Wednesday 28 May 2014

LAWATAN KE MELAKA

Pihak sekolah telah mengadakan lawatan ke Melaka pada 28 Mei 2014 (Rabu). Lawatan ini adalah untuk menghargai murid-murid kami yang telah mengharumkan nama sekolah melalui pertandingan-pertandingan yang telah diadakan di peringkat Putrajaya dan luar. Disamping itu, lawatan diselitkan dengan perlawanan persahabatan hoki dengan Sekolah Kebangsaan Seri Bemban, Melaka. Lawatan yang disertai oleh beberapa guru pengiring telah mengunjungi beberapa tempat di Melaka seperti Menara Taming Sari, Kota A Famosa, menaiki Cruise dan lain-lain tempat menarik. Pihak sekolah berharap dengan lawatan ini menjadi pendorong untuk murid-murid lain menonjolkan bakat mereka dan menyertai setiap aktiviti anjuran sekolah.  Sekian

Antara Pencapaian sehingga Mei 2014 :






Tuesday 27 May 2014

HARIAN METRO ONLINE 28 MEI


Terima kasih Harian Metro untuk paparan foto pilihan  
        
SKPP 18(1) mewakili seluruh komuniti dan warga kerja mengucapkan Selamat Bercuti kepada semua murid SKPP 18(1). Kami berharap murid-murid mengisi cuti pertengahan penggal ini dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah selain kembali ke sekolah dengan penuh keseronokan. 

Monday 26 May 2014

SEKITAR SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH


Guru-guru menyanyikan lagu Guru Malaysia Tema 'Warna Pelbagai'                            
Deklamasi sajak guru dan murid
Pesta Pantun antara guru
Ucapan daripada Pendidikan Khas
Jualan amal Pendidikan Khas
Murid-murid terhibur
                                                                                                                                                    
Ucapan daripada murid-murid kami
        
                                                  

Sunday 25 May 2014

PROGRAM-PROGRAM HARI INI


       Persembahan nasyid dari kumpulan Al-Fatah SKPP18(1)
         
                     

   Ceramah Isra' dan Mikraj
Pesta pantun SKPP18(1)
                                                                                                               

         

Saturday 24 May 2014

OPEN DAY PENDIDIKAN KHAS-KOMUNITI DIJEMPUT HADIR

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia. Pendidikan Khas SKPP 18(1) akan mengadakan Open Day Jualan Amal berkonsepkan Car Booth Sale pada 27 Mei 2014 ( Selasa) bersempena sambutan Hari Guru peringkat sekolah. Program ini ditaja dan diuruskan sepenuhnya oleh ibu bapa murid Pendidikan Khas akan bermula jam 9 pagi hingga 12 tengahari. Selain dapat memurnikan program Sarana Ibu Bapa, program ini bermanfaat untuk membantu memperkasakan tabungan anak-anak kita. Pelbagai barangan akan dijual dan komuniti dijemput hadir untuk memeriahkan program. Sekian terima kasih.

    APAKAH SARANA? : SILA KLIK
                            

PESTA JUALAN AMAL PIBG DAN SARANA SKPP18(1)

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia. Pihak sekolah melalui persetujuan bersama dalam mesyuarat PIBG kali ketiga pada 23 Mei 2014 bersetuju untuk mengadakan Jualan Amal PIBG dan Sarana SKPP18(1). Justeru kepada komuniti dan individu yang berminat, talian khas PIBG dibuka untuk permohonan awal. Sila sms ke talian 0193472445. Pihak PIBG akan menghubungi dan mengesahkan pendaftaran anda. Di bawah merupakan lampiran kertas kerja untuk info semua. Pendaftaran adalah terhad. Terima kasih
                                 
    APAKAH SARANA? : SILA KLIK

               

Friday 23 May 2014

MAJLIS SAMBUTAN ISRA' MIKRAJ

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia. SKPP 18(1) akan mengadakan majlis ini pada ketetapan berikut:

Tarikh : 26 Mei 2014 (Isnin)
Masa : 8.00 hingga 9.30 pagi
Tempat : Dataran Perhimpunan
Tentatif:Seperti di bawah-

      

SEKITAR MESYUARAT JAWATANKUASA PIBG KALI KETIGA


        


        


        

SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH

Assalmualaikum dan Salam 1Malaysia. Pihak sekolah akan mengadakan sambutan Hari Guru pada ketetapan berikut:
 
Tarikh: 27 Mei 2014 (Selasa)
Masa: Sepanjang waktu persekolahan
Tempat: Dataran Perhimpunan SKPP18(1)
Pengisian : Perhimpunan, nyanyian lagu Guru Malaysia, pertandingan pantun guru-murid, persembahan guru dan pelbagai lagi

Ibu bapa boleh menjemput murid lebih awal kerana persekolahan akan berakhir pada jam 12.45  tengahari. Selain itu murid-murid tidak perlu membawa buku ke sekolah dan juga dibenarkan berpakaian sukan. Selamat Hari Guru kepada semua warga pendidik SKPP18(1). Sekian


    
                 Ibu bapa dan komuniti adalah dialu-alukan membuat ucapan di sini

Wednesday 14 May 2014

UCAPAN HARI GURU 2014

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia. Sempena sambutan Hari Guru pada tahun ini yang bertemakan ' GURU: PENCETUS KREATIVITI, PENJANA INOVASI', pihak PIBG melalui Sarana Ibu Bapa telah menyediakan dua kain rentang serta pen marker pelbagai warna yang akan diletakkan di pintu pagar sekolah (Ibu bapa) dan Laman Catur(Murid-murid). Kain rentang berukuran 8x4 ini disediakan khas dan mengalu-alukan komuniti membuat sebarang ucapan dan tandatangan bagi menghargai pengorbanan guru selain memeriahkan sambutan pada kali ini. Pihak sekolah menghargai sokongan komuniti untuk bersama pihak sekolah demi kesejahteraan bersama. Terima Kasih.

