Sunday, 18 October 2015

MAKLUMAN PENUTUPAN SEKOLAH

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEHATI SEJIWA. ADALAH DIMAKLUMKAN BAHAWA BERIKUTAN BACAAN IPU YANG TINGGI BERKAITAN MASALAH JEREBU YANG MELANDA PUTRAJAYA DAN KAWASAN SEKITAR, ARAHAN PENUTUPAN SESI PERSEKOLAHAN SEKALI LAGI TELAH DIUMUMKAN BERKUATKUASA PADA TARIKH SEPERTI DI BAWAH:


TARIKH : 19 OKTOBER 2015 (ISNIN)

-TIADA GANTIAN PERSEKOLAHAN 


MURID-MURID DIMOHON UNTUK BERADA DI RUMAH DAN TIDAK MELAKUKAN AKTIVITI LUAR BAGI MENGELAKKAN MASALAH KESIHATAN.


Sunday, 27 September 2015

MAKLUMAN PENUTUPAN SEKOLAH

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEHATI SEJIWA. ADALAH DIMAKLUMKAN BAHAWA BERIKUTAN BACAAN IPU YANG TINGGI BERKAITAN MASALAH JEREBU YANG MELANDA PUTRAJAYA DAN KAWASAN SEKITAR, ARAHAN PENUTUPAN SESI PERSEKOLAHAN TELAH DIUMUMKAN BERKUATKUASA PADA TARIKH SEPERTI DI BAWAH:


TARIKH : 28 SEPTEMBER 2015 (ISNIN)


-SEKIRANYA ADA GANTIAN PERSEKOLAHAN , AKAN DIMAKLUMKAN KELAK


MURID-MURID DIMOHON UNTUK BERADA DI RUMAH DAN TIDAK MELAKUKAN AKTIVITI LUAR BAGI MENGELAKKAN MASALAH KESIHATAN.


Monday, 14 September 2015

PENGUMUMAN PENUTUPAN SEKOLAH

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEHATI SEJIWA. ADALAH DIMAKLUMKAN BAHAWA BERIKUTAN BACAAN IPU YANG TINGGI BERKAITAN MASALAH JEREBU YANG MELANDA PUTRAJAYA DAN KAWASAN SEKITAR, ARAHAN PENUTUPAN SESI PERSEKOLAHAN TELAH DIUMUMKAN BERKUATKUASA PADA TARIKH SEPERTI DI BAWAH:


TARIKH : 15 SEPTEMBER 2015 (SELASA)


-SEKIRANYA ADA GANTIAN PERSEKOLAHAN , AKAN DIMAKLUMKAN KELAK


MURID-MURID DIMOHON UNTUK BERADA DI RUMAH DAN TIDAK MELAKUKAN AKTIVITI LUAR BAGI MENGELAKKAN MASALAH KESIHATAN.


Sunday, 8 March 2015

PERTANDINGAN PERKHEMAHAN BADAN UNIT BERUNIFORM PERINGKAT PUTRAJAYA TAHUN 2015

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia. Pihak sekolah merakamkan penghargaan kepada murid-murid yang telah menyertai pertandingan ini. Di bawah merupakan pencapaian sepanjang dua hari kami di sana.Tahniah!
                      
                                         Johan Pertandingan Bantu Mula (P)

                          
                                           Johan Pertandingan Pandu Arah (L)              

       
                                            Johan Pertandingan Catur Cilik Bestari

       
                                         Tempat Ketiga Pertandingan Pandu Arah (P)


       
    MSSM Kejohanan Merentas Desa. Keseluruhan Putrajaya Tempat Ketiga dimenangi oleh adik Imtiaz    (Barisan hadapan 3 dari kanan)
      
       


Monday, 2 March 2015

MAKLUMAN UJIAN BULANAN 1 (UB1) 2015

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia. SKPP 18(1) akan menjalankan peperiksaan Ujian Bulanan 1 (UB1) untuk semua tahun 1-6 bermula pada 5 dan 6 Mac 2015 (Khamis-Jumaat) dan bersambung pada 9 hingga 11 Mac 2015 (Isnin-Rabu minggu hadapan). Jadual peperiksaan akan diedarkan kepada murid-murid selewat-lewatkan pada Hari Selasa 3 Mac 2015. Terima kasih

SEKITAR GOTONG ROYONG SBT MEGA

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia. SKPP 18(1) bersama PIBG dan KSIB telah mengadakan gotong-royong pada 28 Feb 2015 (Sabtu). Program ini diadakan untuk mengimarahkan kerjasama melalui program Sarana dan ke arah Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT).

