Monday 21 May 2012

Makluman markah PKSR 1

     Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam 1Malaysia. Untuk pengetahuan para ibu bapa /penjaga. Warga pentadbir dan pendidik khususnya sedang dalam proses menanda dan memasukkan markah PKSR 1 melalui sistem online SAPS (KBSR) dan SPPBS (KSSR). Pihak KPM telah menetapkan tarikh akhir pengisian ini adalah sebelum atau pada 30 Mei 2012. Namun diperingkat SKPP 18(1), tarikh akhir adalah ditetapkan pada 25 Mei 2012 (Jumaat ini) iaitu sebelum cuti pertengahan tahun bermula. 
   Untuk makluman semua, sistem online ini berkemungkinan mengalami gangguan berikutan semua sekolah di Malaysia menggunakan sistem yang sama pada tarikh akhir yang sama. PKSR 1 juga merupakan peperiksaan yang melibatkan semua matapelajaran teras dan bukan teras maka penandaan markah memerlukan sedikit masa beserta kekangan lain termasuk persediaan Temasya Sukan 2012 dan Kem Gempur pada minggu hadapan. Namun warga kami berusaha untuk mempercepatkan proses memasukkan markah online. Pemulangan kertas soalan kepada murid-murid akan dilakukan selewat-lewatnya pada 25 Mei 2012..insyAllah. Sebarang info terkini akan dimaklumkan dari masa ke masa. Sekian terima kasih.



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...