        

       

Tuesday 13 May 2014

LATIHAN NASYID


        
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia. Pasukan nasyid sekolah Al-Fatah sedang giat menjalani latihan untuk pertandingan nasyid sekolah-sekolah Putrajaya yang dijangkakan berlangsung pada minggu hadapan. Sebarang info terkini akan dimaklumkan. Selamat maju jaya!

Untuk melihat pencapaian nasyid sekolah sila ke pautan-pautan di bawah

Sunday 11 May 2014

SEKITAR PERHIMPUNAN RASMI 12 MEI 2014


                           
                                          Penyampaian cenderahati Senamrobik 1M1S

        
                                            Syabas pasukan Senamrobik SKPP18(1)

        
                                               Penyampaian cnderahati program Bahasa Inggeris


        
                                                    Para pemenang bersama Guru Besar

Saturday 10 May 2014

HARI KECERGASAN JALAN RIA 1MURID 1SUKAN


Seramai 350 murid tahun 4 dan 5 SKPP 18(1) memeriahkan suasana
                                    
  Menunggu program bermula
                                                 
 Senamrobik SKPP 18(1) meraih tempat Kedua keseluruhan sekolah-sekolah Putrajaya
 Kelab Doktor Muda mewakili sekolah-sekolah Putrajaya memberi penerangan di khemah 
Kementerian Kesihatan                      
 Tahniah peserta Elite Senamrobik
             
                                               

Friday 9 May 2014

SEKITAR MAJLIS PEMUAFAKATAN IBU BAPA/PENJAGA KAFA 2014


         
                                                            Pendaftaran ibu bapa / penjaga

         
                                                       Kehadiran YPD, Dr. Shamsudin Mohamad

         
                                                  Kehadiran ibu bapa/penjaga amat menggalakkan

         
                                                                   Pemuafakatan bersama
 
         
                                                      Amanat Guru Besar (Pengerusi KAFA)

                                       

Wednesday 7 May 2014

PEMBERITAHUAN CUTI HARI RAYA AIDILFITRI DAN PERSEKOLAHAN GANTI

Untuk makluman semua, di bawah merupakan lampiran pemberitahuan cuti Hari Raya Aidilfitri dan hari persekolahan ganti untuk tahun 2014. Lampiran yang sama telah dicetak dan diedarkan pada murid-murid pada hari ini 8 Mei 2014. Sekian
                            \  

PASUKAN BOLA SEPAK GURU MENJEMPUT KOMUNITI IBU BAPA

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia. SKPP 18(1) dalam usaha memberi suntikan semangat murid-murid dalam sukan bola sepak melalui penubuhan pasukan bola sepak guru SKPP 18(1). Pasukan yang dibarisi oleh guru-guru lelaki SKPP 18(1) telah mengambil bahagian dalam beberapa siri perlawanan persahabatan antara sekolah-sekolah dalam dan luar Putrajaya. Melalui rangka program Sarana terkini, kami  berhasrat untuk menjemput ibu bapa yang berminat untuk membuat perlawanan persahabatan bersama pihak sekolah pada ketetapan berikut :

APAKAH SARANA? : SILA KLIK

Tarikh : 18 Mei 2014 (Sabtu)
Masa  : 5.00 petang
Tempat : Padang Sekolah SKPP 18(1)
Sila sms ke talian Khas PIBG di talian 0193472445 untuk mengambil bahagian.

Pihak sekolah berminat berkongsi tenaga, idea dan kepakaran anda untuk murid-murid kami dalam memartabatkan sukan bola sepak SKPP 18(1). Kami Boleh!!

Keratan akhbar Berita Harian bertarikh 6 Mei 2014
(Gambar tengah SKPP 18(1) berjersi putih-merah bersama SK Rinching berjersi kuning -hitam)
@
http://www.scribd.com/doc/222608337/PASUKAN-BOLA-SEPAK-GURU-SKPP-18-1


Tuesday 6 May 2014

PERSEKOLAHAN GANTI HARI SABTU DAN PROGRAM PERASMIAN BULAN KECERGASAN 1MURID 1SUKAN

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia. Adalah dimaklumkan bahawa pada hari Sabtu 10 Mei 2014 merupakan hari persekolahan ganti sempena Hari Raya Aidilfitri. Pada hari yang sama, Bahagian Sukan, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan mengadakan Program Perasmian Bulan  Kecergasan 2014, bertempat di Dataran Putrajaya Presint 3. SKPP18(1) sebagai pengelola senamrobik akan membawa semua 350 orang murid ( tahun 4 dan 5 sahaja termasuk guru). Murid-murid tahun 1,2,3 dan 6 akan mengikuti aktiviti Pembelajaran dan Pengajaran (PDP) seperti biasa. Sekian Terima Kasih

        

FOTO AKTIVITI KOKURIKULUM UNIT BERUNIFORM PADA HARI INI-7 MEI


       

       

       

       

       

       

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...