Monday 3 March 2014

PEMULANGAN BORANG USUL KEPADA PIHAK SEKOLAH

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia. Untuk makluman komuniti ibu bapa, pihak sekolah telah mengagihkan 1000 keping borang notis Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali Kelima, beserta borang usul  bertarikh 26 Februari 2014( Rabu). Seperti yang tercatat, borang berkenaan perlu siap diisi dan dikembalikan kepada pihak sekolah melalui guru kelas 3 (Tiga) hari selepas tarikh diagihkan. Sehingga kini, pihak sekolah hanya menerima kurang dari 200 keping borang yang telah dikembalikan. Pihak sekolah memohon pemulangan borang berkenaan dengan kadar segera untuk statistik kehadiran. Sekian terima kasih.

Sekiranya berlaku kehilangan borang ini, ibu bapa boleh membuat cetakan sendiri melalui pautan dua muka surat ini : http://www.scribd.com/doc/210506779/Notis-Dan-Borang-Usul-Mesy-Agung-Kali-Kelima-2014

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...