Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia. Dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali Kelima untuk sesi persekolahan 2014/2015 akan diadakan pada ketetapan berikut::
Tarikh : 14 Mac 2014 (Jumaat)
Masa : 8.30 malam
Tempat : Laman Bawah Dewan SMKPP 18(1)
Agenda mesyuarat tersebut adalah;
- Ucapan Pengerusi.
- Membentang dan menerima minit Mesyuarat Agung Tahunan yang lalu.
- Membentang dan menerima Laporan Tahunan.
- Membentang, menerima dan meluluskan Penyata Kewangan berakhir 31 Disember tahun sebelumnya.
- Membahaskan usul (Jika ada).
- Pemilihan Jawatankuasa PIBG bagi sesi 2014/2015.
- Pemilihan Juru Audit Dalaman.
- Ucapan penangguhan; dan
- Hal-hal lain.
Makluman di atas merupakan info awal setelah PIBG melalui hasil perbincangan lalu sebulat suara bersetuju pada tarikh,tempat dan masa yang telah dinyatakan. Pihak SKPP 18(1) akan mengedarkan borang usul kepada ibu bapa/penjaga melalui anak masing-masing esok. Sebarang perubahan/pindaan akan dimaklumkan dengan kadar segera.