Wednesday 11 July 2012

MAKLUMAN KEM GERAK GEMPUR UPSR TAHUN 6


 Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia. Skpp 18(1) merakamkan ribuan terima kasih kepada ibu bapa/penjaga kepada murid tahun 6 khasnya yang turut bekerjasama membantu warga guru dalam Misi dan Visi sekolah untuk mencapai 'Lonjakan Perdana UPSR' tahun 6 pada 2012. Untuk pengetahuan semua, pihak sekolah telah mengadakan beberapa siri 'Kem Gerak Gempur Tahun 6' dan mendapati usaha ini amat bermanfaat dalam membantu murid-murid mencapai sasaran akademik ke tahap yang dikehendaki.
       Kami optimis bahawa usaha dan berkat kesungguhan oleh semua pihak, pasti dapat melonjakkan lagi sasaran kami dengan lebih serius sehingga kejayaan dapat dikongsi bersama anak-anak kita. 
         
Terkini, Kem Gerak Gempur Tahun 6 akan disambung pada ketetapan berikut :
  • Peperiksaan percubaan UPSR bermula pada 17, 18, dan 19 Julai 2012 (3 hari).
  • Sebelum peperiksaan percubaan dijalankan ,mulai 10 Julai (Selasa) hingga dalam tempoh peperiksaan berkenaan, 19 Julai 2012 (Jumaat) murid-murid tahun 6 akan tamat waktu persekolahan  /dibenarkan balik pada jam 4.30 petang
Kami berterima kasih atas sokongan dan meraih kerjasama yang erat daripada komuniti ini. Sekian, Terima Kasih.
-Sebarang pertanyaan, sila hubungi Puan Norzah (GPK 1) di talian 0388905424.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...