Monday, 19 November 2012

UPSR 2012

      Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia. Dikesempatan ini, SKPP 18(1) ingin mengucapkan tahniah kepada calon-calon UPSR tahun 2012 yang telah pun mengambil keputusan masing-masing pada hari ini. Majlis penyerahan slip keputusan rasmi ini disempurnakan sendiri oleh Puan Salmiah bt. Hashim, Guru Besar SKPP 18(1) pada jam 10 pagi di Dataran Nilam. 
       Pihak sekolah sekali lagi merakamkan ribuan terima kasih kepada ibu bapa /penjaga, warga pendidik,  pentadbir dan staf SKPP 18(1) yang telah banyak memberi sumbangan besar untuk pencapaian bagi tahun ini. Pihak kami akan memberikan info terkini tentang analisa UPSR dalam waktu terdekat. Akhir sekali, tahniah kepada murid-murid kami yang telah memberikan 100% keupayaan dalam menentukan kejayaan mereka demi masa depan yang cemerlang...Tahniah untuk anda!

Guru Besar (Kanan) bersama Guru Penolong Kanan Akademik
Ibu bapa/ penjaga sedang menunggu keputusan rasmi UPSR
Calon mendapatkan keputusan masing-masing

Wajah ceria setelah mendapat keputusan

Majlis yang penuh ceria

Warga pendidik bergambar kenangan

Warga pendidik sedang membuat semakan nama dan slip UPSR

Kegembiraan dikongsi bersama

Salah seorang calon 5A kami

Cikgu Dayang Aimah yang akan berpindah dan menyambung tugas di Sabah pada tahun 2013..tahniah

Sunday, 18 November 2012

PANDUAN SEMAKAN KEPUTUSAN UPSR 2012

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia diucapkan kepada warga SKPP 18(1). Seperti yang telah dimaklumkan pada kiriman terdahulu, keputusan UPSR secara rasminya akan diumumkan hari ini, 19 November 2012 (Isnin). Justeru, untuk memudahkan semakan keputusan, kami menyertakan kaedah semakan secara atas talian untuk calon-calon kami dan diharapkan beberapa langkah mudah ini dapat membantu anda mengetahui keputusan UPSR 2012.

1. Sila ke laman web saps.moe.gov.my

2. Klik butang Semakan Ibu Bapa yang bewarna merah.

3. Masukkan No. Kad Pengenalan atau Sijil Surat Beranak  dan pilih Sekolah Rendah seterusnya klik butang Semak Laporan

Untuk semakan SMS :

1. Semakan SMS taip UPSR (Angka Giliran) dan hantar ke 15888

2. Contoh UPSR BC001A040 dan hantar ke 15888.


 Contoh (Sumber  dipetik dari UPSR 2011)
Keputusan juga boleh diambil di Pejabat SKPP 18(1) selepas jam 10 pagi.

.......Semoga Berjaya dan Selamat Maju Jaya....

Wednesday, 14 November 2012

SEKITAR PERKHEMAHAN KOKURIKULUM DI BUKIT CERAKAH SHAH ALAM

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia. Pihak SKPP 18(1) ingin mengucapkan 'Selamat Bercuti' kepada semua murid SKPP 18(1) setelah menamatkan sesi persekolahan bagi tahun 2012. Kami berharap murid-murid dapat meluangkan masa cuti ini dengan pelbagai aktiviti yang bermanfaat. Sambil bersantai, lawatilah tempat-tempat bersejarah dan pelajarilah sesuatu yang berguna untuk dikongsi bersama rakan-rakan nanti. Sempena cuti persekolahan, blogspot kami akan memuatnaik pelbagai foto aktiviti sepanjang  tahun 2012.  Insyallah..Selamat Bercuti..

Ingin berkunjung ke Taman Pertanian Seri Alam ini ?. Layari: http://www.mbsa.gov.my/pelancongan_tamanpertanian
Pose di kolam renang

Semangat kerjasama
Lawatan sambil belajar ke Taman Haiwan

Berbasikal ke check point
Bergambar di Taman Iklim Sederhana 4 Musim

Aktiviti malam
Menaiki shuttle mengelilingi taman







Saturday, 10 November 2012

SEKITAR MAJLIS MINUM PETANG BERSAMA PRESIDEN PERBADANAN PUTRAJAYA

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia. SKPP 18(1) merakamkan jutaan terima kasih kepada Tan Sri Dato' Seri (Dr) Mohd. Aseh bin Che Mat, Presiden Perbadanan Putrajaya atas jemputan majlis minum petang bersama beliau yang diadakan di atas Cruise tasik, Putrajaya yang telah diadakan pada 9 November 2012 (Jumaat), 5.30 petang. Jemputan melibatkan Guru Besar, YDP dan Setiausaha PIBG untuk semua sekolah rendah dan menengah di Putrajaya ini bertujuan menjalin hubungan erat diantara pihak Perbadanan Putrajaya dan PIBG sekolah-sekolah. Kami mewakili komuniti SKPP 18(1) amat berbesar hati dan berharap pemuafakatan ini akan terus harmoni dan dapat mewujudkan usahasama yang berjaya dalam konteks pembangunan bersama. Sekian

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang Cruise tasik Putrajaya, sila ke pautan :
http://www.cruisetasikputrajaya.com/?page_id=13 atau ke laman facebook di http://www.facebook.com/pages/Cruise-Tasik-Putrajaya/43965976019

Menaiki Cruise tasik



Tan Sri Mohd. Aseh (Kiri), Dato' Johari Salleh (Tengah) dan YDP SKPP 18(1), En Ayob Ibrahim (Kanan)


Guru-guru Besar
Pemuzik Cruise


YDP, En. Ayob bersama Dato' Johari Salleh 

Sajian yang dihidangkan
Meja jamuan Guru-guru Besar
YDP bersama Ketua Polis Daerah Putrajaya Asisten Komisioner Abdul Razak Abdul Majid (Kiri) dan jemputan-jemputan lain

Setiausaha PIBG bersama Tan Sri Mohd. Aseh

Dari kiri, Dato' Johari Salleh, S/U PIBG dan YDP

YDP bersama Ketua Polis Daerah Putrajaya Asisten Abdul Razak Abdul Majid 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...