Sunday 28 December 2014

PENANGGUHAN KELAS KAFA SESI 2015

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia. Dimaklumkan bahawa kelas KAFA untuk sesi persekolahan 2015 turut ditangguhkan selaras dengan pengumuman oleh YAB. Timbalan Perdana Menteri tentang penangguhan sesi persekolahan 2015. Sekian terima kasih.

Info pengumuman penangguhan sesi persekolahan, sila klik pautan di bawah
http://skputrajayapresint181.blogspot.com/2014/12/pengumuman-penangguhan-tarikh-sesi.html

ORIENTASI PRASEKOLAH DAN TAHUN SATU AKAN DIJALANKAN SEPERTI BIASA

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia. Melalui pengumuman penangguhan sesi persekolahan 2015 kerana bencana banjir oleh Timbalan Perdana Menteri, YAB. Tan Sri Muhyiddin Yassin, dimaklumkan bahawa penangguhan ini tidak melibatkan Hari Pendaftaran dan Orientasi Murid Prasekolah dan Tahun Satu 2015 yang akan diadakan pada 2 Januari 2014 (Jumaat). Justeru, pendaftaran ini akan dikekalkan dan dijalankan seperti biasa pada hari berkenaan. Sekian terima kasih.

PENGUMUMAN PENANGGUHAN TARIKH SESI PERSEKOLAHAN 2015

#Untuk Siaran Serta Merta

KENYATAAN MEDIA
YAB MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA

PENGUMUMAN PENANGGUHAN TARIKH BERMULA
SESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2015 AKIBAT BANJIR

Sepertimana semua pihak sedia maklum bahawa banjir yang sedang melanda negara sekarang masih berterusan khususnya di negeri-negeri pantai timur Semenanjung Malaysia. Sehingga pada tarikh 28 Disember 2014, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mendapati sejumlah 340 buah sekolah daripada tujuh buah negeri terlibat dengan banjir, sama ada dijadikan sebagai Pusat Pemindahan Sementara (PPS) atau sekolah tersebut ditenggelami air akibat banjir.

Sebagai Menteri Pendidikan, saya amat memahami dan mengambil berat akan kesukaran yang bakal dihadapi oleh semua pihak termasuk pengurusan sekolah, guru-guru, ibu bapa dan murid-murid sekiranya persekolahan bagi tahun 2015 dibuka seperti dijadualkan iaitu pada 4 Januari 2015 (bagi negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor) dan pada 5 Januari 2015 bagi negeri-negeri lain.

Sehubungan itu, sukacita dimaklumkan bahawa KPM dengan ini bersetuju untuk menangguhkan permulaan sesi persekolahan di seluruh negara bagi tahun 2015 selama seminggu. Dengan penangguhan ini, tarikh baru sesi bermula persekolahan tahun 2015 bagi  negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor adalah pada 11 Januari 2015 (Ahad).  Manakala bagi negeri-negeri lain akan bermula pada 12 Januari 2015 (Isnin).  Penangguhan ini juga dibuat setelah mengambilkira;

a) Sekolah-sekolah yang terlibat sama ada sebagai PPS atau ditenggelami air akan mengambil masa untuk dipulihkan; dan

b) Keadaan guru-guru, ibu bapa dan murid yang menjadi mangsa banjir serta serba kekurangan perlu mengambil masa untuk pemulihan dan membuat persiapan persekolahan mereka.

Sekiranya keadaan banjir tersebut pulih, maka pihak pengurusan sekolah hendaklah menggunakan tempoh tersebut untuk mengadakan gotong royong pembersihan kawasan sekolah masing-masing bagi memastikan anak-anak kita dapat belajar dalam keadaan selamat, selesa dan sempurna.

Terima kasih.

