Sunday 13 April 2014

PROGRAM GOTONG ROYONG 100% UPSR 5A

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia. Pihak sekolah merakamkan ribuan terima kasih kepada YDP PIBG, Dr. Shamsudin Mohamad bersama NYDP, Pn. Salwani Abdullah kerana sudi hadir pada perhimpunan rasmi pagi ini. Selain berpeluang menyampaikan hadiah kepada murid-murid, YDP turut menyampaikan ceramah tentang Program Gotong Royong 100% UPSR 5A. Program ini merupakan inisiatif PIBG bersama-sama pihak sekolah berusaha meningkatkan keupayaan pelajar saling bantu-membantu dalam bidang akademik. Ibu bapa murid tahun 6 akan turut dijemput untuk majlis watikah akujanji PGR100%UPSR5A ini. Sebarang makluman terkini akan disalurkan kelak melalui blogspot dan surat-surat siaran. Sekian
                    
      

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...