bertarikh 13/8/2012

Tuesday 4 September 2012

Jemputan YDP dan AJK Ibu Bapa ke Majlis Ramah Mesra Aidilfitri

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia. Adalah dimaklumkan bahawa Kelab Ikatan Staf Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Putrajaya (JPWPP) dengan sukacitanya mempersilakan Yang diPertua PIBG (YDP) dan dua (2) wakil Ahli Jawatankuasa (AJK) ibu bapa ke Majlis Ramah Mesra Aidilfitri yang akan diadakan pada ketetapan berikut :

Tarikh : 10 September 2012 (Isnin) bersamaan 23 Syawal 1433 Hijrah

Tempat : Lobi Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Putrajaya

Masa    :  1.00 tengahari - 4.00 petang.

Sekian Terima Kasih.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...