Monday 2 July 2012

PEMOHONAN KE TINGKATAN SATU SEKOLAH SENI

   Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia. Adalah dimaklumkan bahawa Bahagian Kokurikulum dan Kesenian (BKK) dengan kerjasama Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM), Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengaktifkan e-SSeM iaitu sistem permohonan secara online ke Tingkatan Satu Sekolah Seni Malaysia (SSeM) untuk sesi persekolahan 2013 (Kepada yang berminat).
     Untuk makluman komuniti ini, sistem e-SSeM ini dipautkan di Laman Web KPM dan tarikh tutup permohonan adalah pada 15 Julai 2012. Walau bagaimanapun, permohonan ini boleh juga dibuat secara manual dengan mengisi borang permohonan ke Tingkatan Satu Sekolah Seni Malaysia. Ibu bapa penjaga boleh datang ke sekolah anak masing-masing untuk mengisi borang sebelum atau pada 15 Julai 2012. 
  • Sebarang pertanyaan, sila hubungi Pegawai Kesenian di Pejabat Pelajaran Putrajaya, Pn. Maizatul Arzia bt Omar di talian 03-88903079 samb. 14 atau 017-3211880
  •  Sila ke pautan : http://apps.moe.gov.my/essem/permohonan/

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...