                                                    Penyediaan sistem fail
                                      
YDP turut bersama-sama pihak sekolah
Ahli mesyuarat bersama Kumpulan Sokongan Ibu Bapa turut hadir membantu
       
                                  Kebersihan tandas melalui program angkat PIBG

 Catur merupakan Etos SBT
                                                  
          

    Mengecat papan catur mega di Laman Catur
       
                               

                                       

           
                                             NYDP bersama ahli dan pentadbir

           

           
               Keceriaan kantin

Wednesday, 11 February 2015

PROGRAM-PROGRAM 12 FEBRUARI 2015


       
                                            Sumbangan minuman Milo

       

       

                                   
                                                           Data BMI murid

                                   

Sunday, 8 February 2015

PASUKAN BOLA BALING SKPP 18(1) TEMPAT KETIGA

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia. SKPP 18(1) merakamkan ucapan tahniah kepada pasukan Bola Baling sekolah kerana telah memperolehi tempat Ketiga dalam Kejohanan Bola Baling Peringkat Putrajaya. kejohanan ini diadakan pada 4 hingga 7 Februari 2015 di Padang Kompleks Sekolah Presint 11(1). Penyampaian sijil dan cenderahati telah disempurnakan oleh GPK Kokurikulum SKPP 18(1). Tahniah daripada kami.
      

       

       



SEKITAR MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KALI KE 6 SKPP18(1)

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia. SKPP 18(1), ahli-ahli majlis tertinggi PIBG dan seluruh warga kerja Mesyuarat Agung Tahunan Kali Keenam bagi tahun 2015/16, merakamkan ribuan terima kasih atas sokongan yang diberikan secara langsung atau tidak. Semoga SKPP 18(1) akan lebih cemerlang bersama-sama PIBG. Sekian

     
                                        Kenangan cenderahati dan buku Mesyuarat Agung

     
                Barisan ahli-ahli lama dan baru PIBG dan Kumpulan Sokongan Ibu Bapa (KSIB)

     
                                               Kata-kata aluan Ex Officio

     
                           Tetamu dari JPWPP bersama-sama hadir menyerikan suasana

     
                                    Perbincangan sebelum mesyuarat bermula

     
                                                  Ibu bapa/penjaga yang hadir





Tuesday, 27 January 2015

JEMPUTAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KALI KEENAM SKPP 18(1) TAHUN 2015

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia. Dengan segala hormatnya, jemputan di atas dirujuk. Y.Bhg. Dato/Datin/Tuan/Puan adalah dijemput untuk menghadiri mesyuarat tersebut pada ketetapan berikut:

Tarikh : 7 Februari 2015 (Sabtu)
Masa   : 8.30 pagi
Tempat : Dewan Kompleks Sekolah Menengah Presint 18(1)

Agenda mesyuarat tersebut adalah;

  1. Ucapan Pengerusi.
  2. Membentang dan menerima minit Mesyuarat Agung Tahunan yang lalu.
  3. Membentang dan menerima Laporan Tahunan.
  4. Membentang, menerima dan meluluskan Penyata Kewangan berakhir 31 Disember tahun sebelumnya.
  5. Membahaskan usul (Jika ada).
  6. Pembubaran Jawatankuasa PIBG bagi sesi 2014/2015
  7. Pemilihan Jawatankuasa PIBG bagi sesi 2015/2016
  8. Pemilihan Juru Audit Dalaman.
  9. Ucapan penangguhan; dan
  10. Hal-hal lain.
Kesudian Y.Bhg. Dato/Datin/Tuan/Puan untuk hadir ke majlis ini amat dialu-alukan dan didahului dengan ucapan terima kasih.

SEKITAR MAJLIS PEMUAFAKATAN IBU BAPA DAN GURU MURID TAHUN 6 2015


Ibu bapa/ penjaga yang hadir

Pendaftaran
Majlis ini telah diadakan pada 23 Januari 2015 (Jumaat). 

Wednesday, 21 January 2015

ACARA MERENTAS DESA LATIHAN AKHIR 2015

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia. Pada 28 Februari 2015 (Rabu) akan diadakan Acara Merentas Desa Latihan Akhir. Acara tahunan ini melibatkan semua murid tahun 4 hingga 6 dan mata akan dikutip berdasarkan pada rumah sukan masing-masing. Murid-murid akan berkumpul di Dataran Perhimpunan pada jam 2.30 petang. Acara dijangka bermula pada jam 2.45 petang dan berakhir pada jam 5 petang. Untuk info trek bagi setiap kategori murid, sila ke pautan di bawah

Thursday, 1 January 2015

SEKITAR ORIENTASI PRASEKOLAH DAN PENDAFTARAN TAHUN SATU SESI 2015



       
                                   Pendaftaran murid-murid Tahun Satu

       
                                        Ibu bapa/ penjaga dan tetamu yang hadir

                                
                                                              Ceramah Sarana 

         
                                     Penyampaian cenderahati kepada penceramah

         
                             Penyampaian beg sekolah percuma oleh UMNO Putrajaya


Sunday, 28 December 2014

PENANGGUHAN KELAS KAFA SESI 2015

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia. Dimaklumkan bahawa kelas KAFA untuk sesi persekolahan 2015 turut ditangguhkan selaras dengan pengumuman oleh YAB. Timbalan Perdana Menteri tentang penangguhan sesi persekolahan 2015. Sekian terima kasih.

