Monday, 18 February 2013

TIGA MURID KAMI MENDAPAT LENCANA PUTERI BONGSU...TAHNIAH!

Penyampaian sijil disempurnakan oleh Guru Besar
di perhimpunan rasmi sekolah

Dua daripada murid kami yang mendapat lencana Puteri Bongsu dalam
PPIM (Pergerakan Puteri Islam Malaysia)


Apakah lencana Puteri Bongsu?.Sila klik pautan di bawah:

Sunday, 17 February 2013

PEPERIKSAAN PRA UB1 TAHUN 6 HARI INI

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia. SKPP 18(1) akan menjalankan peperiksaan Pra Ujian Bulanan 1 (UB1) untuk tahun 6 pada 19 hingga 21 Februari 2013. Sila ke pautan di bawah untuk jadual waktu peperiksaan ini.

Cikguat dan SKPP 18(1).wmv

TABUNG AMAL JARIAH PERLUKAN SOKONGAN ANDA

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia. Terlebih dahulu, SKPP 18(1) merakamkan ribuan terima kasih atas sokongan padu ibu bapa dalam setiap program yang telah dianjurkan oleh pihak sekolah. Dalam perkembangan berkaitan, kami bersyukur kerana hasil perbincangan dan persetujuan keputusan mesyuarat terdahulu , Tabung Amal Jariah berjaya ditubuhkan dan dilancarkan pada Mesyuarat Agung PIBG Kali keempat yang lalu. Projek pertama kami adalah penyelarasan langsir untuk setiap bilik darjah kami.
       Sukacita kami memaklumkan bahawa, YB/Dato/Datin/Tuan/Puan penyumbang dan pewakaf-pewakaf boleh membuat sumbangan secara online dan terus ke akaun PIBG (Sementara) dan perlu menyerahkan bukti sumbangan kepada Bendahari Tabung Amal Jariah, Puan Wan Nor Afni binti Wan Mustama (Bendahari PIBG-sementara) untuk tujuan rekod dan pengeluaran resit (Jika perlu). Di bawah merupakan nombor akaun PIBG :

Klik untuk info :http://www.scribd.com/doc/124065751/Tabung-Amal-Jariah

BANK : HONG LEONG BANK


NO AKAUN : 0667110005800


Talian rasmi PIBG-0193472445



Sekian terima kasih.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...