Thursday 18 September 2014

PENTING!! PORTAL SARANA IBU BAPA (eSARANA)

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia. Melalui program Sarana Ibu Bapa dan Sarana Sekolah, dimaklumkan bahawa KPM telah membangunkan sistem atas talian (online) iaitu eSARANA yang bertujuan meningkatkan keupayaan komuniti dan sekolah dalam menentukan kejayaan secara global.
       Ibu bapa, komuniti, AJK PIBG, ahli majlis pemuafakatan, lembaga pengelola sekolah (LPS) dan alumni murid mempunyai akses untuk pengisian soal selidik yang disediakan. Terdahulu, pihak sekolah telah membuat agihan borang soal selidik yang telah diedarkan secara manual kepada 10% daripada keseluruhan ibu bapa SKPP 18(1) secara rawak dalam setiap program sekolah. Sebagai permulaan dalam usaha menyokong eSARANA, pihak guru telah membantu memasukkan data soal selidik berkenaan secara online. 
       Sehubungan itu, ibu bapa dan komuniti boleh membuat pengisian eSARANA sendiri melalui makluman pihak sekolah kelak. Senantiasa layari blogspot ini untuk info-info terkini.
      Di bawah merupakan beberapa contoh makluman secara ringkas pengisian eSARANA:

       
1.Layari internet, taip eSARANA dan klik pada portal SARANA hingga tertera seperti gambarajah di atas



        
  2. Untuk login -Isikan kod sekolah-wba2011 pada ruangan Nama Pengguna. Pihak sekolah akan memberikan kata laluan melalui sebaran pada tarikh yang akan ditentukan. (Gambarajah atas)


       
3. Setelah login, klik pilihan Sarana Ibu Bapa  (Seperti gambarajah di atas). Setelah mendaftar, paparan soal selidik disediakan. Anda perlu mengisi dan sahkan penghantaran.

                      Di bawah merupakan contoh soal selidik eSARANA

       

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...