Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia. Dengan segala hormatnya, jemputan di atas dirujuk. Y.Bhg. Dato/Datin/Tuan/Puan adalah dijemput untuk menghadiri mesyuarat tersebut pada ketetapan berikut:
Tarikh : 14 Mac 2014 (Jumaat)
Masa   : 8.30 malam
Tempat : Laman Nilam, SKPP 18(1)
Agenda mesyuarat tersebut adalah;
- Ucapan Pengerusi.
 - Membentang dan menerima minit Mesyuarat Agung Tahunan yang lalu.
 - Membentang dan menerima Laporan Tahunan.
 - Membentang, menerima dan meluluskan Penyata Kewangan berakhir 31 Disember tahun sebelumnya.
 - Membahaskan usul (Jika ada).
 - Pembubaran dan Pemilihan Jawatankuasa PIBG bagi sesi 2014/2015.
 - Pemilihan Juru Audit Dalaman.
 - Ucapan penangguhan; dan
 - Hal-hal lain.
 
Kesudian Y.Bhg. Dato/Datin/Tuan/Puan untuk hadir ke majlis ini amat dialu-alukan dan didahului dengan ucapan terima kasih.