Monday, 27 August 2012

JEMPUTAN YDP DAN NYDP KE MAJLIS RAMAH MESRA AIDILFITRI DARIPADA KPM

Assalamualaikum dan Salam Aidilfitri. Sukacita dimaklumkan bahawa warga pentadbir serta YDP dan NYDP SKPP 18(1) dijemput untuk menghadiri Majlis Ramah Mesra Aidilfitri, Kementerian Pelajaran Malaysia 2012. Majlis akan diadakan pada ketetapan berikut:

Tempat :  Dataran Tempat Letak Kereta Terbuka Blok E14-E15, Kompleks E, Pusat     Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62604 Putrajaya

Tarikh : 3 September 2012(Isnin)

Jam    : 12.30 tengahari.


Jemputan diminta berpakaian baju kebangsaan /pejabat. Sebarang pertanyaan, sila hubungi Urusetia, Bahagian Khidmat Pengurusan di talian 03-88846094/6192/6163/6219. Sekian Terima Kasih.

Sunday, 26 August 2012

SELAMAT KEMBALI WARGA SKPP18(1)

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia diucapkan kepada warga SKPP 18(1). Blogger yang mewakili warga pentadbir, guru-guru dan kakitangan SKPP 18(1) mengucapkan 'Selamat Kembali  Bersekolah' khususnya kepada murid-murid SKPP 18(1). Kepada warga kami sendiri dan ibu bapa, kami mengucapkan selamat bertugas dan berharap warga ini akan senantiasa mempertingkatkan kualiti dan melakar kejayaan demi kejayaan untuk anak-anak bangsa. Dikesempatan ini juga, warga menyusun sepuluh jari memohon kemaafan sekiranya ada kekhilafan selama menjalankan tugas. Selamat Hari Raya Aidilfiti, maaf zahir dan batin.

Thursday, 16 August 2012


TERKINI-DANA PIBG YAYASAN 1MDB


Apakah Dana PIBG?
Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) merupakan antara mekanisme penting dalam mewujudkan penambahbaikan pendidikan di sekolah. PIBG memainkan peranan sebagai agen meningkatkan kualiti pendidikan di sekolah dengan melibatkan peranan ibubapa dalam sistem pendidikan anak-anak mereka.
Menerusi PIBG, banyak program dan langkah telah dan boleh diatur dalam mengatasi pelbagai masalah dan kekangan yang secara tidak langsung boleh mencacatkan iklim pengajaran dan pembelajaran di sesebuah sekolah.
Dana PIBG merupakan salah satu platform yang memberi bantuan kepada PIBG menjayakan aktiviti dan program di sekolah.  Pihak PIBG di sekolah dialu-alukan untuk merealisasikan impian bagi menjayakan program serta aktiviti bagi meningkatkan mutu pelajaran dan pembelajaran di sekolah.
Sila ke pautan ini :http://www.danapibg.com.my/ms

Wednesday, 15 August 2012

UCAPAN TAKZIAH

Assalamualaikum dan Salam Aidilfitri diucapkan kepada warga SKPP l8 (1). Dikesempatan ini, warga kami mengucapkan takziah kepada Puan Norzah Mohd. Kassim, Guru Penolong Kanan Akademik SKPP18(1) serta keluarga kerana pada petang tanggal 14 Ogos (Selasa), telah kembalinya ayahanda tersayang ke rahmatullah. Semoga roh Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...