PROGRAM SEPANJANG 2011


1.            Mesyuarat Agung PIBG 2011
Mesyuarat Agung PIBG diadakan pada setiap setahun sekali. Program ini merupakan program perjumpaan diantara ibu bapa dan guru-guru khas membincangkan tentang, pelantikan ahli, perbincangan bersama isu-isu sekolah, info-info terkini pelajaran, amanat-amanat, dasar-dasar dan lain-lain.


2.            Mesyuarat AJK tahun 2011
Mesyuarat ajk merupakan satu mesyuarat wajib yang diadakan diantara guru dan ibu bapa yang telah dipilih/dilantik mewakili pihak sekolah. Perbincangan melibatkan pembelajaran, penambahbaikan sekolah, program-program peningkatan pelajaran dan lain-lain. Mesyuarat dilaksanakan sebanyak 4 kali setahun dan dipengerusikan oleh Yang Di Pertua PIBG dan ex-officio sebagai Penasihat.

3.            Jamuan hari raya 2011
Majlis jamuan hari raya merupakan program tahunan yang melibatkan guru-guru dan murid-murid. Kebiasaan, murid dan warga sekolah akan membawa juadah masing-masing untuk dikongsi bersama-sama. Program ini bertujuan memupuk kemesraan diantara pihak sekolah, Ibubapa dan murid-murid khususnya.

4.            Motivasi murid /pra UPSR
Program seumpama ini merupakan program khas untuk meningkatkan keupayaan murid dalam menghadapi peperiksaan UPSR. Pengisian program adalah ceramah,bengkel dan teknik-teknik menjawab soalan. Ibu bapa murid tahun 6, dijemput hadir untuk berkongsi maklumat dan idea dalam membantu pihak sekolah dan murid dalam persediaan menghadapi UPSR 2011.


5.   Kursus Kepimpinan Pengawas, pusat sumber dan ketua/penolong ketua darjah.

Program ini diadakan bermatlamat untuk memantapkan lagi pengurusan kepimpinan dikalangan murid-murid. Kursus yang berlangsung selama 3 hari ini diadakan di dewan SKPP 18(1) pada 26 mac 2011. pengisian program adalah ceramah kepimpinan, latihan dalam kumpulan, ice breaking. Ibu bapa dijemput untuk bekerjasama dalam setiap program seumpamanya.
           

6.   Program Lawatan Sambil belajar
Atas persetujuan dalam mesyuarat-,mesyuarat ajk PIBG, Pada tahun 2011, pihak sekolah telah mengadakan 5 siri lawatan luar bagi murid-murid tahap dua. Antara tempat yang telah dilawati adalah Muzium...


7.   Kumpulan Elite Kebudayaan
Hasil cetusan idea guru-guru dan pentadbir, pihak sekolah telah menubuhkan kumpulan Elite kebudayaan yang bermatlamatkan kecemerlangan bersama. Kumpulan ini terbahagi kepada beberapa cabang seni, antaranya adalah tarian, lakonan, boria, nyanyian, action song, tradisional dan lain-lain. Matlamat utama adalah untuk menggilap bakat seni dikalangan murid dan sasaran hub seni yang mantap untuk pertandiingan dan persembahan. Kumpulan telah mencapai beberapa kejayaan awal iaitu tempat ke 2 dan ke 3 pentomin. Pihak dengan bantuan ibu bapa,


8. Kem Bistari Solat-Tahun 1

Kem ini dianjurkan oleh Panitia Pendidikan Islam dibantu oleh guru-guru panitia yang lain. Kem ini diadakan pada bulan jun 2011 dan brlangsung selama dua hari (sabtu dan Ahad) yang bermatlamat agar murid dapat membina sahsiah dan disiplin diri melalui solat. Pengisian berbentuk islamiah seperti solat berjemaah, latihan dalam kumpulan, ice breaking dan

9. Khemah ibadah      


10. Sambutan Maulidur Rasul 1432h (2011)
Program ini juga merupakan program tahunan melibatkan guru-guru dan murid-murid. Pengisian program adalah pertandingan membuat sepanduk, tulisan khat dan perarakan mengelilingi kawasan sekolah diikutu dengan selawat ke atas junjungan Rasulullah. Aktiviti ini melibatkan murid-murid dan guru-guru dan ibu bapa sebagai jemputan.



11. Festival bunga Floria anjuran Perbadanan Putrajaya
Program ini diadakan sekali setahun dan merupakan program tahunan yang dianjurkan oleh perbadanan Putrajaya. Melalui program ini, pihak sekolah diberikan tapak untuk  merekacipta hiasan dengan konsep tertentu yang telah ditetapkan oleh pihak perbadanan. Pihak ajk PIBG bersama guru-guru telah dilantik untuk bersama-sama memeriahkan festival ini.

