Monday 2 July 2012

SENAMROBIK SERENTAK 1MURID 1SUKAN

    Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia. Untuk makluman semua, komuniti kami amat berbesar hati  dan mengalu-alukan program Pelancaran Senamrobik Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia di peringkat negeri yang akan dilaksanakan di Kompleks Sekolah Putrajaya Presint 18(1) pada 10 Julai 2012 (Selasa), jam 8.00 pagi. Program ini adalah usahasama Kementerian Pelajaran malaysia bersama Pejabat Pelajaran Wilayah Persekutuan Putrajaya (PPWPP) dan sekolah.
     Di anggarkan seramai 2000 orang peserta akan terlibat dengan senamrobik ini yang terdiri daripada murid, guru dan kakitangan Kompleks Sekolah Putrajaya Presint 18(1), pegawai-pegawai dari PPWPP, pegawai-pegawai dari Jabatan Pelajaran negeri Wilayah Persekutuan serta pegawai dan kakitangan setiap bahagian di Kementerian Pelajaran Malaysia. Majlis pelancaran turut disempurnakan oleh Yang Berbahagia Dato' Haji Khairil bin Haji Awang, Pengarah Pelajaran Jabatan Pelajaran Negeri Wilayah Persekutuan (JPNWPKL). 
        Sekian terima kasih.
Untuk info lanjut, sila layari :http://panitiapjskpp18.blogspot.com/
        

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...