Wednesday 14 May 2014

UCAPAN HARI GURU 2014

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia. Sempena sambutan Hari Guru pada tahun ini yang bertemakan ' GURU: PENCETUS KREATIVITI, PENJANA INOVASI', pihak PIBG melalui Sarana Ibu Bapa telah menyediakan dua kain rentang serta pen marker pelbagai warna yang akan diletakkan di pintu pagar sekolah (Ibu bapa) dan Laman Catur(Murid-murid). Kain rentang berukuran 8x4 ini disediakan khas dan mengalu-alukan komuniti membuat sebarang ucapan dan tandatangan bagi menghargai pengorbanan guru selain memeriahkan sambutan pada kali ini. Pihak sekolah menghargai sokongan komuniti untuk bersama pihak sekolah demi kesejahteraan bersama. Terima Kasih.

        

       

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...