Tan Sri Muhyiddin Hj Mohd Yassin
Timbalan Perdana Menteri
Merangkap Menteri Pendidikan
29 Disember 2014 

Friday 19 December 2014

MAKLUMAN UNIFORM PENGAWAS SEKOLAH SESI 2015

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia. Dimaklumkan bahawa melalui taklimat bersama guru pengawas bertarikh 21 November 2014, pihak sekolah sekali lagi membuat hebahan melalui blogspot berkaitan perkara di atas. Pemakaian uniform pengawas sekolah adalah seperti di bawah :

Pengawas Lelaki

-BAJU KEMEJA PUTIH LENGAN PANJANG
-SELUAR PANJANG ( BIRU GELAP )
-STOKIN HITAM
-KASUT HITAM
-VEST AKAN DISEDIAKAN OLEH PIHAK SEKOLAH 

Pengawas Perempuan

-BAJU KURUNG SEKOLAH PUTIH ATAU BAJU KEMEJA PUTIH LENGAN PANJANG
-KAIN KIPAS BELAKANG ( BIRU GELAP )
-BERTUDUNG PUTIH
- 'ANAK TUDUNG' PUTIH
-STOKIN HITAM
-KASUT HITAM
--VEST AKAN DISEDIAKAN OLEH PIHAK SEKOLAH


Etika pemakaian uniform ini diselaraskan mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh KPM untuk mengelakkan sebarang kesulitan. Kerjasama semua pihak amat kami hargai dan mengucapkan ribuan terima kasih.









Wednesday 17 December 2014

BENGKEL PERSEDIAAN UPSR 2015 DITANGGUHKAN

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia. Dimaklumkan bahawa Bengkel Persediaan UPSR 2015 yang telah ditetapkan pada 29 hingga 31 Disember 2014 terpaksa dibatalkan atas sebab yang tidak dapat dielakkan. Bengkel akan dilaksanakan pada awal persekolahan tahun 2015. Pihak sekolah akan memaklumkan sebarang info dari masa ke masa dan memohon maaf atas segala kesulitan. Sekian terima kasih.

Monday 24 November 2014

KEPUTUSAN RASMI UPSR 2014

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia. Dimaklumkan bahawa keputusan rasmi  Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi tahun 2014 akan diumumkan pada ketentuan berikut :

TARIKH : 26 NOVEMBER 2014 (RABU)
MASA :10.00 PAGI
TEMPAT : LAMAN NILAM SKPP 18(1

Pihak sekolah akan mengadakan majlis penyerahan slip keputusan ini secara rasmi bersama-sama sijil tamat sekolah rendah dan sijil Kokurikulum. Calon- calon dikehendaki memakai pakaian seragam sekolah dan hadir bersama ibu bapa /penjaga. Sekian terima kasih.

Saturday 22 November 2014

FOTO-FOTO SEKITAR MAJLIS_MAJLIS SEKOLAH

MAJLIS GRADUASI TAHUN 6
Bertempat di Everly Hotel Ballroom




HARI ANUGERAH CEMERLANG 2014
Tetamu yang hadir
Meja pengacara majlis
Penyampaian sijil dan cenderahati oleh Guru Besar


Tokoh Bitara 2014


SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK 2014
Persembahan murid

Pertandingan pakaian beragam


Tema Kartun

Persembahan koir murid tahun 6

Kanak-kanak bergaya

Persembahan kugiran murid Studio Overture

Pengagihan buku teks sesi 2015

TARIKH BENGKEL PERSEDIAAN UPSR 2015

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia. Makluman kepada ibu bapa/penjaga murid tahun 6 tahun 2015. Tarikh bengkel yang dinyatakan adalah seperti berikut :

TARIKH : 29 hingga 31 Disember 2014 (Isnin hingga Rabu)
MASA : 8.30 hingga 12.30 tengahari.
TEMPAT : Pusat Sumber Sekolah
AGENDA : 

  1. Penerangan tentang format peperiksaan UPSR 2015
  2. Program Motivasi Persediaan UPSR 2015
Murid-murid dibenarkan hadir berpakaian sukan. Sekian terima kasih.

