Friday 11 May 2012

TAHNIAH SKPP 18(1) JOHAN NASYID SEKOLAH-SEKOLAH PUTRAJAYA!!

Warga SKPP 18(1) telah mendapat Johan Festival Nasyid sekolah-sekolah Putrajaya yang telah diadakan pada hari Sabtu, 12 Mei 2012. Selain diumumkan sebagai Johan pertandingan, SKPP 18(1) telah mengungguli gelaran beserta hadiah utama iaitu:

  1. Lagu Terbaik-Johan
  2. Lirik Terbaik-Johan
  3. Solo Terbaik-Johan
Warga kami juga merakamkan ribuan terima kasih terutama kepada Panitia Agama Islam (PAI) SKPP 18(1) yang telah bertungkus-lumus menyelaras festival ini dengan jayanya.  Sebagai tuan rumah dan pemenang, kami berbangga dengan kejayaan ini. Kepada peserta (murid-murid) dan warga SKPP 18(1) yang terlibat secara langsung atau tidak, pihak sekolah turut merakamkan ribuan terima kasih kerana mendoakan kami dan jadikan kemenangan ini sebagai suntikan semangat ke arah kecemerlangan dalam semua bidang...TAHNIAH SKPP 18(1)!!..


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...