Tuesday, 27 January 2015

JEMPUTAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KALI KEENAM SKPP 18(1) TAHUN 2015

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia. Dengan segala hormatnya, jemputan di atas dirujuk. Y.Bhg. Dato/Datin/Tuan/Puan adalah dijemput untuk menghadiri mesyuarat tersebut pada ketetapan berikut:

Tarikh : 7 Februari 2015 (Sabtu)
Masa   : 8.30 pagi
Tempat : Dewan Kompleks Sekolah Menengah Presint 18(1)

Agenda mesyuarat tersebut adalah;

  1. Ucapan Pengerusi.
  2. Membentang dan menerima minit Mesyuarat Agung Tahunan yang lalu.
  3. Membentang dan menerima Laporan Tahunan.
  4. Membentang, menerima dan meluluskan Penyata Kewangan berakhir 31 Disember tahun sebelumnya.
  5. Membahaskan usul (Jika ada).
  6. Pembubaran Jawatankuasa PIBG bagi sesi 2014/2015
  7. Pemilihan Jawatankuasa PIBG bagi sesi 2015/2016
  8. Pemilihan Juru Audit Dalaman.
  9. Ucapan penangguhan; dan
  10. Hal-hal lain.
Kesudian Y.Bhg. Dato/Datin/Tuan/Puan untuk hadir ke majlis ini amat dialu-alukan dan didahului dengan ucapan terima kasih.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...