Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia. Dengan segala hormatnya, jemputan di atas dirujuk. Y.Bhg. Dato/Datin/Tuan/Puan adalah dijemput untuk menghadiri mesyuarat tersebut pada ketetapan berikut:
Tarikh : 7 Februari 2015 (Sabtu)
Masa : 8.30 pagi
Tempat : Dewan Kompleks Sekolah Menengah Presint 18(1)
Agenda mesyuarat tersebut adalah;
- Ucapan Pengerusi.
- Membentang dan menerima minit Mesyuarat Agung Tahunan yang lalu.
- Membentang dan menerima Laporan Tahunan.
- Membentang, menerima dan meluluskan Penyata Kewangan berakhir 31 Disember tahun sebelumnya.
- Membahaskan usul (Jika ada).
- Pembubaran Jawatankuasa PIBG bagi sesi 2014/2015
- Pemilihan Jawatankuasa PIBG bagi sesi 2015/2016
- Pemilihan Juru Audit Dalaman.
- Ucapan penangguhan; dan
- Hal-hal lain.
Kesudian Y.Bhg. Dato/Datin/Tuan/Puan untuk hadir ke majlis ini amat dialu-alukan dan didahului dengan ucapan terima kasih.