Wednesday 20 August 2014

SKPP 18(1) BERKABUNG UNTUK JENAZAH PENUMPANG-PENUMPANG MH17

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia. Melalui informasi daripada Kementerian Pendidikan Malaysia, SKPP 18(1) mengikuti Hari Berkabung Malaysia sempena Istiadat Penghormatan Penerimaan Jenazah Tragedi MH17 pada hari Jumaat, 22 Ogos 2014. Untuk perhatian dan tindakan:
  1. Jalur Gemilang dikibarkan separuh tiang diseluruh negara.
  2. Semua acara yang berunsur hiburan ditangguhkan pada hari berkenaan.
  3. Pakaian hendaklah bewarna suram dan tidak terlalu terang/garang. Bagi yang beragama Islam dan terlibat secara langsung, mereka digalakkan memakai songkok (tanpa lilitan putih/selendang hitam dan lain-lain).
  4. Rancangan hiburan pada semua saluran radio dan televisyen hendaklah ditangguhkan dan digantikan dengan bacaan Al-Quran dan program berunsur keagamaan.
Murid-murid SKPP 18(1) berpakaian sekolah dan majlis berkabung ini akan diadakan di Dataran Perhimpunan SKPP 18(1) sebagai tanda rakyat Malaysia bersatu dalam apa jua keadaan. Sebarang info terkini, akan dimaklumkan dari masa ke masa. Sekian terima kasih.
 Raptai Istiadat (Gambar hiasan)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...