Sunday 18 November 2012

PANDUAN SEMAKAN KEPUTUSAN UPSR 2012

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia diucapkan kepada warga SKPP 18(1). Seperti yang telah dimaklumkan pada kiriman terdahulu, keputusan UPSR secara rasminya akan diumumkan hari ini, 19 November 2012 (Isnin). Justeru, untuk memudahkan semakan keputusan, kami menyertakan kaedah semakan secara atas talian untuk calon-calon kami dan diharapkan beberapa langkah mudah ini dapat membantu anda mengetahui keputusan UPSR 2012.

1. Sila ke laman web saps.moe.gov.my

2. Klik butang Semakan Ibu Bapa yang bewarna merah.

3. Masukkan No. Kad Pengenalan atau Sijil Surat Beranak  dan pilih Sekolah Rendah seterusnya klik butang Semak Laporan

Untuk semakan SMS :

1. Semakan SMS taip UPSR (Angka Giliran) dan hantar ke 15888

2. Contoh UPSR BC001A040 dan hantar ke 15888.


 Contoh (Sumber  dipetik dari UPSR 2011)
Keputusan juga boleh diambil di Pejabat SKPP 18(1) selepas jam 10 pagi.

.......Semoga Berjaya dan Selamat Maju Jaya....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...