Friday 20 April 2012

Rasional persekolahan 21 April 2012

    Pihak sekolah menerima pelbagai respon tentang cuti ganti persekolahan pada 21 April 2012 (Sabtu). Terima kasih atas keperihatinan warga SKPP 18(1). Secara ringkasnya persekolahan ini merupakan arahan daripada Kementerian Pelajaran Malaysia yang meminta semua sekolah kumpulan B (iaitu negeri selain Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu) di Malaysia melaksanakannya. 
     Untuk pengetahuan semua, cuti hari Raya Haji adalah pada 26 Oktober 2012 (Jumaat). Oleh kerana cuti ini jatuh pada hari Jumaat, maka negeri-negeri kumpulan A iaitu Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu yang berhujung minggu pada hari Jumaat dan Sabtu dan cuti yang diperuntukan untuk negeri-negeri ini adalah 2 hari, maka pelarasan cuti untuk negeri-negeri kumpulan A dan B perlu dilakukan bagi mengekalkan kesaksamaan bercuti untuk sekolah-sekolah di Malaysia. 
 Untuk maklumat jadual cuti, sila ke pautan di bawah: www.blogcikgu.com/tag/cuti-raya-haji-2012

Sekian terima kasih.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...