Sunday 16 November 2014

MAJLIS GRADUASI TAHUN 6 2014

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia. SKPP 18(1) mewakili guru-guru dan murid-murid tahun 6 akan mengadakan Majlis Graduasi Tahun 6 seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 17 November 2014 (Isnin)
Masa : 2.00-5.00 petang
Tempat : Hotel Everly, Putrajaya.

Ibu bapa murid tahun 6 adalah dijemput untuk menghadiri majlis ini. Kepada komuniti yang berminat untuk menyertai, boleh menghubungi penyelaras tahun 6, Ustazah Rohani bt. Abdullah di talian 0388905424. Sekian

FOTO SEKITAR LATIHAN "FIRE DRILL' SKPP 18(1) PADA 14 november 2014

Semua murid berkumpul di padang setelah loceng amaran dibunyikan

Fire drill diseliakan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Putrajaya

Perbincangan anggota bomba bersama pihak sekolah

Latihan memadam kebakaran oleh murid

Latihan memadam kebakaran oleh guru

Penyampaian cenderahati kepada pasukan keselamatan

Sunday 9 November 2014

MAKLUMAN CUTI PERISTIWA 10 NOVEMBER 2014 (ISNIN)

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia. Dimaklumkan bahawa SKPP 18(1)  akan cuti peristiwa selama satu hari pada 10 November 2014 (isnin) sempena Temasya Sukan kali Kelima. Beberapa info lain adalah seperti di bawah:

1. Penyerahan buku teks (SPBT) untuk semua tahun 1-6 adalah pada 11 NOVEMBER 2014 (SELASA)

2. Hari Anugerah Cemerlang akan dilaksanakan pada 18 NOVEMBER 2014 (SELASA)

3. Sambutan Hari Kanak- kanak akan dilaksanakan pada 19 NOVEMBER 2014 (RABU).

4. Pengagihan buku teks ( SPBT) untuk sesi 2015 adalah pada 19, 20 dan 21 NOVEMBER 2014 ( RABU- JUMAAT)

Sekiranya berlaku sebarang perubahan, pihak sekolah akan memaklumkan melalui blogspot ini dengan kadar segera, Sekian terima kasih. 

Saturday 8 November 2014

FOTO-FOTO SEKITAR TEMASYA SUKAN KALI KELIMA SKPP 18(1)


       

        

        

        

       

        

            

            

            

            

            

            

            

Friday 7 November 2014

JEMPUTAN TEMASYA SUKAN TAHUNAN KALI KELIMA 2014

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia. Dimaklumkan bahawa SKPP 18(1) akan mengadakan Temasya Sukan Tahunan kali Kelima pada ketetapan berikut :

Tarikh : 8 November 2014 (Sabtu)
Masa : 7.30 pagi hingga 1 tengahari
Tempat : Padang Kompleks SKPP 18(1)
Dirasmikah oleh : Encik Ahmad Faisal bin Abdul Karim, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Putrajaya

Ibu bapa dan komuniti dijemput hadir bagi memeriahkan lagi temasya sukan pada kali ini. Sekian Terima kasih

Saturday 1 November 2014

FOTO-FOTO MERIAH SEKITAR KARNIVAL 1 NOVEMBER

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia. Pihak sekolah mewakili Persatuan Ibu Bapa dan Guru SKPP 18(1), agensi-agensi, komuniti, dan seluruh warga merakamkan ribuan terima kasih kepada pengunjung-pengunjung yang telah hadir memeriahkan Karnival Keusahawanan Kokurikulum Unit Beruniform melalui Sarana Ibu Bapa. Sambutan luar biasa untuk kali pertama penganjuran merupakan satu suntikan semangat untuk menjadikan karnival ini satu acara tahunan sekolah.Syabas!
     

                                 

       

       

       

       

       

       

       

       

       

       

       

       

       

       

       

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...