Sunday 13 July 2014

PENGHARGAAN KEPADA WIRA SKPP 18(1)

        
SKPP 18(1) merakamkan ucapan tahniah dan penghargaan kepada adik Che Mohd. Irfan dan adik Zharif kerana telah membantu komuniti Presint 18 dalam melaporkan kejadian kebakaran kepada pihak bomba. Kejadian ini berlaku pada 10 Julai (Khamis) yang lalu di kejiranan P18R12. Mengikut saksi, pada jam 4.15 petang hari berkenaan, dua murid ini dalam perjalanan balik dari kelas KAFA di SKPP 18(1) dan melihat seorang kanak-kanak telah melambaikan tangan meminta pertolongan dari tingkat satu apartment berkenaan. Kedua-dua murid ini kemudiannya bergegas naik ke apartment berkenaan untuk membantu tetapi mendapati pintu rumah berkenaan berkunci dan mereka segera membuat panggilan kecemasan. Pihak bomba dari Ibu Pejabat Bomba Putrajaya datang sejurus kemudian dan tindakan ini telah menyelamatkan nyawa kanak-kanak berkenaan.  SKPP 18(1) memuji keberanian murid-murid ini dan pihak PIBG turut bersetuju untuk memberi penghargaan kepada wira-wira kami sebagai dorongan, ikutan dan tauladan kepada murid-murid lain dan komuniti ini..Tahniah!

       


         

         
      Foto-foto diperolehi dari sumber facebook Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...