Saturday, 6 October 2012
Jadual Peperiksaan PKSR 2 Tahun 2012
Tahap 1 (Tahun 1,2 dan 3) Sila ke pautan : http://www.scribd.com/doc/108667460/JADUAL-PKSR-2-tahap-1
Tahap 2 (Tahun 4 dan 5) Sila ke pautan : http://www.scribd.com/doc/108642247/JADUAL-PKSR-2-tahap-2
Tahun 6 Sahaja Sila ke pautan : http://www.scribd.com/doc/108642410/JADUAL-PKSR-2-Tahun6-Sahaja
Thursday, 4 October 2012
Al-Fatihah
Assalamualaikum. Pagi ini tanggal 5 Oktober 2012, SKPP 18(1) telah kehilangan guru, Cikgu Rozi bin Husin untuk selama-lamanya. Beliau telah disahkan meninggal dunia pada jam 7.15 pagi di Hospital Putrajaya setelah kegagalan fungsi jantung. Warga mengucapkan takziah dan mendoakan roh beliau ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Untuk Cikgu Rozi, kami menangisi kehilanganmu dan kami teap merinduimu. Al-Fatihah.
Tuesday, 2 October 2012
RALAT
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia. Melalui kiriman terdahulu, kami memaklumkan bahawa SKPP 18(2) dan SKPP 5(1) akan dibuka untuk pendaftaran. Namun, disebabkan beberapa kekangan, pertukaran rasmi murid dibekukan sementara dan akan dimaklumkan dalam blogspot ini dalam waktu terdekat. Pihak kami memohon maaf atas segala kesulitan yang berlaku. Sekian.
Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi Puan Noor Azzah (GPK HEM) di talian : 0388905424
TERUSKAN BERJUANG, JANGAN BERPUTUS ASA
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia. Tanggal 30 September yang lalu, warga telah dikejutkan dengan berita guru kaunselor kami yang juga Guru Unit Bimbingan dan Kaunseling dan AJK PIBG guru, Cikgu Mohd. Rozi bin Husin telah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Putrajaya. Beliau dipercayai mengalami komplikasi paru-paru berair, bengkak dan jangkitan kuman pada jantung.
Beliau masih dalam keadaan tidak sedarkan diri dan masih menggunakan bantuan pernafasan sepenuhnya. Terkini, beliau telah menunjukkan sedikit tindakbalas positif. Namun, menurut doktor yang merawat, semangat beliau untuk bernafas sendiri adalah baik tetapi menolak (Tanpa beliau sedari) bantuan pernafasan adalah membahayakan.
Warga SKPP 18(1) mewakili pentadbir dan guru-guru tetap mendoakan yang terbaik dan mengharapkan Cikgu Rozi pulih dan dapat kembali menyambung tugas seperti biasa. Kami turut merakamkan ribuan terima kasih kepada warga yang mengambil berat, menziarahi dan mendoakan beliau. Sekian terima kasih.
Subscribe to:
Posts (Atom)