Info pengumuman penangguhan sesi persekolahan, sila klik pautan di bawah
http://skputrajayapresint181.blogspot.com/2014/12/pengumuman-penangguhan-tarikh-sesi.html

ORIENTASI PRASEKOLAH DAN TAHUN SATU AKAN DIJALANKAN SEPERTI BIASA

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia. Melalui pengumuman penangguhan sesi persekolahan 2015 kerana bencana banjir oleh Timbalan Perdana Menteri, YAB. Tan Sri Muhyiddin Yassin, dimaklumkan bahawa penangguhan ini tidak melibatkan Hari Pendaftaran dan Orientasi Murid Prasekolah dan Tahun Satu 2015 yang akan diadakan pada 2 Januari 2014 (Jumaat). Justeru, pendaftaran ini akan dikekalkan dan dijalankan seperti biasa pada hari berkenaan. Sekian terima kasih.

PENGUMUMAN PENANGGUHAN TARIKH SESI PERSEKOLAHAN 2015

#Untuk Siaran Serta Merta

KENYATAAN MEDIA
YAB MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA

PENGUMUMAN PENANGGUHAN TARIKH BERMULA
SESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2015 AKIBAT BANJIR

Sepertimana semua pihak sedia maklum bahawa banjir yang sedang melanda negara sekarang masih berterusan khususnya di negeri-negeri pantai timur Semenanjung Malaysia. Sehingga pada tarikh 28 Disember 2014, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mendapati sejumlah 340 buah sekolah daripada tujuh buah negeri terlibat dengan banjir, sama ada dijadikan sebagai Pusat Pemindahan Sementara (PPS) atau sekolah tersebut ditenggelami air akibat banjir.

Sebagai Menteri Pendidikan, saya amat memahami dan mengambil berat akan kesukaran yang bakal dihadapi oleh semua pihak termasuk pengurusan sekolah, guru-guru, ibu bapa dan murid-murid sekiranya persekolahan bagi tahun 2015 dibuka seperti dijadualkan iaitu pada 4 Januari 2015 (bagi negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor) dan pada 5 Januari 2015 bagi negeri-negeri lain.

Sehubungan itu, sukacita dimaklumkan bahawa KPM dengan ini bersetuju untuk menangguhkan permulaan sesi persekolahan di seluruh negara bagi tahun 2015 selama seminggu. Dengan penangguhan ini, tarikh baru sesi bermula persekolahan tahun 2015 bagi  negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor adalah pada 11 Januari 2015 (Ahad).  Manakala bagi negeri-negeri lain akan bermula pada 12 Januari 2015 (Isnin).  Penangguhan ini juga dibuat setelah mengambilkira;

a) Sekolah-sekolah yang terlibat sama ada sebagai PPS atau ditenggelami air akan mengambil masa untuk dipulihkan; dan

b) Keadaan guru-guru, ibu bapa dan murid yang menjadi mangsa banjir serta serba kekurangan perlu mengambil masa untuk pemulihan dan membuat persiapan persekolahan mereka.

Sekiranya keadaan banjir tersebut pulih, maka pihak pengurusan sekolah hendaklah menggunakan tempoh tersebut untuk mengadakan gotong royong pembersihan kawasan sekolah masing-masing bagi memastikan anak-anak kita dapat belajar dalam keadaan selamat, selesa dan sempurna.

Terima kasih.

Tan Sri Muhyiddin Hj Mohd Yassin
Timbalan Perdana Menteri
Merangkap Menteri Pendidikan
29 Disember 2014 

Friday, 19 December 2014

MAKLUMAN UNIFORM PENGAWAS SEKOLAH SESI 2015

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia. Dimaklumkan bahawa melalui taklimat bersama guru pengawas bertarikh 21 November 2014, pihak sekolah sekali lagi membuat hebahan melalui blogspot berkaitan perkara di atas. Pemakaian uniform pengawas sekolah adalah seperti di bawah :

Pengawas Lelaki

-BAJU KEMEJA PUTIH LENGAN PANJANG
-SELUAR PANJANG ( BIRU GELAP )
-STOKIN HITAM
-KASUT HITAM
-VEST AKAN DISEDIAKAN OLEH PIHAK SEKOLAH 

Pengawas Perempuan

-BAJU KURUNG SEKOLAH PUTIH ATAU BAJU KEMEJA PUTIH LENGAN PANJANG
-KAIN KIPAS BELAKANG ( BIRU GELAP )
-BERTUDUNG PUTIH
- 'ANAK TUDUNG' PUTIH
-STOKIN HITAM
-KASUT HITAM
--VEST AKAN DISEDIAKAN OLEH PIHAK SEKOLAH


Etika pemakaian uniform ini diselaraskan mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh KPM untuk mengelakkan sebarang kesulitan. Kerjasama semua pihak amat kami hargai dan mengucapkan ribuan terima kasih.









Wednesday, 17 December 2014

BENGKEL PERSEDIAAN UPSR 2015 DITANGGUHKAN

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia. Dimaklumkan bahawa Bengkel Persediaan UPSR 2015 yang telah ditetapkan pada 29 hingga 31 Disember 2014 terpaksa dibatalkan atas sebab yang tidak dapat dielakkan. Bengkel akan dilaksanakan pada awal persekolahan tahun 2015. Pihak sekolah akan memaklumkan sebarang info dari masa ke masa dan memohon maaf atas segala kesulitan. Sekian terima kasih.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...