Friday 15 August 2014

FOTO-FOTO SEKITAR MESYUARAT JAWATANKUASA PIBG KALI KELIMA

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia. SKPP 18(1) merakamkan ribuan terima kasih kepada ahli mesyuarat yang hadir. Mesyuarat pada kali ini agak istimewa kerana selain diadakan serentak dengan program Qiamullail tahun 6, tarikh 16 Ogos merupakan hari lahir Guru Besar, Pn. Salmiah binti Hashim. PIBG telah membuat kejutan berupa sambutan sederhana tetapi meriah dengan kehadiran ahli guru dan ibu bapa.  SKPP 18(1) juga  turut merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Dipertua PIBG, Dr. Shamsudin bin Mohamad kerana sudi menyampaikan amanat, dan nasihat kepada calon-calon UPSR 2014. Sekian
     
                           YDP selaku pengerusi, sedang mengerusikan mesyuarat

     
                                           Perbincangan bersama isu-isu sekolah

    
                                        Bacaan doa majlis hari lahir Guru Besar

    
                                       Semoga dikurniakan kesihatan yang baik

    
                                 Sesi taklimat YDP bersama calon-calon UPSR 2014

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...