12.  Temasya Sukan Tahunan 2011
Temasya sukan merupakan program tahunan sekolah yang diadakan pada pertengahan bulan setiap tahun. penglibatan guru-guru yang mewakili rumah masing-masing berperanan mencungkil bakat-bakat sukan, kepimpinan dan pertandingan dalam kalangan murid-murid. Slot khas sukan bersama ibu bapa juga diadakan untuk memeriahkan temasya selain berperanan dalam meyempurnakan majlis penyampaian hadiah kepada murid-murid.

13. Larian 1Murid, 1Sukan, 1Malaysia
Merupakan program baru yang diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran dengan usahasama perbadanan Putrajaya yang diadakan pada 2 julai 2011. Melalui program sukan ini, selain dapat mengeratkan hubungan diantara sekolah-sekolah, ia juga dapat  mencungkil bakat-bakat baru dalam sukan olahraga. Pihak PIBG dijemput untuk memeriahkan aktiviti.

14. Program Mari Becerita  pada anak-anak Putrajaya
20 julai 2011
 Program ini kali pertama diadakan dan pihak sekolah dipilih sebagai tuan rumah mewakili sekolah-sekolah putrajaya. Selain merupakan program rintis, sekolah diberi kepercayaan untuk menjadi sekolah angkat kepada Institut Sosial Nasional (ISN). Diadakan pada 20 julai dan telah dirasmikan




15. Solat Hajat Perdana tahun thn 6
Program ini merupakan program tahunan khas diadakan untuk murid-murid yang akan menghadapi peperiksaan. Ibu bapa murid tahun 6, guru-guru dan murid-murid dijemput untuk membuat solat hajat bersama-sama.


16. Majlis restu
Majlis ini merupakan usaha pihak sekolah dengan bantuan ibu bapa untuk
menghantar anak-anak yang akan menghadapi peperiksaan ke sekolah pada minggu peperiksaan UPSR. Majlis ini.


17. Hari anugerah Cemerlang
Program ini juga merupakan program tahunan yang diadakan diakhir tahun (akhir persekolahan). Pengisian program ini adalah penyampaian cenderahati, anugerah murid dan guru, persembahan murid dan lain-lain. Ibu bapa secara rasminya dijemput hadir untuk memeriahkan majlis.


18. Majlis  ‘Jom Bersama Sekolah Penyayang’
Majlis berkonsepkan muafakat kampung ini telah diilhamkan oleh Guru Besar dan telah dirasmikan oleh Dato ….Majlis ini telah diadakan pada ….Antara pengisian program adalah majlis akikah dan berendoi dan penyampaian hadiah. Pihak sekolah bersama PIBG telah berganding bahu dalam mewujudkan ajk khas bagi membantu kelancaran majlis. 



19. Program Pendaftaran Tahun 1 Dan Pra Sekolah Besama Program Kecergasan 1 komuniti
Program ini diadakan pada 12/12/2011 merupakan usahasama pihak NGO, Kementerian Kesihatan dan pihak sekolah. Program ini diilhamkan oleh ajk PIBG, En Afandi Nordin bertujuan mewujudkan komuniti setempat. Ia diadakan sempena pendaftaran murid tahun satu dan pra sekolah. Warga sekolah termasuk Ibubapa dan murid berpakaian sukan  sewaktu pendaftaran. Latihan kesukanan berbentuk senam seni telah diadakan dengan jemputan jurulatih daripada NGO dibantu oleh guru-guru sekolah.


20. Usahasama ASWARA

Usahasama Akademi Seni Budaya dan Warisan (ASWARA) merupakan institut pengajian tinggi awam yang berperanan membantu pihak sekolah dalam memartabatkan seni budaya dan tradisional melayu. Usahasama melibatkan aktiviti kesenian, usahasama, persembahan dan khidmat nasihat merupakan tunjang utama ke arah pencapaian murid-murid dalam bidang seni. Dekan fakulti muzik yang juga Yang DiPertua PIBG banyak membantu dalam khidmat nasihat untuk program-program kesenian.


21. Usahasama Giat Mara
Pihak sekolah dengan bantuan PIBG telah mengadakan siri rundingan dan perbincangan dengan pihak Giat Mara dalam membantu usaha pihak sekolah untuk mendapatkan sumbangan untuk kegiatan kesenian sekolah. Pihak Giat Mara telah membantu pihak sekolah memberi sumbangan pakaian tarian murid dibawah program mentor-menti.  


22. Usahasama NGO
Usahasama ini merupakan usaha pihak PIBG dan sekolah dalam mewujudkan komuniti setempat yang berlandaskan program-program yang bakal dilaksanakan. Program rintis pertama yang telah diadakan adalah kecergasan komuniti 1Malaysia.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...