Thursday 26 June 2014

PELANCARAN BULAN DAKWAH SEMPENA RAMADHAN AL-MUBARAK


                     
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia. SKPP18(1) mewakili pentadbir, guru-guru dan staf merakamkan ucapan ' Selamat menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak' khas kepada murid-murid kami dan seluruh komuniti ini. Pada hari ini 27 Jun, Jumaat penghulu segala hari, pihak sekolah telah membuat majlis pelancaran Bulan Dakwah oleh panitia Agama Islam. Program ini akan dijalankan sepanjang bulan Ramadhan ini dengan pelbagai pengisian yang menarik. Antaranya adalah tadarus Al-Quran, majlis iftar, solat terawih, qiyamullail, khatam Al-Quran dan bersedekah. Pelancaran ini juga dihiasi dengan bacaan Al-Quran, persembahan nasyid sekolah dan penyampaian buah kurma untuk setiap kelas. Pada bulan yang mulia ini kami berharap murid-murid dapat memanfaatkn setiap program dan semoga amalan kita di berkati oleh Allah s.w.t. Sekian.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...