Thursday 7 February 2013

SUMBANGAN TABUNG AMAL JARIAH

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia. Terlebih dahulu, SKPP 18(1) merakamkan ribuan terima kasih atas sokongan padu ibu bapa dalam setiap program yang telah dianjurkan oleh pihak sekolah. Dalam perkembangan berkaitan, kami bersyukur kerana hasil perbincangan dan persetujuan keputusan mesyuarat terdahulu , Tabung Amal Jariah berjaya ditubuhkan dan dilancarkan pada Mesyuarat Agung PIBG Kali keempat yang lalu. Projek pertama kami adalah penyelarasan langsir untuk setiap bilik darjah kami.
       Sukacita kami memaklumkan bahawa, YB/Dato/Datin/Tuan/Puan penyumbang dan pewakaf-pewakaf boleh membuat sumbangan secara online dan terus ke akaun PIBG (Sementara) dan perlu menyerahkan bukti sumbangan kepada Bendahari Tabung Amal Jariah, Puan Nor Hana binti Nordin atau Puan Wan Nor Afni binti Wan Mustama (Bendahari PIBG-sementara) untuk tujuan rekod dan pengeluaran resit (Jika perlu). Di bawah merupakan nombor akaun PIBG :

BANK : HONG LEONG BANK

NO AKAUN : 0667110005800

Sekian terima kasih.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...